Sunday, December 16, 2012

Bulan Disember - Lawak Paling Hebat.


Lawak paling hebat sepanjang abad sampai kiamat...
Berrak Oh Bama punya titis ayor mata...


Bulan Disember - Hakikat Yang Tak Dapat Diubah


Hari ni memamg letih sangat...
entah mana silapnyer, asyik keluar cari makan...

Bak kata org, jauh perjalanan, luas pemandangan....
So apa yang aku nampak hari ni, aku nak story...

sepanjang 3 tahun aku pakai moto Nouvo LC aku ni,
aku tak pernah tau berapa RM full tank minyak moto aku ni...
alang2 dah nak 'kong' kena la isi minyak kan? takkan nak isi ayor plak...


Hakikat #1..RM 7 kalau full tank..



selama 3 tahun pakai moto ni, tak pnah aku tahu berapa RM full tank kalau nak isi minyak..
maklumla, RM minyak sentiasa berubah... kalau isi RON 95 yg mmg sesuai dengan rakyat marhain 
mcam aku, RM 7 kalau full tank...
kalau tengok meter kat atas ni, kan bagus kalau meter tu tak gerak2 jatuh kebawah...
nak buat camner...dah memang hakikat...

Hakikat #2.. tetap Greentown Mall




Isi perut la pulak...
ni Greentown Mall.. dekat je ngan sekolah menengah aku dulu...
ironinyer, selama aku sekolah dulu, mmg tak pernah pas abis sekolah aku lepak sini..
time nak park moto, aku nampak la diorg tukar signange depan Mall ni...
Mula dulu org panggil 'Rainbow' sal tempat ni nama Rainbow Mall kalau tak silap...
pastu tukar jadi Greentown Mall masa aku sekolah rendah....
singkatan org panggil 'GM' je...
rasanya dah tukar management kot, tu pasal tukar jadi Angsana Mall..
even dah tukar nama, org tetap akan panggil Greentown Mall aka GM...
nak buat macam mane, hakikat...

Hakikat # 3 .. Katok ke katuk?


Aku suspek org yg spray ayat ni, time SPM dulu paper BM dpat gred E8, trus tak dpat sijil SPM...
Dah memmang hakikat...

Hakikat # 4..Sampah masyarakat


Tempat ni, mmg sejak azali lagi org main campak je sampah...
letak la sebanyak mana signange 'Dilarang Mmembuang Sampah'
sampah masyarakat tetap aku menyampahkan tempat ni...
even dah letak pokok2 hiasan dan buat pagar buluh pun,
ntah berapa lama boleh tahan...
dah memang hakikat....

Hakikat # 5 no komen...


kalau budak laki, mmg cepat tangkap ayat kat atas ni,...
hahahahah
org pompuan, sila pikir cepat sikit...:P
dah memang hakikat....


Friday, December 14, 2012

Bulan Disember - Aneka Tudung Kak Senduk


Kisah nyer dulu,
aku tak sengaja la bukak 1 forum ni,
citer sal gaya tudung2 yang selalu kite nampak kt Malaysia ni...
Pastu dah la aku rajin merayau2 kat blog orang lain...
secara tak sengaja, aku terjumpa la blog
Kak Senduk....

Kak Senduk ni, dalam blog dia, dia citer segala kisah2 lalu dia la, tapi setiap post dia, kalau tak gelak, tak sah....

Ni aku repost semula entry dia yang paling lawak...Actually entry ni, bulan Ramadhan tahun 2011 punya entry.., dan pemakai tudung ni, adalah Kak Senduk sendiri - 





orang semua cakap blog kak senduk ni asyik nak maki orang je...so sempena nak ramadhan ni akak nak cerita skit pasal tudung.

kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak...



cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....





tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....





 ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...





ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...






tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala





bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...





bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....





then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)





di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...





ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?





pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...




so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...


langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...




langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...




langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...




langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew




langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....




langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...




tadaaaaaa...siap.......chantek kan...




nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...







kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...

gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...

sekian terima kasih

selamat mencuba...




Aku repost balik entry Kak Senduk ni, sal blog Kak Senduk tengah proses renovation, so segala cerita Kak Senduk ni, semua dah hilang beserta dengan gambor2 nya sekali.....
Link Blog Kak Senduk - Meriahuoll














Bulan Disember - Kebetulan Dua Beradik

Adik bongsu aku ni,
baru je abis UPSR tahun ni...
So automatiknya,
dia dapat la sijil berhenti sekali..
aku dan adik aku ni,
sama sekolah time sekolah rendah
malam semalam, tengah seronok usik2 dia ni,
aku tanya la mana sijil berhenti sekolah dia semua
so dia bawak keluar la..

Bawah ni, pic sijil berhenti sekolah aku tahun 2001...
S.K. St. Michael II, Ipoh..



11 tahun kemudian...
adik bongsu aku punya sijil berhenti tahun 2012


apa yang kebetulan?

Aku nyer sijil - 


Adik aku nyer sijil - 


Kedatangan dua beradik ni ke sekolah sepanjang setahun,
sama, 175 kehadiran...
dah nama pun adik beradik, of course la ada similiarity....



*Jumlah kehadiran sekolah berbeza dengan tahun 2001 sal tahun 2012, kurang sehari dari 190 hari kehadiran, effect dari cuti umum Hari Pertabalan SPB Yang DiPertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012.

*Jumlah hari persekolahan bagi seseorang pelajar sekolah adalah 190 hari.




