Sunday, November 24, 2013

Kisah November - Bila Rumah Dapat Ahli Keluarga Baru



Kisahnya sejak aku stay kat rumah bujang aku ni dari bulan Jun 2013,
Memang kelengkapan rumah tu tak cukup
Masa mula2 nak set-up, Parents aku ringankan beban dengan sponsor
Televisyen Sharp 24 inci dan peti ais Sharp 1 pintu.
Alhamdulilah, 2 benda asas ni memang aku nak sangat...

Tapi bab mesin basuh tu yang masalah, penat menyental baju sambil bertuala
kat bilik ayor tu...

dari bulan Jun lagi aku dah buat survey2 dari courts mammoth setapak, sampai la
ke AEON Maluri tu, nak cari mesin basuh yg betul2 berpatutan dan ok dari segi muatan kilogram



Kedua-dua mesib basuh diatas, Panasonic 7kg RM 699
Toshiba 7kg RM 599...

mula bila tengok harga tu agak melampau sikit la especially Pansonic tu.
dalam hati teringin bak beli Panasonic sal mesin basuh rumah parents aku pun
pakai Panasonic Aquabeat 11kg.. 

Toshiba la , aku tak de pengalaman pakai barang elektrik Toshiba, so aku tak berani nak beli..

kemudian, ada pulak Sharp 7kg , 


yang ini, ada promosi di AEON Big Wangsa Maju, harga nya RM 550 kalau tak silap,
mulanya nak beli sal tv dan peti ais aku brand Sharp, tapi apakan daya, masa tu duit poket short seratus lebih, nak cucuk duit lak, takde la pulak Affin Bank (Aku pakai Affin Bank) tambah lagi aku malas nak kena tolak RM 1 caj MEPS kalau guna kat ATM selain Affin Bank...

kemudian, aku tengok lak mesin basuh separa Automatik,
brand Pensonic, RM 340 kat AEON Big jugak,
ikut hati nak order dah, tapi jurujual tu lak cakap takde stok..

so sepanjang dekat sebulan kadang2 aku tak basuh baju,
main pakai je baju kemeja sama berulang kali,
nasib baik baju tu tak kotor mana pun, peluh sikit2 je...

kemudian, ada promosi sekali lagi di AEON Big,

mesin basuh Samsung 7.5kg, harga RM 599
waranti 5 tahun untuk motor dan panel LED dia





so cepat2 la aku rembat...hari pertama pakai 3 round basuhan tanpa henti..
jadi memang puas hati la pembelian mesin basuh ni...
asalnya harga nya dekat RM 800 lebih, tapi disebabkan Samsung dah stop production mesin ni,
jadi AEON Big buat clearance sale

tapi akhirnya frust sikit la,
bila dapat tahu Tesco pun buat promotion harga RM 549 tuk model yang sama..
aduyai...
tapi takpa la, berbaloi jugak la RM 599 tuk mesin basuh muatan 7.5kg ni...






Thursday, November 21, 2013

Kisah November - Bersawang Lagi

Assalamuailaikum

Pe khabor? lame benor teman tak update blog ni...

so teman nak ngabor le perkembangan teman sejak kali terakhir teman update blog ni 2-3 bulan lepas, hahaha

1. Teman dah mula Kerja kat sebuah syarikat Insurans di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
(Bukan jurujual, tapi sebagai Exec di Jabatan Sumber Manusia)

2. Kini, dah masuk bulan ke-5 teman berada dan bekerja disitu, Insyallah bulan Januari nanti teman akan dapat status 'Permanent'

3. Teman dah ada sambungan internet, pakai broadband Maxis, Pakej 4gb+4gb. Jadi le, boleh le teman update2 blog ni, banyak benor cerita nak dikongsi bersama



4. Teman udoh ada Smartphone! hehe...Samsung Galaxy Grand Quattro. Alhamdulilah, berkat 2 bulan kumpul duit gaji, akhirnya mampu jugok teman pakai smartfon.


5. Sebelum tu, teman dah ada phone Nokia Asha 210, beli di Low Yatt, sbg pengganti telefon Nokia C3 teman yg dah uzur tu, tapi Asha 210 ni suke benor meragam sejak teman beli Samsung tu, asyik2 Hang tanpa sebab..

