Saturday, April 20, 2013

Kisah Bulan April - Aktiviti GCAP (Part II)

16 April lepas, hari selasa,
kami di GCAP ni, dikehendaki buat game ala2 explorace...
so, ada 6 kumpulan yg terlibat.
kumpulan aku, kumpulan oren...
dan setiap group, ada 20 soalan yg perlu dijawab dalam tempoh 20 minit...
tapi sebelum jawab, kena buat 'denda' nya dulu, atau punishment sikit for fun..

ada 6 group, so setiap group kene antar 2/3 wakil tuk singgah ke setiap group utk jawab soalan...
dan sebelum diorg jawab soalan, ada punishment sikit...
abis kene punishment, baru diorg leh jawab soalan yg dikemukakan oleh group tu..
soalan nya berbentuk/menjurus kearah apa yang kami belajar sepanjang 5 minggu program GCAP ni berlangsung



banner tuk team aku, group nombor 5



ni ainna, so kami dah standby punishment kami tuk 'pengunjung' yang singgah...


yang best nyer, student2 masterskill pun ada yang yang berminat nak tengok aktiviti kami..
diorg adalah student foundation in healthcare...
guys, all of you are very friendly and sporting, really appreciate for your kindness,
thanks masterskill student...:)





ha, pengunjung pertama sampai, ni hamzi ngan shimah...
sebelum tu, ada la punishment nya sikit



mula, diorg ditawarkan tuk makan roti, ada 2 pilihan roti...

1. roti yang disalut jem strawberry...

2. roti yang disalut jem strawberry dan WASABI

so, hamzi amik roti yg disalut ngan ngan WASABI tu...

berasap gak kepala hamzi...

hehe


step 2, kena letup belon kat kepala, dalam belon tu, ada tepung, dan jugak helaian kertas, tuk pilihan seterusnya...



student masterskill yang friendly dan sporting, thanks a lot masterskill student..:)



shimah lak kene letup belon


shimah dah dapat jawapan dlam belon, shimah kene cari 'sesuatu' dalam tong yang besar..


okay, ada 2 tong,

tong besar, kena cari syilling 5 sen..

tong kecil, kena cari syilling 10 sen

so, hamzi dapat tong kecil, shimah dapat tong besar


hamzi gigih mencari syilling 10 sen



shimah gigi mencari syilling 5sen dalam tong besar




shimah dah jumpa syilling 10 sen
so., lepas diorg berjaya cari syilling, barulah diorg boleh menjawab 20 soalan dari kumpulan kami..

agaknyer apa yang dlam kotak tu selain dari syilling 5sen dan 10 sen tu?..:)


seterusnya, group 6, group Kak Yong
Denda nya, mula2 aku ngan Min, kena main2 masuk tali rafia,
then kene buat gaya haiwan berjalan..
aku jalan cam ayam, Min jalan cam kanggaru...
then baru kami jawab soalan..
best Kak Yong ni, sal dia bagi hint...:)


seterusnya, Group 1, group Poji...
tak menarik pun hiasan group ni, hahahahha


denda nya, senang sikit, kami kena pilih kertas dalam balang kecik ni,
then dalam tu ada soalan,
soalannya kami kena buat lawak sampai Dila/tuan rumah group ni ketawa...
ADA AKU KESAH? terus tuan rumah gelak...
tapi soalannya, sangat la susah


Then, group 2, group Rin..
takde hiasan pun group ni, 
simple...


tapi kena menunggu lama, 
sal Umaira dan Kak Shila
lame bebenor nak menjawab soalan..


tuan rumah group 2..:)

punishment nyer, aku kena buat gaya org bisu, then Min kene terangkan apa yang aku buat...
soalan nya, 50-50, senang sikit la...




seterusnya, group 3, group Afifi


Pun sama, lama benor nak nunggu umaira ngan Kak Shila jawab soalan...:P


tuk group 3 ni, aku ngan Min kena nyanyi apa2 lagu, tapi bukan dalam bahasa asal..
lagu BI, kene translate dalam BM, dan begitu la sebaliknya...



Last sekali, group 4, group kak Nisah...
celah2 hutan..:)




tp sebenarnya kat tepi waterfall Masterskill..


punishment nyer, aku dipaksa pakai lipstick, then posing ala2 bawang putih, nyanyi lagu ikan kaloi,
dan lari 10 round keliling air terjun ni...


ha, ni pulak,Kak Yong..
lepas kami dah abis group 4 tadi, leh plak Kak Yong kate dia terlupa bagi punishment...
punishment nyer, kami kene conteng misai kat muka..
last2, Kak Yong pun kene conteng, heheheh



Kak Shila ,menjerit?