Bulan Disember - Kinta Waterfront@Sungai Kinta


12/12/2012
Ada perasmian Kinta Riverfront Hotel & Suites oleh DYMM Pemangku Raja Perak,
Raja Dr.Nazrin Shah.
Hotel ni betul2 kt depan Sekolah rendah aku dulu,
Kat tebing Sungai Kinta...
Kinta Riverfront ni ada 1 blok Hotel dan 1 blok Service Apartment
Kalau tak silap, awal tahun ni mula beroperasi...


Lokasi hotel ni, kt tebing Sungai Kinta...
Asalnya, Tapak hotel ni dulu masa aku muda2 dlu sekolah rendah,
semak samun je, pastu seketul dua banglo tinggal zaman British..
Time nak tunggu bas sekolah balik rumah, 
mmg rajin aku explore tempat ni ngan kawan2 sekolah...
Kira mmg terasing dan agak hutan tempat ni dulu..




Tapi sekarang ni dah berubah wajah dah, siap ada hotel dan kondominium kt sini...
Tebing sungai pulak, penuh dengan kiosk2, kedai2, ngan restoran...
So time ni, ada perasmian hotel ni...
alang2 tu, sempat jugak la snap skit pic2 time malam..
yg specialnyer, sepanjang tebing ni, 
ada puluhan pokok lampu LED mcam kt I-City Shah Alam tu..
So ni le sedikit gambor2 nyer...














maaf la, kualiti gambar kurang memuaskan...
maklumla, henpon zaman 50-an, haruslah kurang bermutu...
doakan aku cepat kaya supaya aku leh beli kamera
e.....  :)

Tuesday, December 11, 2012

Bulan Disember - Sarjan Misai Yang Sebenor


Gerak Khas....
Rasanya la kan,
cite ni paling lama bersiaran...
dari zaman aku tadika....
Baru2 ni, tekejut jugak la akau,
bila buka TV 2 wujud lagi citer Gerak Khas ni...

Dulu2, masa aku tadika la,
Yang ada TV Channel masa tu pun,
TV1 ,TV 2 , TV 3...
kalau sesape yang dudk Lembah Klang,
dapat la atengok siaran MetroVison, channel TV ni kejap je bersiaran,
seiingat aku, takat taun 98, Channel ni dah bungkus...
Kalau yang ada duit lebih, diorg langgan Mega TV...
ala2 mcam Astro, tapi siaran dia tak banyak...

so aku bergantung pada 3 je saluran TV masa tu...
klau skrg ni, sejak ada Astro, mmg jarang aku tngok TV 1 TV 2 ngan TV 3 ni...
so masa kecik2 dulu, mmg selalu la tengok citer Gerak Khas ni
cuma skrg je aku malas tengok citer ni, ntahla, macam dah tak berminat..
mungkin sal format citer Gerak Khas ni berulang2 kot, kejor2 penjenayah...



1 watak yang aku ingat dalam Gerak Khas ni -
Watak Sarjan Misai...

Tapi sebenornyer, Watak Sarjan Misai ni, mmg wujud in reality.. -



MELIHAT kepada raut wajahnya, mungkin ramai yang akan terpedaya dan menyangka lelaki ini adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan imej misai melentingnya iaitu A. Galak.



Malah, pernah beberapa kali dia ditegur oleh orang ramai yang menjerit-jerit memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam drama itu iaitu Sarjan Misai.
“Saya bukan A. Galak atau Sarjan Misai. Saya adalah SI Kamal Misai. Mungkin sudah ditentukan Tuhan saya dikurniakan penampilan yang seiras dengan watak terkenal itu,” demikian kata Sub Inspektor (SI) Kamaruddin Kamsa setiap kali ada yang menyangka dialah yang memegang watak yang tidak kurang penting dalam drama bersiri popular itu.
Raut wajahnya yang bujur selain mempunyai misai yang melentik ke atas sering mengingatkan kita dengan watak Sarjan Misai yang dilakonkan A. Galak atau Zakaria Ahmad.

Keunikan misainya itu menyebabkan Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai SI Kamal terkenal di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan masyarakat di sekelilingnya.
Menurutnya, bermisai di kalangan pelatih mahupun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dihalang. Namun, setiap anggota atau pegawai tidak boleh menyimpan misai yang melebihi atau menutupi bibir selain memastikan ia sentiasa kemas.
Namun, anggota dan pegawai polis tidak dibenarkan menyimpan jambang atau janggut.
Misai Kamal yang melentik itu dijadikan sebagai identiti bagi memudahkan orang mengenalinya memandangkan hanya beliau sahaja yang mempunyai misai seperti itu.
Berbicara mengenai tugasnya, Kamal merupakan individu yang bertanggungjawab melatih dan memberi tunjuk ajar seni mempertahankan diri, kawad dan latihan jasmani kepada pelatih Pulapol.
Beliau yang bertugas sebagai jurulatih di Kem Komandan Pulapol Jalan Semarak sejak 1977 sememangnya seorang yang komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya.
“Setiap kali bertugas, saya akan pastikan semua pelatih menjalani rutin harian mengikut apa yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka gagal mematuhinya, tindakan akan diberikan tanpa mengira siapa,” katanya.
Maka tidak hairanlah wajahnya yang garang dan tegas membuatkan setiap pelatih baru melangkah masuk ke Pulapol akan kecut perut.


A. Galak...Hensem tak? hahahah