6. Teman terlibat dalam ahli jawatankuasa Annual Dinner Company teman, Alhamdulilah, Teman menang cabutan bertuah nombor 272 , hadiah Blue Ray Player Sony :



6. Teman sekarang dah beli kelengkapan rumah satu persatu. Setakat ni Alhamdulilah, TV, Peti Ais, dan Mesin basuh Samsung teman dah beli...

7. Teman baru selesai menjalani latihan Team Building Di Outward Bound Malaysia, Lumut. 4 hari 3 malam.
dengan berkayak dari Lumut Ke Pangkor, camping dalam hutan, memang seronok!

8. Teman sudah mula dapat sesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur ni, maklumla, masa mula2 jejak kaki kat KL bulan 6 dulu, badan teman tak biasa dengan keadaan sesak dan letih turun naik tangga stesen LRT

9. Terakhir sekali, haha, berat teman masa mula2 jejak kaki ke KL ialah 53KG
sekarang, hampir cecah 60KG..




Monday, August 12, 2013

Remembering August - Hari Raya dan My Birthday

Syukur Alhamdulilah,
Setelah 29 hari berpuasa di Kota Raya Kuala Lumpur,
Dengan mengharungi sesak nya lagi, penat,
Akhirnya Umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal pada 8hb Ogos 2013.

Tapi raya tahun ni kurang berseri bagi aku,
Bermula dia Terminal Pudu Sentral lagi kisah ni bermula -

1. Sepatutnya aku balik tepat pukul 7 Malam, 6hb Ogos/Selasa minggu lepas, bas Plusliner. Tapi, delay sejam ke pukul 8 Malam. Kata konduktor bas, bas yg nak ke Ipoh pada 7 Malam tu, delay sejam, then kerani kaunter lak cakap, bas tu, 'Rosak'. So aku tunggu je la kat Pudu Sentral tu, sampai pukul 8 malam, dan dekat RM 4 abis duit aku gi berurut kat mesin urut Gintell tu.... masa nak naik trip bas pukul 8 Malam tu, driver tu cakap, siapa yg pegang tiket pukul 7 Malam, jangan naik dulu, keutamaan diberi kpd mereka yg pegang tiket 8 Malam, disitu aku dapat tahu, yang sebenarnye, penumpang pukul 7 Malam tadi, tak ramai, so, nak jimat kos, diorg pergi cantum 2 trip sekali, sal trip pukul 8 Malam tu pun, tak ramai penumpang, aku dapat kesan benda ni bila dah combine 2 trip pun, masih ada lagi kerusi kosong dalam bas tu,...


2. Sampai Ipoh, kereta lak masalah overheat, terus tak dapat jalan2 jumpa member malam raya :(

3. Baju Melayu tak siap! ni aku hangin gak ni, kesahnya sebulan sebelum raya my parents dah antar kain kat sorg Tailor Melayu ni, Kain tu ayah aku beli kat Brunei, RM 700, mahal, cantik, warna Golden Brown kalau tak silap, Tailor tu dah janji, boleh siap sebelum raya, tup tup, malam raya dapat tahu yg dia sempat siapkan seluar je, mau hangin dibuatnya, Ayah aku lak, sabar je, sal bau Mekah kat badan dia pun kuat lagi (Ayah saku gi Umrah time 10 hari terakhir puasa) Terpaksa la aku pakai baju melayu tahun lepas, nasib baik sedara mara aku tak tau, hahahah

4. Raya pertama, kebiasannya kami pergi rumah Opah di Kg. Manjoi, Ipoh. Famili sebelah ayah, tapi kurang meriah sikit sal ada famili Mak Lang dan Mak Ngah aku je, sal Mak Teh aku beraya di kampung sebelah suami dia di Felda Besout, Sungkai, tambah lagi dai baru pindah rumah ke Sungkai, so dia busy sikit. MakSu aku lak, balik Johor, Pak Long aku lak, beraya di KL. Adik opah aku lak, pun sama, beraya di KL. Tok Ngah aku pun di KL.

5. tak sempat shopping, aduh, sehelai baju dan seluar je aku beli, tapi aku bersyukur, sal ada lagi insan2 di luar sana yang tak mampu pun nak beli :(

6. Last not least, kurang meriah, sal Arwah Opah sebelah ibu aku pergi menghadapt Ilahi sebulan selepas Raya tahun 2012 lepas, masa aku kecik2 dulu, kalau kena marah dengan Arwah Atuk, Arwah Opah lah yang back-up dan bagi nasihat kat aku, still sampai sekarang aku rindukan Arwah Opah.


