Friday, November 16, 2012

Nova November - Sambung master...di persimpangan dilemma skrg ni


Lepas Habis je belajar 3 bulan sudah, atau lebih tepat lagi, lepas konvo bulan 9 sudah,
jujur la aku cakap, mmg tak rasa puas lagi nak menuntut ilmu...
bayangkan la, 3 tahun / 6 semester+1semester pendek,
rasa macam sekejap betui!
dari time hur-har hur-har ngan member la,
duk mengata lecturer la,
duk merewang sampai ke pdg besar la,
duk tengok matahari terbenam kt kola perlis la,
duk sengkang mata nyiapkan asignment la,
duk pulun study tuk final exam la,
duk ikat perut sal tak ckup duit belanja la,



Ayoyo dey tangeechi, banyak pening ka mau study??



semua tu, wlaupun nmpak perit+sakit migrain bila kena,
tapi tu la antara kenangan manis bagi aku...
bak kata cikgu aku masa Form 6 dulu, cikgu siti fauziah,
dia mmg rindu sangat zaman belajar dia, tambah2 lagi time nak study tuk exam, dia kata benda tu best...
kami yang student form 6 time tu, dalam kepala duk pikir,
"biar betul, takkan la best hadapi semua tu"?


Cigu Siti, 2 dari kiri semasa Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang di Pusat Konvensyen Putrajaya



bila dah abis belajar, mmg betul la cakap cikgu siti fauziah yg cantik dan vogue tu...
salah seorang dr GURU CEMERLANG NEGERI PERAK...
Bertuah kan dpat jadi anak murid guru cemerlang....:)
Thanks cikgu, sal sudi ajar saya masa Form 6 dulu...
Jasa cikgu saya kenang sampai bila2, Insyallah...

So time ti time, aku survey la,
mana2 tempat study di Malaysia ni,
especially IPTA la, 
kalau IPTS tu, Ya Rabbi, mahal nauzubillah...
lain la klau ada yg sudi sponsor aku tu, 
aku ringan2 kan tangan menerima...

Kursus yang aku minta sangat nak ambil

1. Sumber Manusia/HR
2. Pemasaran
3. Komunikasi

3-3 kursus ni, masa zaman degree tu, 
Alhamdulilah aku score,
paling kurang pun, dpat B je...
especially HR tu,
masa nak mohon UPU dulu pun,
kursus tu la yang aku target..
apa kan daya, rezeki dapat kursus Perniagaan Antarabangsa di UniMAP...

So, Kalau Sumber Manusia/HR tu,
yang berjaya aku survey adalah di 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
& Universiti Utara Malaysia (UUM)


Kalau di UTM,
mod pengajian secara campuran,
means Research+Coursework
Research tu, kita buat penyelidikan ala2 mcam tesis keatas subjek kita belajar tu,
means takde kelas..
kalau coursework la, masuk kelas, belajar dan ambil exam...


Kursus Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
dibawah Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM)
Ada 2 pilihan, Mod Campuran dan Mod Penyelidikan.
Kalau Ikut syarat, Alhamdulilah, Lepas dari segi pointer cgpa Degree aku..
Jumlah yuran RM 5025.00 untuk 3 semester (Full time)
RM 4850.00 untuk 4 semester (Part Time)
dan ditawarkan UTM Kampus Jalan Semarak
dan di Kampus Utama di Skudai, Johor.






UPM pulak, dibawah Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
Dan of course la di Serdang, Selangor. Tepi Highway dekat2 Tol Sg. Besi tu.
Dan ini kalau tidak silap, Mod campuran jugak.
Pun sama, syarat pun lepas...
Tapi wlaupun syarat lepas, nak tak nak ada jugak proses tapisan nanti.. 
Yuran -RM 4200.00

Satu lagi kursus,
Sarjana Komunikasi Korporat.
Yang ni bawah Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi

Yang ni pulak, Mod Kerja Kursus, masuk kelas,belajar, pastu amik exam...
RM 1200 tuk semester pertama,
dan RM 950.00 tuk subsequent semester...






UUM pulak,
dibawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business


Master Of Human Resource. Mod campuran.
Ditawarkan di UUM Sintok.
Yuran nya depends pada semester yg diambil.






Last sekali,
di USM
Yang ni special skit,
pasal campur Komunikasi+Pemasaran.
Sarjana Komunikasi (Pemasaran Bersepadu)


Di bawah Pusat Pengajian Komunikasi USM.
USM ni kira 'abang' la kepada UniMAP
sal Datuk Naib Canselor UniMAP pun dari USM sebelum ni..

Kursus ni first ever yang dioffered USM di Kuala Lumpur,
kat Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL.
Kira cam kampus satelit la,
so tak merasa la study di USM Penang sner tu..

So dari 4 kursus yg ada ni, terbekenan la pulak dgn Kursus di USM tu.
sal kebanyakan subjek yg aku godek2 dari web nyer, 
seakan2 yg dah aku ambil masa degree dulu.
Tambah lagi pemasaran dan komunikasi,
bidang yang aku mula2 tak suka sangat masa awal2 ambil degree..
tapi bila dah belajar, baru la rasa komunikasi dan pemasaran ni, 
sesuatu yang sangat la interesting kalau belajar....
in the same time, berkenan jugak dengan HR tu,
seronok handle pekerja2 / orang2 (bukan orang2 sawah padi) ni...
So haruslah aku yg cerewet tak bertempat ni memohon Restu dan Petunjuk Dari Allah SWT melalui Solat Istikharah...Pasal rezeki, jodoh, dan hidup kita ni, mmg dah tertulis sejak dari dalam Kandungan Ibu kita lagi...


Perancangan Long Term aku la kan,
dlam tempoh 2/3 tahun lagi, nak plan sambung belajar.
Tambah lagi dengan Skim MyBrain yg Kerajaan Offer skrg ni.
Offer tu hanya sampai 2015 je.
Kalau bawah MyBrain ni, yg nak ambil master,
akan dapat total biaya RM 10 000 bawah skim MyMaster.

Anyway, restu mak ayah tu kena la ada kan...
Kalau belah pihak Mak aku yg cantik tu, dia ok je, menggalakkan lagi ada la...
tapi Ayah aku yg garang bertempat dan seorang bapa penyayang tu,
dia tak mcam tak galak la pulak, suruh kerja dulu, then baru sambung belajar..
sal kalau kerja, baru la nampak sikit scope kerja then diapplied kan masa sambung master tu...

entahla, agak keliru skit disini,
sal bagi aku, sementara mood belajar masih ada dan kesihatan tubuh badan pun ok lagi,
sesuai jugak la sambung belajar buat masa sekarang ni...
ape2 pun, duit pun kene cari dan kumpul start dr skrg...


oh ye,
UniMAP pun ada jugak offer kursus master,
Master of Business Admin (Engineering Management)
Mod Campuran...
Dioffer straight away lepas abis exam final bulan Jun lepas
Bawah Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT)
Member aku ada la dalam 5-6 org yg sambung belajar kursus ni..


:)







1 comment: