Thursday, January 31, 2013

Kisah Januari - Kemalangan!!!


Kelmarin, lepas hantar adik aku pergi sekolah,
lalu la kat simpang 4 ni....
simpang ni boleh kata agak berbahaya,
sal tiada lampu isyarat....
simpang ni terletak di Taman Merdeka, di Jalan Labrooy, Ipoh...
dan kebetulan masa tu, ada kemalangan
melibatkan sebuah motor


sibuk benor Tiong Nam Logistic


motor dah tergolek tgah jalan...
tak pasti la plak keadaan penunggang tu,
tapi ade kesan tompok darah kat situ...
nampak mcam teruk


mangsa dah naik ambulans...
tapi tengok gaya, ada kereta Myvi putih sebijik cam dah kemek skit...
rasenyer Myvi tu berlanggar dengan motor tu...

simpang ni sangatlah bahaya,
kalau dari arah Taman Merdeka ni, nak masuk ke Jalan Labrooy (hala ke pusat bandar)
memang amik masa nak masuk, sal perlu tunggu keadaan trafik yang betul2 takde kenderaan,
baru leh masuk simpang...
aku pun tak berapa pasti, sama ada simpang ni dibawah seliaan JKR Negeri atau Majlis Bandaraya Ipoh...
harap pihak yang berkaitan dapat la memasang Lampu Isyarat disini tuk elak benda sama berulang...





Saturday, January 26, 2013

Kisah Januari - Warna Tetap Penting


Kadang2, seronok jugak perhati gelagat 
orang keliling


Semangat adik ni,
helmet kaler hijau, air pun kaler hijau


Ni plak, pelekat P pun kaler merah,
rambut ngan seluar pun kaler merah...


Thursday, January 24, 2013

Kisah Januari - Have You Seen This Boy?


Jom Bantu keluarga adik William Yow ni,
kalau2 pernah nampak, cepat2 telefon nombor yang tertera dibawah...



UPDATE 25/01/2013

Adik William disahkan mati, ekoran penemuan seorang mayat kanak-kanak di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor, dimana mayat kanak-kanak tersebut, adalah Adik William, setelah pengecaman mayat mangsa dia Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah oleh keluarga mangsa.

Takziah, dan semoga keluarga mendiang adik William tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini.


Wednesday, January 23, 2013

Kisah Januari - Ulat Gonggok Puduraya




Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.

Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.




Ok, meh sini aku nak komen lak,

aku suspek, mungkin mamat yg kene balun ni, kuang hajar kot ngan ulat2 gonggok tiket tu,
common sense, klau kita kuang hajar ngan org, of course la org tu akan kuang hajar ngan kita balik,
ye dak?
lain la klau kita bersopan santun cam melayu terakhir,
alih2 kena ,maki balik, tu org gila namanya, so jangan layan...

sebagai pengguna tegar Puduraya, so aku mmg selalu turun naik bas kat sini...

perkara yang paling aku sakit hati, cam kes ulat gonggok tiket ni la, 
kes ni dah sampai tahap ulat sampah,
cukup menganggu...

gambar2 ni, gambar lama yg sempat aku snap  tak lama dulu..


mamat baju hitam adalah ulatnya ye, duk ikut org je tanya pegi mana...
klau aku jawab nak gi jamban, ada jual tiket?


tak puas hati lagi, cari lagi kastemer...

lokasi yg biasa aku kena dihurung ulat2 gonggok ni,
tang pintu masuk dari stesen LRT Plaza Rakyat tu,
pnuh ulat2 gonggok kat situ,
kadang2 tu, aku nak cepat beli tiket kat kaunter je,
sal aku percayakan hanya Plusliner dan Transnasional
selain tu, KBES dan Sri Maju
sal 4 bas ni, lebih dipercayai...

yang ulat2 ni tak berani aku nak beli,
ntah2 aku balik Ipoh nanti, naik bas Len Seng, tak kena naya?