Biar apa pun yang terjadi, tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai orang yang dah bekerja :)

dan tahun ini jugak aku pertama kali bagi Duit Raya, yang pertama dapat, adik lelaki aku yg dua orang tu...


anyway, tahun ni, genap 24 tahun aku umur aku @ 12 Ogos 2013



Syukur Alhamdulilah, masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan murah rezeki sejak akhir2 ini.. :)
Bangkit pagi, terus mak aku wish dan cium pipi aku :)
my father lak, bagi sebotol perfume..


thanks to my parents sal membesarkan aku yang banyak songeh ni..hehehe



Saturday, July 20, 2013

History In July - Bila Sawang Menghuni Blog




Lama jugak aku tak update blog aku ni...

Rentetan dari aku yang dah mula bekerja..

Benmula 24 Jun 2013 lalu, aku secara rasmi nya
bergelar seorang Trainee/Pelatih,
di Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat Insuran

Lokasi tempat aku kerja, di Bukit Bintang, KL..

So kepada sesiapa yang ada mengikuti blog aku ni,
saya memohon maaf kalau lambat nak update..

maklumla, baru nak mula hidup di KL,
sambungan internet pun belum ada lagi kat rumah aku sana nun...

Insyallah, kalau ada kelapangan, aku update...
thanks kepada yang mengikuti blog aku...

Saturday, June 22, 2013

Cerita Di Bulan Jun - Pemberitahuan Mengenai Pertukaran Nama Jalan Hospital


Rasa nya dalam awal bulan Jun 2013,
Jalan Hospital , Ipoh, dimana terletaknya sekolah lama aku, SMK Anderson,
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Masjid Muhibuddin Shah, Greentown, Rumah Pangsa Jalan Hospital dan
Markas 2 Briged ,

telah bertukar nama kepada 
Jalan Raja Ashman Shah, 30450, Ipoh.


zaman dulu, jalan ni lebih dikenali dengan nama 'Ashby Road',
ketika zaman sebelum merdeka..

Friday, May 24, 2013

Bulan Mei - Hadiah Hari Ibu Paling Sedih

Sebenarnya kisah ni dah lama.
Tapi disebabkan waktu tu rumah aku tiada sambungan Internet , dek kerana dalam proses penyambungan TM Unifi, jadi aku tangguh kan la dulu nak bercerita pasal hal ni...

kisahnyer, 12 Mei lepas, adalah Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad dalam minggu kedua bulan Mei.
Jadi aku belikan lah hadiah untuk ibu aku..


Ni lah hadiahnya,
Sarah Peyton home decoration.
Ala2 cam mini fountain yang pakai bateri.
Time aku beli kat Parkson Ipoh 3 hari sebelum tu, masa testing,
benda ni ok, then, aku tanya la kat customer service situ, kalau benda ni rosak, boleh pulangkan ke?
diorg cakap boleh, tapi dalam masa seminggu..

mini fountain ni, letak bateri 2A, then akan keluar la air ala2 cam air terjun.
kira benda ni ada mini pump dalam tu, sedut kan air tu.
Benda ni pun ala2 cam terapi merehatkan minda,
sal mengeluarkan bunyi deruan air tu.

aku pun ok je la, beli, RM 25 satu benda ni.
Then, time hari ahad tu, lepas wish kat mak aku happy mothers day,
mak aku pun pasangla benda ni, letak kat living hall...
ok, no problem...

tapi menjelang keesokan hari nya, benda ni dah tak on,
air tu tak mengalir...
aku pun pelikla, apesal tak berjalan dah air tu...
Mak aku pun cakap kat aku, pasai pa benda ni dah tak jalan,
aku pun serba salah la jugak kan?
Ye la, beli tuk mak sendiri,
tapi benda tu tak berfungsi lak.

then aku gi google sal benda ni kat internet.
rata2 komen dari pengguna di Amerika cakap,
benda ni adalah 'sampah', sal cepat rosak.
then, bunyi pump dia lebih kuat dari bunyi air yang mengalir tu,
terapi apa kejadahnya kalau bunyi pump lagi kuat ye dak?

