Dah lama aku tak post sal ilmu agama dlam label Ad-Din..
so ni petikan yang aku kongsikan dari laman Ilustrasiku.com
mengenai perihal 10 amalan masyarakat Melayu kita yang terbalik/menyimpang sikit
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
Amalan kenduri Arwah ni bagi aku mmg pelik, iyalah, dah kita kehilangan orang tersayang, kita pulak yang terpaksa buat kenduri arwah.
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Yang ni, mmg dari kecik lagi aku dididik supaya hulurkan bantuan, tak kira dlam bentuk wang ringgit, ataupun membantu persiapan mengurus jenazah. Bab bagi hadiah time kenduri kahwin, rasanya aku tak pernah bagi hadiah lagi, cukup la sekadar menghadiri jamuan kahwin dan ucap tahniah, moga berkekalan smpai bila2, tupun rasanya dah kira cukup
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Pakai minyak wangi Mekah dan baju ,kain pelikat, make sure bersih....:)
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Amik sikit je lauk, makan sebelum kenyang..:)
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Insyallah.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Cukup risau kalau pergi Bazar Ramadan. Kalau dengan famili, mana2 lauk yg tak habis time berbuka, akan dihabiskan time bersahur
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Last Year, mak aku pergi buat Haji, syukur Alhamdulilah, dia balik dengan selamat... tak buat kenduri
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Insyallah, kalau aku ada anak, ilmu fardhu ain dan kifayah, akan dibalancekan... Ramai mak bapak skrg ni antar anak gi tuisyen gempak2, sesapa yg dpat result bagus, ok la... klau tak dpat result bagus, camner?
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Insyallah.. skrg pun aku dah start pergi masjid/surau bukan time Solat Jumaat je, tapi solat fardhu pun apa salahnya kita pergi....
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
No komen, sal aku tak kahwin lagi
Ada jugak amalan lain yang boleh dikatakan syirik, antaranya, mandi safar.. mandi safar ni dibuat dlam bulan Safar dan klau di Malaysia, tahun 70-an dan 80-an, pernah dibuat di Pantai Klebang, Melaka. Mandi kononyer untuk buang Sial/tolak bala. tapi difatwakan haram, dan tak dibuat pun dah zaman skrg... not sure la kot2 ada lagi memana yg gatal sangat nak buat... takde istilah sial mial ni dalam Islam ye.. semua nya bergantung kepada sejauh mana ketaatan dan keimanan kita pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment