Wednesday, January 23, 2013

Kisah Januari - Ulat Gonggok Puduraya




Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.

Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.




Ok, meh sini aku nak komen lak,

aku suspek, mungkin mamat yg kene balun ni, kuang hajar kot ngan ulat2 gonggok tiket tu,
common sense, klau kita kuang hajar ngan org, of course la org tu akan kuang hajar ngan kita balik,
ye dak?
lain la klau kita bersopan santun cam melayu terakhir,
alih2 kena ,maki balik, tu org gila namanya, so jangan layan...

sebagai pengguna tegar Puduraya, so aku mmg selalu turun naik bas kat sini...

perkara yang paling aku sakit hati, cam kes ulat gonggok tiket ni la, 
kes ni dah sampai tahap ulat sampah,
cukup menganggu...

gambar2 ni, gambar lama yg sempat aku snap  tak lama dulu..


mamat baju hitam adalah ulatnya ye, duk ikut org je tanya pegi mana...
klau aku jawab nak gi jamban, ada jual tiket?


tak puas hati lagi, cari lagi kastemer...

lokasi yg biasa aku kena dihurung ulat2 gonggok ni,
tang pintu masuk dari stesen LRT Plaza Rakyat tu,
pnuh ulat2 gonggok kat situ,
kadang2 tu, aku nak cepat beli tiket kat kaunter je,
sal aku percayakan hanya Plusliner dan Transnasional
selain tu, KBES dan Sri Maju
sal 4 bas ni, lebih dipercayai...

yang ulat2 ni tak berani aku nak beli,
ntah2 aku balik Ipoh nanti, naik bas Len Seng, tak kena naya?

So bila aku nak jejak kaki masuk Puduraya tu je, dah menganggu,
orang dah la nak cepat, tapi duk tanya2 nak pegi mana..
tak ke bangang namanya tu?

company bas lak, dah tau company ko tu tak laku, 
gi la buat promosi,
ini idak, ko antar staf2 ko bergonggok2 kat pntu puduraya sampai kat mcdonald
depan mydin tu pun ade, tanya2 org pegi mane, pegi mane...
tak ke bongok namenyer tu?

aku berharap sngat la,
Puduraya dpat ikut contoh TBS-BTS yg jual tiket pakai mesin automatik..
baru la kurang gejala ulat gonggok ni

Security UDA Management lak,
mana lak korang menyorok?
baik takyah jadi security klau ulat gonggok depan mata pun buat bodo je...

Datuk Seri Najib dah bagi peruntukan,
renovate Puduraya ni bagi cantik,
kaunter2 pun dah sistematik,
tapi ada jugak ulat2 gonggok ni...

kalau dah macam tu,
baik roboh je kaunter2 tiket kat aras 2 tu,
then staf2 kaunter sumer leh duduk bersila ramai2 bentang tikar
kat pintu masuk Puduraya
sambil jerit 'TIKET TIKET'...
puas hati?

3 comments:

  1. Malam td ke pdusentral temankan adik utk beli ke kangar, bus pilihan adik adalah sri maju, kmi berjalan kearah kaunter tiket sri mju... dipertengahan jalan kmi dpintas oleh ulat tiket (melayu) btanyakan kemana destinasi kami..sy katakan ke kangar,dgn pantas dia ajak sy ke kaunter etika express katanya kalu bli tiket srimaju drinya d kaunter etika pun sama juga bus nya..sedangkan kami betiga berdiri hampir dgn kaunter srimaju..

    Apa yg sy rsa skit ati dia cakap langsung x respek people....ckap nada tinggi..mcm ni ke public servis? Nk duik customer tp servis hampeh...tp sejujurnya ada juga ulat tiket yg saya jumpa masih respek people..

    ReplyDelete
  2. Lagi memalukan aku, ada banyak ulat2 tiket kat situ yang datangd ari Sabah. Bikin malu aku jer. Aku pun orang Sabah la John! Nasib baik bukan bangsa aku. Bangsa Kesultanan Sulu mana ntah.

    Kalau diorg tau lagi orang luar yang datang nak beli tiket (Indon/Bangla etc...), makin naik lah kepala. Sampai nak tarik tangan orang. Nak follow sampai ke kaunter.

    Nak tau jalan paling senang?

    Pulaukan aje Pudu Sentral tu. Buang duit rakyat je. Siapa-siapa nak ke Pudu Sentral gak, jangan sekali2 jalan seorangan.

    Ulat2 tiket yang busuk macam bangkai babi,...... Sila ingat sendiri. Kalau lain kali tu ada ulat tiket yang mati tak pasal2, paham paham aje lah ye.... Kitorang dah lama bagi chance ni.

    ReplyDelete
  3. taun lepas ak nk p cri tket p kedah, pastu ak p lah pudu nak cri tket, elok masuk kat dalam pudu sentral ni ada la seko malaun ulat tket ni tanya ak nak p mana, taim tu ak pkai earphone so bla dia tanya tu ak just wat isyarat tangan kata tak nak, alih2 malaun ni p ligan pastu maki ak, @#$@@% betol ulat2 tket, kalau dah kata x nak reti2la paham

    ReplyDelete