So aku decide tuk pulangkan balik benda ni kat Parkson,
sehari sebelum genap seminggu aku beli.
Mulanya aku nak tukar kan dengan duit,
tapi customer service kat situ cakap, kalau tukar ngan duit,
payah sikit..
(apa yang payah, aku pun tak tau, kedekut le tu deme ni) :P

so aku pun cari2 la hadiah yang sesuai tuk mak aku sebagai ganti kepada hadiah hari ibu.
Aku cari produk yang merehatkan minda, ala2 cam terapi la kiranya...
then, aku ternampak benda kat bawah ni,
lilin aromaterapi, sia ada bekas ngan talam, beserta batu2 kecil.
Harga nya, RM 19.90

kalau aku amik benda ni je,
kira rugi la dekat RM 5 lebih,
so aku cari lagi benda lain, tuk genapkan RM 25 tu,
then, aku nampak lilin2 aromaterapi.
12 ketul lilin,
harga RM 4.90

Jadi bila aku amik Produk talam lilin ngan lilin tu,
total = RM 24.80

kurang 20 Sen dari jumlah sebenar.
So, mana ada produk lain yg Parkson jual dalam harga 20 Sen kan?
Disebabkan aku tak nak pening kepala lagi,
so aku halalkan je la 20 Sen tu..

Dan benda ni, dah siap diperagakan kat meja telefon rumah aku.


Kepada ibu aku, Puan Hajjah Mimi Zuraidah Abdul Rahim,
Selamat Hari Ibu.
Moga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
Amin.

Tuesday, May 21, 2013

Bulan Mei - Selamat Hari Keputeraan Ke-70 Tuanku.

17 Mei 2013, adalah Hari Keputeraan 
DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-70
Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT


in the same time,
tahniah diucapkan kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamaruddin Hussin
atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran 'Dato'


tahniah jugak kepada Prof. Dato Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP atas pengurniaan 
Darjah Kebesaran Dato Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran 'Dato'



Yang istimewa nya kali ni,
sisipan khas mengenai Hari Keputeraan Tuanku dalam Utusan Malaysia 17 Mei lepas,
terselit gambar time kami, kohort pertama graduan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT) UniMAP waktu konvokesyen bulan September 2012 lepas...


bukan senang graduan universiti nak bergambar cam tu bersama Tuanku Canselor
tambah pulak, aku mmg bertuah, sal konvo waktu sidang pertama, hari pertama.
Syukur Alhamdulilah.



Raja Ditaati
Rakyat Dirahmati
Negeri Disanjungi

DAULAT TUANKU



Bulan Mei - Ye ke 52 saat?

Kisahnye, billboard ni nak menwar-warkan pembukaan AEON ke-3 di Ipoh ni,
AEON Klebang.
Ipoh setakat ni dah ada 2 AEON, Yakni AEON Kinta City dan AEON Station 18.

So kali ni upcoming AEON ke-3 lak di Klebang.
Klebang ni terletak di jalan nak menghala ke pekan Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar.




Billboard ni terletak di depan pintu keluar AEON Kinta City.
Lama2 aku perhati, ada yang pelik sikit sal ayat yg pemaju projek gunakan.




'Hanya 52 saat dari projek kami'

Adoi, ye ke 52 saat? kalau aku drive kereta sampai seminit lebih, camne?

hahahaha....anyway, it's another good marketing strategy. 
Maybe the developer want to use a sense of humor to attract buyers and investors....

Bulan Mei - Stesen Bas Medan Gopeng

Entry sebelum ni aku cerita sal
Terminal Amanjaya@Stesen Bas Ekspress baru bagi Ipoh...

But how about the predecessor of Amanjaya?
Which is the Medan Gopeng Bus Station...

minggu lepas, time aku nak ke breakfast kat Kampung Melayu Sungai Rapat,
saja2 je la singgah/lalu kat Stesen Bas Medan Gopeng ni...

Keadaan stesen bas ni, agak sunyi, dan terbiar..
ala2 cam terbengkalai...
so sini ada beberapa pic yang sempat aku snap,
tapi pandangan luar je la, sal tak berani aku nak masuk dalam,kot2 ada penjenayah/drug addict ke....


sesiapa yang pernah guna khidmat stesen bas ni, mesti pernah ingat laluan ni...
laluan bas masuk ke stesen... 
mmg huru hara jalan masuk ni, sal berlubang sana sini, dengan longkang kat sebelah tu lagi...
by the way, sebenarnyer, ada yang ingat longkang tu 'Sungai', tapi sebenarnyer ia adalah longkang dari arah Kampung Melayu Sungai Rapat...


Belah tempat letak kereta. Tu adalah pintu masuk bahagian belakang.
Kalau masuk je kat pintu tu, sebelah kanan kaunter tiket AB Ekspress ngan Etika Ekspress
Sebalah kanan pulak, surau.


Ni bahagian depan. Totally hancur sudah.


Yang ada kabinet tu, sebenarnyer tempat menunggu.
Ada 6 ketul kerusi batu warna putih kat situ dulu.
Sebelah kanan tu, kedai serbaneka.
Kat tengah2 lak, kaunter informasi.


Ni platform bas...
Penuh dengan lopak2 air hitam legam.
memang seksa gak la time aku guna khidmat stesen bas ni dulu...


Platform bas jugak, dulu kat bangku tu, ada bumbung warna merah.
Mana hilang nya bumbung tu, entah la, mungkin dah diambil si Pencari Besi buruk


Tempat menunggu.
Kalau aku sampai je Ipoh, kat sini lah dulu parents aku amik.
Dan kalau aku nak ke Perlis/KL, kat sini jugakla parents aku turunkan aku dari kereta.
Sini pun ada jugak bumbung merah, tapi dah dicabut habis.


Dari jarak jauh.
kereta2 tu semua actually katering tuk 1 majlis wedding kat dewan atas tu.
Belah atas tu, ada medan selera.
Tak pasti medan selera tu still ada ke tidak lagi yg beroperasi.


ni lak, pondok teksi.


So, sepanjang beroperasi dari tahun 2004 setelah berpindah dari Stesen Bas Medan Kidd,
hampir 9 tahun, khidmat Stesen Bas Medan Gopeng, berakhir.
Jasamu akan dikenang,
walhal macam2 pengalaman buruk aku lalui kat sini sepanjang aku belajar kat luar Perak dulu...
Terima Kasih Medan Gopeng

Monday, May 20, 2013

Bulan Mei - Terminal AmanJaya@Ipoh

Entry sebelum ni,
aku pernah stori pasal terminal bas baru bagi Ipoh ni..
Bermula April 2013 lepas,
semua operator dan operasi bas ekspress di stesen bas lama, Medan Gopeng, Ipoh,
diarahkan berpindah ke Terminal bas ni

baru2 ni, aku ada urusan kat KL, 
so dapat la merasa naik bas kat terminal ni..



Pintu depan..


time ni, aku naik bas Plusliner...
bergerak time 5.30 Ptg.



yg menariknyer, sebelum nak naik bas,
kena pergi kaunter tiket bas yg kita beli tu tuk ambil nombor plat bas
untuk kita tahu bas mana 1 yg perlu kita naik..

dan sebelum nak ke bas tu, kita kena tunjuk dulu tiket bas kat pengawal pintu pelepasan ni..
then, baru la kita dapat keluar ke pintu pelepasan ni..


ni yang antara sempat aku snap..
nak naik bas/pintu pelepasan, kat tingkat bawah....
tingkat atas, untuk pintu ketibaan..
ala2 cam lapangan terbang...


Platform 10 merupakan platform dimana aku naik bas tadi..


bas yang kat atas tu, adalah untuk pintu ketibaan...

anyway, memang aku totally puas hati dengan khidmat stesen bas baru ni, berbanding stesen bas lama di Medan Gopeng yang caca marba tu..
walaupun terletak jauh dari pusat bandaraya, kedudukan terminal ni agak strategik sal terletak disebelah susur masuk/keluar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan jugak, untuk mengelakkan kesesakan di Pusat Bandaraya...Orang Ipoh mungkin faham dengan kesesakan yang aku maksudkan which is area Medan Gopeng memang dah tak sesuai untuk stesen bas ekspress beroperasi..

cuma kecewa dengan ini - 
baru berapa bulan je bukak, dah ada "tertanggal"



