Sunday, September 16, 2012

September Datang Lagi - Mood bersawang

Ya Allah,
bersawang lagi nampaknya blog aku

antara sebab bersawang adalah kerna :

1. Terpaksa menjalani short sem, atau di UniMAP dipanggil semester kuratif

2. Terlampau sibuk mencari kerja

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

4. Dan paling sibuk sekali bila terpaksa menjelaskan semua hutang bil konvokesyen.



1. Short semester/semester kuratif

Yang ni paling menyeksakan. 2 tahun lepas, aku kantoi dlam paper BFT 107 Principle of Finance. Nak tak nak, penghujung bulan Julai, aku kena buat semester kuratif. Aku tak keseorangan buat semester kuratif ni, ada jugak kawan2 yang lain macam marliana, fazlen, ayiem, zack, kamil dan roomate aku sendiri, kecik, tapi diorgang semua nya lain2 subjek yang kene repeat. Alhamdulilah, keputusan pun dah keluar 16hb Ogos lepas, aku berjaya dapat B. Thanks kepada lecturer aku, Pn Dayang Hasliza pasal sudi mengajar aku sepanjang 3 minggu semester kuratif.


2. Terlampau sibuk mencari kerja

Yang ni pulak, memang seksa jugak, naik lebam mata mencari kerja di Jobstreet, Alhamdulilah, banyak jugak offer dapat, setakat ni ada 5 offer terpaksa aku tolak pasal masalah melapor diri. Majoriti nya dia Shah Alam dan Lembah Klang. Ada 1 offer yang aku terpaksa Hold dulu, tawaran dari AEON. Mulanya diorg offer placement di AEON Wangsa Maju, alih2 terlepas pulak ke AEON Seberang Prai City dekat Bandar PERDA , Pulau Pinang. Nak tak nak, terpaksa hold.

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

Interview sana sini, aduh, letih jugak. Khamis lepas baru selesai interview dengan RHB Bank, Alhamdulilah, terus dapat offer tu, Sales Executive di RHB Tanjung Malim. Dalam masa yang sama, ada jugak offer dari Khazanah Nasional Berhad, tapi yang ni kena pergi buat latihan 2 bulan di Cherating Pahang.

4. Bil Konvokesyen ke-7 UniMAP.

Benda inilah yang paling aku gembira sepanjang dalam hidup aku. Alhamdulilah, dari tahun 1995 menjejakkan kaki di Tadika St. John, kemudian sekolah rendah di S.K. St. Michael II, menengah pula di SMK St. Michael dan SMK Anderson Ipoh, dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pengorbanan sejak 17 tahun lalu terbayar dengan segulung ijazah yang akan ku peroleh pada 29hb September nanti.

Next entry akan aku story tentang Konvokesyen UniMAP Ke-7 hujung September ni.


No comments:

Post a Comment