So bila aku nak jejak kaki masuk Puduraya tu je, dah menganggu,
orang dah la nak cepat, tapi duk tanya2 nak pegi mana..
tak ke bangang namanya tu?

company bas lak, dah tau company ko tu tak laku, 
gi la buat promosi,
ini idak, ko antar staf2 ko bergonggok2 kat pntu puduraya sampai kat mcdonald
depan mydin tu pun ade, tanya2 org pegi mane, pegi mane...
tak ke bongok namenyer tu?

aku berharap sngat la,
Puduraya dpat ikut contoh TBS-BTS yg jual tiket pakai mesin automatik..
baru la kurang gejala ulat gonggok ni

Security UDA Management lak,
mana lak korang menyorok?
baik takyah jadi security klau ulat gonggok depan mata pun buat bodo je...

Datuk Seri Najib dah bagi peruntukan,
renovate Puduraya ni bagi cantik,
kaunter2 pun dah sistematik,
tapi ada jugak ulat2 gonggok ni...

kalau dah macam tu,
baik roboh je kaunter2 tiket kat aras 2 tu,
then staf2 kaunter sumer leh duduk bersila ramai2 bentang tikar
kat pintu masuk Puduraya
sambil jerit 'TIKET TIKET'...
puas hati?

Friday, January 18, 2013

Kisah Januari - Interesting Confusions



Interesting confusions.


1.Can you Cry under water?



2.Do Fish ever get Thirsty?




3.Why don't Birds fall out of Trees when they sleep?




4.What do you call a male lady bird?



5.Why is it called building when its already built?




6.If money doesn't grow on trees then why banks have branches?




7.Why does a round pizza come in a square box?




8.Why does not Glue stick to its bottle?




Keep thinking....;-)

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Januari - Arau Dikala Malam

Entry kali ni just nak share gambar..
Arau dikala malam...
gambar2 ni sumer aku snap2 time aku kuar makan ngan member aku, Emir n Soer bulan Jun 2012 sudah...


























Kisah Januari - 10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu Zaman Sekarang

Dah lama aku tak post sal ilmu agama dlam label Ad-Din..
so ni petikan yang aku kongsikan dari laman Ilustrasiku.com
mengenai perihal 10 amalan masyarakat Melayu kita yang terbalik/menyimpang sikit


Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
Amalan kenduri Arwah ni bagi aku mmg pelik, iyalah, dah kita kehilangan orang tersayang, kita pulak yang terpaksa buat kenduri arwah.

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Yang ni, mmg dari kecik lagi aku dididik supaya hulurkan bantuan, tak kira dlam bentuk wang ringgit, ataupun membantu persiapan mengurus jenazah. Bab bagi hadiah time kenduri kahwin, rasanya aku tak pernah bagi hadiah lagi, cukup la sekadar menghadiri jamuan kahwin dan ucap tahniah, moga berkekalan smpai bila2, tupun rasanya dah kira cukup

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Pakai minyak wangi Mekah dan baju ,kain pelikat, make sure bersih....:)
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Amik sikit je lauk, makan sebelum kenyang..:)
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Insyallah.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Cukup risau kalau pergi Bazar Ramadan. Kalau dengan famili, mana2 lauk yg tak habis time berbuka, akan dihabiskan time bersahur
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Last Year, mak aku pergi buat Haji, syukur Alhamdulilah, dia balik dengan selamat... tak buat kenduri
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Insyallah, kalau aku ada anak, ilmu fardhu ain dan kifayah, akan dibalancekan... Ramai mak bapak skrg ni antar anak gi tuisyen gempak2, sesapa yg dpat result bagus, ok la... klau tak dpat result bagus, camner?
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Insyallah.. skrg pun aku dah start pergi masjid/surau bukan time Solat Jumaat je, tapi solat fardhu pun apa salahnya kita pergi....
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

No komen, sal aku tak kahwin lagi
Ada jugak amalan lain yang boleh dikatakan syirik, antaranya, mandi safar.. mandi safar ni dibuat dlam bulan Safar dan klau di Malaysia, tahun 70-an dan 80-an, pernah dibuat di Pantai Klebang, Melaka. Mandi kononyer untuk buang Sial/tolak bala. tapi difatwakan haram, dan tak dibuat pun dah zaman skrg... not sure la kot2 ada lagi memana yg gatal sangat nak buat... takde istilah sial mial ni dalam Islam ye.. semua nya bergantung kepada sejauh mana ketaatan dan keimanan kita pada Allah SWT.


