Gerak Khas....
Rasanya la kan,
cite ni paling lama bersiaran...
dari zaman aku tadika....
Baru2 ni, tekejut jugak la akau,
bila buka TV 2 wujud lagi citer Gerak Khas ni...
Dulu2, masa aku tadika la,
Yang ada TV Channel masa tu pun,
TV1 ,TV 2 , TV 3...
kalau sesape yang dudk Lembah Klang,
dapat la atengok siaran MetroVison, channel TV ni kejap je bersiaran,
seiingat aku, takat taun 98, Channel ni dah bungkus...
Kalau yang ada duit lebih, diorg langgan Mega TV...
ala2 mcam Astro, tapi siaran dia tak banyak...
so aku bergantung pada 3 je saluran TV masa tu...
klau skrg ni, sejak ada Astro, mmg jarang aku tngok TV 1 TV 2 ngan TV 3 ni...
so masa kecik2 dulu, mmg selalu la tengok citer Gerak Khas ni
cuma skrg je aku malas tengok citer ni, ntahla, macam dah tak berminat..
mungkin sal format citer Gerak Khas ni berulang2 kot, kejor2 penjenayah...
1 watak yang aku ingat dalam Gerak Khas ni -
Watak Sarjan Misai...
Tapi sebenornyer, Watak Sarjan Misai ni, mmg wujud in reality.. -
MELIHAT kepada raut wajahnya, mungkin ramai yang akan terpedaya dan menyangka lelaki ini adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan imej misai melentingnya iaitu A. Galak.
Malah, pernah beberapa kali dia ditegur oleh orang ramai yang menjerit-jerit memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam drama itu iaitu Sarjan Misai.
“Saya bukan A. Galak atau Sarjan Misai. Saya adalah SI Kamal Misai. Mungkin sudah ditentukan Tuhan saya dikurniakan penampilan yang seiras dengan watak terkenal itu,” demikian kata Sub Inspektor (SI) Kamaruddin Kamsa setiap kali ada yang menyangka dialah yang memegang watak yang tidak kurang penting dalam drama bersiri popular itu.
Raut wajahnya yang bujur selain mempunyai misai yang melentik ke atas sering mengingatkan kita dengan watak Sarjan Misai yang dilakonkan A. Galak atau Zakaria Ahmad.
Keunikan misainya itu menyebabkan Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai SI Kamal terkenal di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan masyarakat di sekelilingnya.
Menurutnya, bermisai di kalangan pelatih mahupun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dihalang. Namun, setiap anggota atau pegawai tidak boleh menyimpan misai yang melebihi atau menutupi bibir selain memastikan ia sentiasa kemas.
Namun, anggota dan pegawai polis tidak dibenarkan menyimpan jambang atau janggut.
Misai Kamal yang melentik itu dijadikan sebagai identiti bagi memudahkan orang mengenalinya memandangkan hanya beliau sahaja yang mempunyai misai seperti itu.
Berbicara mengenai tugasnya, Kamal merupakan individu yang bertanggungjawab melatih dan memberi tunjuk ajar seni mempertahankan diri, kawad dan latihan jasmani kepada pelatih Pulapol.
Beliau yang bertugas sebagai jurulatih di Kem Komandan Pulapol Jalan Semarak sejak 1977 sememangnya seorang yang komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya.
“Setiap kali bertugas, saya akan pastikan semua pelatih menjalani rutin harian mengikut apa yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka gagal mematuhinya, tindakan akan diberikan tanpa mengira siapa,” katanya.
Maka tidak hairanlah wajahnya yang garang dan tegas membuatkan setiap pelatih baru melangkah masuk ke Pulapol akan kecut perut.
A. Galak...Hensem tak? hahahah
No comments:
Post a Comment