Friday, May 10, 2013

Bulan Mei - Pakat2 Suma Kita Doakan Ustaz Azizan

Mantan MB Kedah, Dato Seri Ustaz Azizan Razak
dimasukkan ke Wad CCU di Hospital Pulau Pinang.
Berita dari Utusan melaporkan kedua2 belah kaki Ustaz, terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman
Ustaz Azizan, atau masa aku study di Utara Tanahair dulu, kami panggil dia Tok Wan,
bakal jalani pembedahan memotong kedua2 belah kakinya dari paras lutut...
Terkejut jugak la aku bila dapat berita yang Tok Wan terpaksa potong kedua belah kaki dia,
dekat nak berair mata aku bila tahu..
pasai Tok Wan seorang yang sangat baik, tak beza2 kan orang berdasarkan parti yg disokong



ALOR SETAR 9 Mei - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya yang mengalami jangkitan di Hospital Pulau Pinang, petang ini.
Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Helmi Khalid berkata, walaupun sukar membuat keputusan itu, keluarga Azizan terpaksa meneruskan prosedur pembedahan itu demi menyelamatkan nyawanya.
"Kita sama-sama doakan pembedahan tersebut berjalan lancar dan Azizan akan kembali pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pesuruhjaya Pas Kedah itu dipindahkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut selepas menerima rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) kelmarin.


Sumber - Utusan Malaysia


Pakat2 kita semua doakan yang terbaik untuk Tok Wan...


update - 2 Jun 2013.
Tok Wan selesai jalani pembedahan memotong kedua belah kaki beliau, dan masih lagi berada
di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dialisis.
1 Jun lepas, Tok Wan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota,
yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Tan Sri Azizan merupakan pemimpin PAS pertama dalam sejarah parti itu yang menerima 
darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.

Isteri Tan Sri Azizan, Puan Seri Faekah Sheikh Hamzah mewakili beliau
untuk menerima darjah kebesaran di Istana Negara.



Tuesday, May 7, 2013

Bulan Mei - Tahniah Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Zambry Menteri Besar Perak ke-12

Tahniah kepada Dato Seri Dr. Zambry Kadir, moga impian Perak Amanjaya dapat direalisasikan, Insyallah.




Kuala Kangsar: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-12 di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, jam 10.45 pagi tadi. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengekalkan kerusi DUN Pangkor dengan majoriti 5,1254 undi dalam pertembungan tiga penjuru. Beliau mendapat 12,291 undi berbanding Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (PKR) yang memperoleh 7,167 undi dan J Bernard Parenpa (Bebas) 51 undi, sekali gus hilang deposit. 

Zambry buat pertama kali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 pada 6 Februari 2009 selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN. 

Azlan Man, Menteri Besar Perlis Yang Baharu


Tahniah juga kepada Azlan Man, Menteri Besar Perlis yang baharu...Azlan adalah ADUN Pauh, kawasan DUN yang menempatkan Kampus Tetap universiti tempat aku menimba ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Khabarnya, Azlan Man ni bekas PTD.


ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagaiMenteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Azlan yang memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan. 



Selamat Berkhidmat kepada rakyat

Bulan Mei - Keputusan PRU-13 2013

Setelah mengharungi hari Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lepas,
keputusan akhirnya diketahui.
Kemenangan memihak kepada Barisan Nasional dengan 133 kerusi.
Pakatan Rakyat peroleh baki 89 kerusi

Peringkat negeri Perak pula,
BN mengekalkan penguasan dengan membentuk kerajaan negeri dengan perolehi 31 kerusi DUN
daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.
PR memenangi baki 28 kerusi
yang menariknya,
PRU Ke-12 dulu,
PR menguasai 31 kerusi, BN kuasai 28 kerusi.
terbalik pulak.
Paling aku tak sangka, Dato Hamidah Osman tewas di Sungai Rapat kepada calon PAS,
gara-gara isu FlashMob di depan Tesco Pengkalan sebelum PRU 5 Mei lepas.
Sungai Rapat adalah kubu kuat BN sebelum ni.
Faktor kekalahan Dato Hamidah jugak, mungkin berpunca dari isu beliau sebelum ni yang terlebih lantang dalam menyuarakan sesuatu pendapat. Anyway, Dato Hamidah already try the best.