Friday, January 11, 2013

Kisah Januari - Camner Nak Sebut Nama Dia Ni?

gambar ni dah lama dah...
time aku amik exam final bulan Jun 2012 sudah...
list nama ni terpampang depan kat pintu masuk dewan exam

rasenyer, ni list name student dari negara Asia Tengah..
taknak sebut la negara mane, kang gaduh hentam2 lak cam indon keparat tu 

klau lidah korg suka cakap berbelit..
camner nak sebut nama budak ni? - 


kah kah kah...... :P

Kisah Januari - Promosi Expired


Kesah ni berlaku pada 10 Januari 2013...
terpikir la pulak nak ke mana2 Hypermarket kat Ipoh ni...
Keluar je dari rumah, terlintas kat pikiran
Mydin dan Tesco...
last2 aku plan gi Tesco, sal Mydin kat tempat aku ni, sentiasa pack...

Nak ke Tesco dari rumah aku ni, better amik highway,
so jarak tu dekat la sikit..
tiba2, ternampak la pulak Giant Bercham.


Sesiapa yg guna highway utara selatan yg nak lalu Ipoh,
mesti nampaknyer Giant Bercham ni...

Tak seperti hypermarket lain di Ipoh,
cawangan Giant Bercham ni yang paling sedeh kat Ipoh ni...
Terletak di tengah2 antara Tesco dan Tesco Extra Ipoh,
sepatutnya Giant Bercham ni ramai pengunjung, tapi entah mana silap nya, tak ramai sangat yang shopping sini... disebabkan aku kesian, aku singgah je la... so ni kali ke-2 aku dtg Giant Bercham ni....
parking pun alahai, rasanya leh bukak 4 court futsal kat tempat parking dia time tu....
tak ramai kastemer...time masuk je Giant ni, 2 kaunter je yg bukak
lagi sedeh...
tapi best, sal tak ramai orang, so senang la skit nak menolak troli

Tujuan datang, nak beli  sampul surat, sal nak hantar dokumen... dan benda yg ketatkan getah paip tu,
tak banyak barang pun nak beli, sal sal mengular time petang2 cenggini...
tetiba, nampak la ada promosi tanah hitam 
yang tanah tuk menanam pokok tu...

so promosi 3 kampit, RM 5.00
so let's grab the kampit's la...


1 pek dah letak atas kaunter


lagi 2 ni, aku biarkan je dlm troli, sal senang skit keje cashier tu nak scan...mau patah tangan scan 1-1...


time bayar kt kaunter, aku cakap - 

'tanah ni promosi 3 pek RM5.00 ye?'


Cashier yg jaga kaunter tu scan je la pek tanah dan lain2 barang yang aku beli
last2 aku pelik,  dia scan sumer barang yang aku beli...
total RM 18.64...

patutnyer tak sampai RM 12.00 je...
patut dia kira 3 pek kampit tanah tu, RM 5.00 la, sal ada promosi...
pastu dia tanya balik,

'Ha? RM 5.00 tuk 3 pek?'

dia buat muka pelik...
then dia pi jumpa ketua cashier...sambil bukak balik katalog promosi harga
last2 rupenyer tu promosi tu tamat SEMALAM... diulangi...

TAMAT SEMALAM iaitu pada 9 Januari 2013

means promosi tuk kampit tanah tu dah tamat, bukan RM 5.00 tuk 3 pek...
tapi RM 3.99 tuk setiap 1 pek tanah tu...
means, 3 kampit tu, total RM 11.97

then, dia tanya aku balik

'tadi kat tempat rak tanah ni, ada tulis promosi harga 3 pek RM5.00 ker?'
aku jawab ya...

then cashier tu pergi kat tempat rak tanah tu...
trus dia ambik balik tanda harga promosi tu...
then, dia telly balik harga pek tanah tu kat mesin cashier...
nak tak nak, diorg terpaksa jugak ikut 'harga promosi' tu, walaupun tempoh promosi tu dah tamat...
sal ini mmg kesalahan diorg, sal tak turunkan tanda promosi tu walaupun dah tempoh promosi tu tamat semalam
so, aku bayar RM 5.00 tuk 3 pek tu, 
bukan RM 3.99 tuk 1 pek...

ni time cashier ngan ketua cashier tgah telly balik mesin kaunter tu...


bukti? tngok gambar bawah ni - 


tak jelas lagi? ni setelah diputar alam kan gambarnyer - 


so, pasni bukan 'LOW PRICES EVERYDAY, tapi 
MISTAKE PRICE EVERYDAY...


