Sunday, April 14, 2013

Kisah Bulan April - Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PTD Gred M41

SMJK Yuk Choi,
Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.


okay, tujuan aku letak pic ni, ialah untuk menerangkan disini la tempat aku 
menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Gred M41.

ringkasnya, PTD..

PTD ni, kpd sesiapa yang tidak tahu, boleh lawat laman web 
Disitu, Pihak INTAN menerangkan apa itu PTD sebenarnya...

Kelayakan asas untuk memasuki PTD adalah

Warganegara Malaysia
Berumur 18 Tahun Keatas.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dari mana2 Institusi yang diiktiraf
Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM

aku apply PTD ni dlam awal tahun ni...
mula tu aku tengok ramai kawan aku update sal dpat offer letter PTD ni...
so aku pun check status permohonan aku kat laman web SPA..
tengok situ aku dah dipanggil tuk exam..
apa lagi, terus check peti surat umah aku..
tengok ada surat warna biru dari SPA..
tempat exam nya di SMJK Yuk Choi..
13 April 2013, jam 9.00 pagi...



honestly, aku tak prepare atau buat revision utk exam ni...
just ingat2 balik time Form 6 dulu especially Pengajian Am..

ada 4 seksyen..

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris



Seksyen A dan Seksyen D, Alhamdulilah aku boleh buat
Seksyen C - 50/50
Tapi Seksyen B yang agak puaka sikit,
sal soalanya agak tricky, dan aku tak sempat nak re-check balik jawapan aku..

Petua yang aku boleh bagi kepada mereka2 yang nak mohon PTD ni,
start je dari masa korg apply PTD ni kat laman web SPA,
Korg kena baca suratkhabar dan jugak rajin2 tengok berita di televisyen..
sal soalan2 dari 4 seksyen ni, lebih berkisar kepada isu semasa dan pengetahuan am..
kira nya macam kena alert la dengan persekitaran dan isu2 semasa sekeliling anda...

1 lagi, bab2 agensi kerajaan, ASEAN, EU, Isu2 semasa dunia/global,
pun kena ambil tahu jugak untuk lulus exam PTD ni...

dan jugak, untuk bahagian esei tu, tiada had untuk bilangan patah perkataan..

esei Bahasa Melayu aku buat 3 mukasurat..
esei Bahasa Inggeris, aku buat 4 mukasurat...

biasanya calon Melayu lebih banyak menulis esei Bahasa Melayu,
tapi aku terbalik pulak, Esei Bahasa Inggeris aku buat bersungguh2...

ni gambar2 yang sempat aku snap time exam tu.



Time kat pintu masuk...
rasanya dalam 150 calon...
ada jugak kawan aku yang buat exam di 
RTC Perak dan Matrik Gopeng..
kat Hotel Tower Regency ..
dan jugak kat Kolej Kesihatan sebelah hospital Bahagia sner nun...:P


nah, duduk depan sekali...




Sempat snap, muka depan kertas soalan Seksyen A, Pengetahuan Am..

so, keputusan sama ada aku lulus atau tidak,
akan diketahui pada bulan Mei ni..
Dengan segala usaha yang aku curahkan,
aku hanya mampu Bertawwakal kepada Allah SWT..
Insyallah...





No comments:

Post a Comment