Sunday, September 16, 2012

September Datang Lagi - Konvokesyen UniMAP Ke-7, 2012


Insyallah, 29 September 2012 ini,
aku bakal bergraduat 
dengan memegang
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa)
dari Universiti Malaysia Perlis,
dibawah Pusat Pengajian (Fakulti)
Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan.
(PPIPT)

Menariknya,
aku merupakan salah seorang dari 300 pelajar perintis atau first batch PPIPT
yang bakal bergraduat.
Tambah menarik lagi,
konvokesyen kali ini dilangsungkan bila UniMAP menyambut ulangtahun ke-10 penubuhannya.

Banyak liku2 yang aku hadapi bila tiba saat nak bergraduat.

antaranya adalah status pelajar aku.
Di UniMAP,
kalau seorang pelajar itu masih bergelar pelajar,
maka status nya adalah - 
'Active'

kalau sudah betul2 tamat pengajian,
maka status nya adalah -
'Graduated'

timbul masalah disini bila aku buat short sem pada bulan Julai lepas.
Waktu tu, semua rakan2 aku yang lain telah berjaya mendapat status Graduated
dalam sistem portal pelajar masing2.
Aku pulak, masih memegang status 'Active'

sampai lah pada 10 September 2012,
status aku telah berubah kepada Graduated.
Syukur Alhmamdulilah.
Seakan tidak percaya bahawa aku telah benar2 melepasi kesemua ujian ini.

Next entry adalah kisah mengenai yuran yang perlu dibayar.

Dibawah ini adalah hotel yang aku menginap bersama keluarga
pada konvokesyen nanti...Last minute punya reservation, dapat bilik Executive Suite....






No comments:

Post a Comment