ni resit yang aku dapat lepas beli barang - 



ikut situ, aku perlu bayar RM 18.64 
tapi lepas konfius seketika sal pek tanah tu,
dan dapat 'Special Discount' sebanyak RM 6.97,
aku perlu bayar RM 11.67...

nasib baik la aku tegur dulu cashier tu time dia tengah scan, kalau tak,
melayang RM 6.97 aku...

kat sini aku tak salahkan cashier tu, sal tugas dia just kira berapa banyak barang kita beli...
tapi management Giant Bercham tu sendiri..
kenapa tak peka dgn benda ni... mmg la nampak remeh
tapi sangat la tidak profesional dan sedeh..
no wonder la tak ramai kastemer yg singgah Giant Bercham ni..

tapi aku agak untung disitu, tak sia2 jejak kaki kat Giant Bercham yang agak kurang laku ini....

Thursday, January 10, 2013

Saturday, January 5, 2013

Kisah Januari - Ko Curi 10 Minit Aku!

Ni kisah taun lepas,
saje nak refresh bali....
Time tu waktu Zuhur, tetibe la plak 
ada nombor KL yg stat dgn 03 call aku...
maybe tu company memane yg call aku kot, sal aku bnyak apply koje kt jobstreet sbelum ni....
tp dia call nombor aku yg lagi, aku ni pakai 2 nombor...
so nombor yg aku yg dia call tu, aku tak letak dlam resume atau memane application kerja aku
sal tu nombor peribadi aku la kirenyer...


Alih2, ejen insuran AIA, nama Nazri,
based kat Jalan Ampang...

Dia track nombor phone aku ni,
ikut membership Bonuslink...
Hanjeng nyer Bonuslink, sesuke ati je bagi personal detail aku kt org lain...!

So Nazri ni terangkan la pakej insurans AIA tu...

Mula dia tanya la, aku ni kerja@belajar..
aku cakap la tengah belajar (feeling2 student U) padehal dah kertu...
So dia terang itu ini sal insuran
Katanya harga pakej Insuran ni spesial, klau harga biasa RM 200 lebih...
dengan aku ni, dia jual RM 58.85... Ape kejadahnyer yg lagi 85 sen tu? kos air liur cakap tepon ngan aku kot....

dia terangkan klau aku masuk hospital, sehari leh claim RM 200...
pastu klau eksiden, ilang anggota badan even 1 jari pun, leh claim RM 20 000..
(Hey!!, anggota badan ni, tak ternilai harganya, men letak je harga RM 20 000 tuk sebatang jari aku!)

Pastu dia citer jugak la, kalau aku main bola, patah kaki, leh claim itu ini
(ade ke main sampai patah kaki? setahu aku terkehel je ade la, sal ayah aku dlu, coach team Perak FA, haruslah aku tau sumer tu)

Pastu kalau aku cedera parah dipukul sampai kene hospitalised, pun dapat pampasan
(aku ade musuh ker? sampai nak pukul2 aku ni...)

part2 tu tadi, bagi aku ok la, kalau dia terangkan..
sampai ke part kalau fatal case, andai kata aku meninggal dunia, dapat jugak pampsan RM 250 000 kalau tak silap.. pastu aku bergurau la, ni mesti dapat kt waris aku la, bukan aku...dia gelak je....

last sekali, dia mintak no IC..

ha, ni yg aku lemah ni,
aku bukan jenis bagi gitu je nombor IC aku..

Then aku cakap, sori, takleh bagi..

Dia cakap - 

'Kalau macam tu, macam mana saya nak daftar nama Encik'?

eh, bila masa pulak aku bagi permission nak daftar kan nama aku?

so, disebabkan aku ni baik suchee murnee...aku cakap - 

'Camni, saya pun dah ada insurans, kalau boleh, saya nak tahu detail je, then baru saya bagi kata putus"

Dia pun rayu2 gitu gini... last2,dia cakap - 

'Encik nak daftar ke tidak?'
aku cakap taknak...

so dia pun ucap terima kasih..

dah

letak telepon...

Hantu sungguh.. dah la curi 10 minit aku...
macam la aku tak tau klau ko dapat 1 kastemer, ko dapat komisyen...
Ceh..