Wednesday, March 16, 2011

story - Hachiko, Anjing yang setia

kalau lembu diikat pd talinya,
manusia diikat pd janjinya...

tp kisah ni,
janji dan setia adalah pd seekor anjing....
 di Jepun sekitar thun 30-an dulu,
ada seekor anjing jenis baka Akita,
nama anjing ni,
Hachiko,



dikatakan hanya ada 30 ekor je spesies Akita time tu...

Hachiko lahir pd tahun 1923,
dan dipelihara oleh seorang pensyarah Universiti Kyoto,
Profesor Hidesaburo Ueno...



Setiap pagi,
Prof Ueno akan ke stesyen Shibuya,
tuk ke Universiti tempat dia mengajar,
so,
Hachiko ni akan ikut tuan dia sampai ke 
stesyen Shibuya tuk hantar tuan dia,
tepat jam 4 petang,
bila Prof Ueno balik,
Hachiko akan tunggu disitu tuk menjemput tuan dia...

benda ni jadi selama 3 tahun...



sampai la pd tanggal 21 Mei 1925,
Prof Ueno meninggal dunia
di kampus disebabkan angin ahmar/strok...

lepas Prof Ueno meninggal,
salah seorang saudara Ueno ambil tugas 
menjaga Hachiko...
tp setiap petang tepat pukul 4,
Hachiko akan ke stesyen Shibuya
untuk tunggu tuan dia kt stesyen tu....
Hachiko tak tahu yg tuan dia dh meninggal....

Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. 
"Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" 
adalah berita yang ditulis di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. 
Hachiko pun semakin dikenali dan semakin dikenali hingga ke seluruh Jepun.



benda ni jadi selama 10 tahun sampai la
Hachiko mati, dikatakan akibat jangkitan cacing kt perut dia pd
8 Mac 1935...
jasad Hachiko lepas tu
diawet dan disimpan di
Muzium Sains Kebangsaan Jepun di Ueno....



sebelum ni,
jadi bahan perdebatan mengenai kematian Hachiko,
sampai awal bulan Mac 2011,
saintis mengesahkan yg mmg benar, Hachiko mati akibat jangkitan cacing Filaria
dan jugak 'terminal cancer'
pada hari Hachiko mati,
semasa bedah siasat didapati
ada 4 batang kayu Yakitori (sejenis satay Jepun dan dikatakan makanan kegemaran Hachiko)
ditemui dalam usus Hachiko,
tp ia bukan punca sebenar Hachiko mati...


setahun sebelum Hachiko mati,
sebuah patung didirikan khas utk Hachiko
dan Hachiko sendiri pun ada masa perasmian patung dia


kisah Hachiko ni pun 
turut difilemkan,
yakni tajuknya 'Hachi' lakonan Richard Gere....





No comments:

Post a Comment