Tengahari tadi,
terbaca dekat Metro Online,
ada Lori ikan terbalik di Johor...
Lebih rela kutip ikan bertaburan
MERSING: Kemalangan sebuah lori 10 tan membawa pelbagai ikan di Kilometer 17, Jalan Mersing–Jemaluang berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, Ahad lalu, menunjukkan sikap sebenar pengguna jalan itu apabila mereka lebih sibuk mengambil ikan bertaburan atas jalan daripada menghulurkan bantuan kepada pemandu dan kelindan yang cedera.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, pemandu berkenaan, Mohd Nasir Mansor, 30, dan kelindan, Mohd Faizal Abdullah, 31, dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Kuantan, Pahang sambil membawa 107 tong berisi pelbagai ikan.
Mohd Nasir ketika ditemui di Hospital Mersing berkata, kenderaannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh di tempat kejadian.
Menurutnya, akibatnya lori dipandu terbabas ke kiri lalu terbalik, namun bersyukur kerana dia dan rakan hanya cedera ringan di kepala dan dada akibat terhantuk.
Menurutnya, akibatnya lori dipandu terbabas ke kiri lalu terbalik, namun bersyukur kerana dia dan rakan hanya cedera ringan di kepala dan dada akibat terhantuk.
Katanya, sebaik lori berhenti, mereka berdua keluar menyelamatkan diri melalui cermin depan yang pecah.
Perangai macam ni la yang jijik dan hina di mata aku...
Kalau awal tahun ni, van sekuriti bawak duit syiling eksiden di Rawang,
berterbur duit syiling, berterabur jugak manusia2 tak tau malu pergi kutip duit tu...
Lori bawak beras pun, ada jugak yg gatal pergi kaut beras tu....
Kalau kt Forum Cari.com, ada forumer pernah cerita,
di 1 kampung ni, lori bawak tong cat terbalik...
habis dikutipnyer org2 kampung cat tu...
dan dan jugak, raya tahun tu, majoriti rumah kampung kt situ semua cat baru...
kalau lah ada orang yang aku kenal duk pergi buat kerja mcam ni dan aku terserempak time tu,
member tak member, sedara tak sedare,
on the spot aku tampar laju-laju...awas!!
tapi bila lori terbalik cam kt bawah ni, takde pulak orang nak kutip -
No comments:
Post a Comment