Thursday, April 4, 2013

Kisah Bulan April - PRU KE-13




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. 
Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian. 




Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi hari ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-udang Tubuh Negeri Perak selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Sebelum itu, pada jam 2.30 petang tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengadap Raja Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar untuk menyerahkan warkah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Ke-12.




Dengan terbubar nya secara rasmi Parlimen Malaysia Ke-12, maka PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran. Yg menariknya, DUN Perak, Pemangku Raja, Raja Dr. Nazrin Shah sendiri yang mengisytiharkan pembubaran DUN, yang mana kebiasaanya Menteri Besar/Ketua Menteri yg melakukannya.

Dan PRU kali ni, first time aku bakal mengundi...DUN dan Parlimen yang bakal aku undi -

N 23 , DUN Manjoi
P 63 , Parlimen Tambun

(Kawasan yang aku bulat merah tu, tu la kawasan/peta DUN/Parlimen aku)


Pusat membuang undi?, ha, ni yang seronok ni,
aku bakal membuang undi bersama2 dengan Parents, Opah, dan 2 org makcik aku,
di tempat pembuangan undi yang sama, di kg. Manjoi nanti...

Kepada semua calon/parti politik yang bakal bertanding,
bertanding lah secara sihat dan berhemah,
tak payah nak buat kacau bilau..

siapa yang aku bakal aku undi?
aku bakal mengundi calon yang betul2 bekerja untuk rakyat!

bukan calon yang bersandarkan populariti atau calon yg gila glamour semata2...!!!

selamat mengundi warga Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment