Confirm Ramai pnah dengar lagu
Menaruh Harapan, Zaiton Sameon (Kak Eton)
Lagu ni merupakan pemenang Juara Lagu (Time tu Juara Lagu, belum lagi Anugerah Juara Lagu (AJL)) Tahun 1987
So time kecik2 dulu, aku dibesarkan oleh Opah aku kt kampung...
so kalau siang2 hari tu, Opah aku ni suka bukak Radio 1, skrg dikenali dngan nama Klasik Nasional FM...
So dari situ la aku kenal penyanyi2 evergreen atau malar segar macam Kak Eton ni, Gaya Zakri, Kak Pah, Latiff Ibrahim....
Masa Dengar lagu Menaruh Harapan kecik2 dulu, aku pun tanya la sape yg nyanyi jerit2 kt opah aku...
Opah aku cakap,
'Kak Eton yg nyanyi, dulu dia popular, skrg ni dia tak berapa'betul' sikit'
so aku tertarik la, ape bende yg tak 'betul' tu...
rupenyer kak eton ni dulu eksiden pas abis buat show kt Batang Kali, Selangor...
yg sadisnyer, Anak Kak Eton meninggal time tu, Azirwan Abu Bakar...
zaman skrg ni, mmg payah nak jumpa tone suara Kak Eton time dia popular dulu tahun 80-an...
So baru2 ni, kat Astro First, ada la promo sal filem Kak Eton ni,
Zaiton Ceritaku...
Esma Daniel jadi pengarah... So dari segi shot filem ni, aku puas hati la,
cuma ada sedikit kekurangan tu, biasa la...
kisah filem ni, sal kisah hidup Kak Eton lepas dia eksiden tu...
dari seorang yg sangat la Famous time 80-an dulu,
sampai la segala2 nya musnah, dek kerana eksiden yg Kak Eton kena...
Bnyak babak yg yg menyentuh hati, especially bila adik beradik Kak Eton tak ambil peduli sngat dngan Kak Eton dan jugak bagaimana Rahim, cuba membawa balik Kak Eton masuk bidang nyanyian balik...
Walaupun banyak babak yg sedih, tapi babak gambar bawah ni yg paling menyentuh hati aku...
Zaman Kak Eton glamour, Kak Eton macam lupa diri kejap dengan kemewahan dan populariti yang dia dapat
Norlia Ghani yang bawak watak Mak Kak Eton... babak ni, actually, aku ingatkan Kak Eton baling duit ni kt mak dia, rupenyer adik beradik Kak Eton nak pakai duit, mintak bantuan Kak Eton, so time Kak Eton tengah nak cari duit yg dia simpan, Kak Eton tak sengaja terjatuhkan duit ni kt sebelah mak dia...
On the Spot mak dia kutip balik duit dia.... walaupun seteruk itu Kak Eton perlakukan pada keluarga dia, mak dia tetap jaga Kak Eton time Kak Eton sakit...
Dalam filem ni jugak, ditunjukkan watak Kak Eton selepas dia dijaga oleh Rahim, Kak Eton ade sekali tu, main serbu je majlis orang kahwin sal nak menyanyi... paling best, Kak Kiah Propa pun ada berlakon skali...
Kak Eton pernah cakap, supaya apa yang jadi pada dia, diharap dapat jadi iktibar pada kita...
tak selamanya kita senang, ada masa nanti, kita akn susah...
Tahniah jugak pada Nadia Aqilah, berjaya jugak membawa watak Kak Eton...
Filem ni apa2 pun, kira macam gagal sikit menarik perhatian penonton sal kurang publisiti sal filem ni...
aku dapat tau tayangan filem ni pun, kat Astro First...
Anyway, apa2 pun, semoga Kak Eton tabah hadapi semua ujian dari Yang Maha Esa...
You are the greastest singer Kak Eton!!!...:)
No comments:
Post a Comment