Anyway, berikut adalah calon yang mewakili Parlimen dan DUN yang aku mengundi


Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah / P.63 Tambun
Menang 42093 undi ,majoriti 9325 undi mengalahkan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail,


Ziad Mohamad / N.23 Manjoi
Menang 21379 undi, majoriti 132 undi mengalahkan calon PAS, Haji Asmuni Awi
Sepanjang aku membesar di DUN Manjoi sejak aku lahir,
DUN ni mmg kerusi panas, dan sesiapa sahaj boleh menang di kerusi ni.
Terima Kasih kepada Dato Nadzri Ismail yang mengepalai DUN ni sejak 3 penggal yang lalu



Tahniah jugak kepada Siti Aishah Shaik Ismail, wakil PKR bagi Parlimen Tambun.
Siti Aishah mesra orangnya, sweet.


dan Haji Asmuni Awi, wakil PAS bagi DUN Manjoi kerana bertanding.
Seorang yang 'energetic' dan bersemangat ketika berkempen.


satu lagi DUN didalam Parlimen Tambun, N.24 Hulu Kinta,
dimenangi Aminuddin Md. Hanafiah dari BN,
mengalahkan M.A. Thinagaran dari PKR dan Sulaiman Zakariya, calon bebas
dengan perolehi 18893 undi, majoriti 6118 undi.




Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat
dan sekalung tahniah kepada Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir atas kemenangan BN di negeri Perak.



PROUD TO BE TAMBUNERS/MANJOIANS!
PERAK AMANJAYA!





Monday, May 6, 2013

Bulan Mei - Mari Mengundi

Syukur Alhamdulilah,
5 Mei 2013 aku berkesempatan untuk mengundi buat pertama kali.

DUN yang aku mengundi - N.23 Manjoi
Parlimen - P.63 Tambun


ni merupaka tempat aku membuang undi
SAR Ittihadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi, Ipoh
disini, Ayah, Ibu, Opah, Mak Teh, Mak Lang aku, mengundi disini
so 3 generasi dari keluarga aku mengundi disini


Disebabkan aku dah periksa awal2 tempat dan saluran berapa aku mengundi,
aku just simply cakap - 'Saluran 5' kat kerani SPR,
So, dia pun check nama aku dalam senarai atau tidak
setengah orang, dia tak tahu saluran berapa dia nak mengundi..



so, aku Saluran 5.
Saluran 5 ni, Saluran pengundi2 baru dan pengundi2 muda...
time ni, lepas waktu Zuhur, dalam pukul 12 lebih aku pergi, ramai anak2 muda beratur kat Saluran 5 ni
so time aku pergi, dah tak berapa nak ada orang,
so main masuk je terus




Bilik Saluran 5


ni pulak Saluran 1, Saluran 1 ni, majoriti pengundi 'otai2' kat sini,
majoriti warga emas
opah aku mengundi di Saluran 1 ni


Suasana Luar bilik pusat mengundi




Peraih undi BN dan PR

so, pengalaman mengundi kali ni, memang bermakna,
sal ini kali pertama aku mengundi
waktu nak memangkah 'X' tu,
aku terpaksa minta pembaris dari petugas SPR, sal aku kalau pangkah 'X',
mesti senget2 sikit...

tapi yang aku agak sedikit kurang selesa,
isu mengenai dakwat kekal tu,
aku cadangkan di masa depan,
lepas je pengundi memangkah undi,
then baru la SPR boleh calit dakwat tu,
bukan apa, sal kali ni, dakwat dicalit sebelum pengundi memangkah 'X',
so agak sukar nak menulis kat kertas undi tu,
sal kertas undi ni, kalau kotor sikit, dah dikira undi rosak
so time aku memangkah undi tu, memang penuh kesan2 dakwat atas meja tu..
diharap pihak SPR dapat pertimbangkan cadangan saya ni..

ha, ni la kesan dakwat tu - 



kesan dakwat ni, payah nak hilang...
so ini menidakkan dakwaan setengah pihak bahawa dakwat ni senang dihilangkan

setelah aku cuba tenyeh ngan sabun segala bagai,
ni kesan jari aku 12 jam lepas jari aku dicalit



so memang jelas la, payah nak hilang sebenarnya dakwat ni


ni gambar yang sempat aku snap time nak balik rumah,
dekat simpang 3 depan rumah aku
rumah aku bersebelahan je ngan tempat perjumlahan undi Parlimen Tambun.
so kawalan keselamatan memang ketat.



Anywa, tahniah kepada yang telah mengundi dan menunaikan kewajipan anda sebagai warganegara Malaysia