Tuesday, May 7, 2013

Bulan Mei - Tahniah Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Zambry Menteri Besar Perak ke-12

Tahniah kepada Dato Seri Dr. Zambry Kadir, moga impian Perak Amanjaya dapat direalisasikan, Insyallah.




Kuala Kangsar: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-12 di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, jam 10.45 pagi tadi. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengekalkan kerusi DUN Pangkor dengan majoriti 5,1254 undi dalam pertembungan tiga penjuru. Beliau mendapat 12,291 undi berbanding Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (PKR) yang memperoleh 7,167 undi dan J Bernard Parenpa (Bebas) 51 undi, sekali gus hilang deposit. 

Zambry buat pertama kali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 pada 6 Februari 2009 selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN. 

Azlan Man, Menteri Besar Perlis Yang Baharu


Tahniah juga kepada Azlan Man, Menteri Besar Perlis yang baharu...Azlan adalah ADUN Pauh, kawasan DUN yang menempatkan Kampus Tetap universiti tempat aku menimba ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Khabarnya, Azlan Man ni bekas PTD.


ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagaiMenteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Azlan yang memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan. 



Selamat Berkhidmat kepada rakyat

No comments:

Post a Comment