.
.
.



yang dalam kotak tu,
ha, ni lah benda nya,
ada cengkerik, ulat, ngan cacing...
so disebalik 3 benda ni, kene la cari syilling 5sen ngan 10 sen tu..



conclusionyer,
group kami berada di tempat ke-4..
juara adalah milik group 2, group Rin...
tahniah kepada yang terlibat
dan game ni, sangat best!


Friday, April 19, 2013

Daulat Tuanku

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat
Kepada Duli Yang Maha Mulia,
Sultan Azlan Muhhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Sultan, Raja Pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan
sempena ulangtahun Keputeraan Yang Ke-85
pada 19 April 2013






Bendera dah siap dipasang di halaman rumah...:)


Tuanku ketika zaman muda



Dirgahayu Tuanku



P/S - Tiada Istiadat pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran pada tahun ini, ekoran DYMM Tuanku Sultan masih beristirehat. Hanya majlis Santapan Diraja yang diketuai oleh Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah dan dihadiri oleh Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara, kerabat-kerabat DiRaja dan orang kenamaan di Istana Iskandariah pada waktu pagi, disusuli dengan majlis Tahlil dan Bacaan Yassin sebelum Solat Jumaat di Masjid Ubudiah

Kisah Bulan April - Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani

Aishah Ghani meninggal dunia

KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA



Al-Fatihah buat Allahyarhaman dan Takziah kepada keluarga Allahyarhamah...
Kepada sesiapa yang tidak mengenali Allahyarhamah, beliau merupakan mantan Menteri Kebajikan Masyarakat dari tahun 1973 hingga 1984.

Dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat Selangor,
Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Bekas Ketua Wanita UMNO.

Allahyarhama juga merupakan antara Ahli Politik Wanita yang terawal berkhidmat di Malaysia selepas merdeka...

Kebetulan, masa aku awal2 masuk ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semester 1 dan 2, aku menghuni di Kolej Kediaman yang mengambil nama sempena nama Allahyarhamah, iaitu
Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani (KKG) yang terletak di Wang Ulu, Bintong, Perlis.

Perasmian KKG oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, pada 2006

KKG Wang Ulu, Bintong.



Semoga Allah Mencuri Rahmat keatas Roh Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani..

Al-Fatihah...




Sunday, April 14, 2013

Kisah Bulan April - Mari Merisik!

Actually, adat merisik ni,
hanya nak bertanya kepada tuan punya badan samada dia sudah berpunya atau tidak,
disamping meminta kebenaran dari pihak keluarga...

so ni adalah kali pertama keluarga aku buat adat merisik ni,
sal belum ada lagi adik beradik aku yang lain nak kahwin....

31 Mac 2013...
ditemani pak teh dan mak teh aku serta opah aku,
kami semua bertandang ke rumah awek abg long aku,
kak Seri , untuk adat merisik ni di kediamannya di Gunung Rapat...



ada monyet kat bumbung rumah sebelah...
last aku nampak monyet di kawasan perumahan,
tahun 1998, dirumah lama aku di Taman Meru 3C...



Yang bersongkok tu, ayah aku, dan berbaju putih tu, Ayah Saudara Kak Seri ..
Ayah Kak Seri yang berbaju merah, atas kerusi roda, disebabkan ayah Kak Seri tak berapa sihat,
Ayah Saudara Kak Seri yang mengetuai adat merisik





Yang berbaju turqoise tu, Kak Seri,
kerja di JKR Perak, bahagian elektri..



Cincin merisik/cincin tanda


hantaran sampingan..:)


setelah dirisik, maka tuan punya badan pun, telah bersetuju...
dan tarikh pertunangan dan nikah kenduri, akan ditetapkan kemudian..




diakhiri dengan majlis makan 



ayah aku, bersama dengan pihak keluarga perempuan..


So, sekarang ni dah keluar soalan puaka dan maut kat aku,
bila pulak turn aku, entahla..
calon tu , tengah aku usha2 skrg ni...:)
tambah lagi, t/jawab nak jadi seorang suami,
sangat berat, dan aku tak mampu nak pikul sekarang ni...
dari segi kewangan, dan jugak Pengetahuan Agama, jujurnya, aku belum mampu...
aku ingat, nak belajar Agama dari mana2 Ustaz sbg persediaan aku tempuh alam perkahwinan
ye la, dah jadi suami org, macam2 benda nak kena tanggung....

baideway, tema aku nak kahwin nanti, adalah konsep English Garden dan kontemporari Melayu...:)