Tuesday, September 25, 2012

September Datang Lagi - Terminal AmanJaya


Petang tadi,
aku berkesempatan
ushar2 terminal bas baru Ipoh,
Yang akan ganti Medan Gopeng...

25 September 2012,
Terminal ni dah start beroperasi.
Takat ni, just Transnasional dan Plusliner je yang bukak kaunter...

snapshot yg sempat aku ambil - 

Lobi utama, ketibaan bas, tingkat 2, klau nak berlepas pulak, ground floor, style ala2 airport...


kaunter tiket, ala2 macam partition dlam pejabat...

Akhirnya, riwayat Medan Gopeng bakal berakhir....
terima kasih akan jasamu sejak dibuka tahun 2004...

Thursday, September 20, 2012

September Datang Lagi - Yuran Muran Konvokesyen


Minggu lepas,
barulah setel semua jumlah bayaran untuk konvo nanti.

RM163.00


Meliputi bayaran Sewa Jubah, Folder, Alumni, dan gambar.

Cuma agak terkilan mengenai satu benda,

Jubah.

Pertama sekali,
Jubah UniMAP ni tak boleh dibawa balik ke kampung halaman,
so memang tak boleh nak bergambar beramai2 berjemaah bersama keluarga besar aku
di Ipoh.

Ni contoh jubah yang bakal aku kenakan time konvo nanti - 


setiap Pusat Pengajian, adalah berbeza warna , means pada tassel, atau kalung dibahagian bahu.

Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatroni, adalah Biru.
PPK Mikroelektronik - Oren
PPK Bahan - Coklat.

Antara sebab kenapa jubah Pusat Pengajian aku tiada contoh gambar diatas,
pasal Pusat Pengajian aku adalah yang pertama bakal bergraduat tahun ini,
means aku adalah perintis dan batch pertama sebagai graduan Pusat Pengajian aku
yang bakal menyarungkan jubah serba baru, siap ada bau kedai...:)

dan warna bagi Pusat Pengajian aku - Fuschia Crayola...
payah nak menyebutnya,
tp dalam erti kata lain- lebih kurang warna delima.

ada yang cakap, warna merah jambu (pink)
disebabkan warna tu adalah warna bagi Pusat Pengajian aku waktu kejohanan olahraga tertutup UniMAP.
Nasib baik bukan warna tu...hahaha..


kedua sekali, yang paling aku sedih,
aku tak dapat bergambar bersama Arwah Opah aku,
arwah opah aku meninggal 4 September lepas...

sedih sangat, pasal dari awal lagi mmg dah plan nak bergambar dengan Arwah Opah,
tapi apakan daya , Allah SWT lebih menyayangi nya....


Al Fatihah Opah Habsah, 
May Allah bless Your soul...




Sunday, September 16, 2012

September Datang Lagi - Konvokesyen UniMAP Ke-7, 2012


Insyallah, 29 September 2012 ini,
aku bakal bergraduat 
dengan memegang
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa)
dari Universiti Malaysia Perlis,
dibawah Pusat Pengajian (Fakulti)
Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan.
(PPIPT)

Menariknya,
aku merupakan salah seorang dari 300 pelajar perintis atau first batch PPIPT
yang bakal bergraduat.
Tambah menarik lagi,
konvokesyen kali ini dilangsungkan bila UniMAP menyambut ulangtahun ke-10 penubuhannya.

Banyak liku2 yang aku hadapi bila tiba saat nak bergraduat.

antaranya adalah status pelajar aku.
Di UniMAP,
kalau seorang pelajar itu masih bergelar pelajar,
maka status nya adalah - 
'Active'

kalau sudah betul2 tamat pengajian,
maka status nya adalah -
'Graduated'

timbul masalah disini bila aku buat short sem pada bulan Julai lepas.
Waktu tu, semua rakan2 aku yang lain telah berjaya mendapat status Graduated
dalam sistem portal pelajar masing2.
Aku pulak, masih memegang status 'Active'

sampai lah pada 10 September 2012,
status aku telah berubah kepada Graduated.
Syukur Alhmamdulilah.
Seakan tidak percaya bahawa aku telah benar2 melepasi kesemua ujian ini.

Next entry adalah kisah mengenai yuran yang perlu dibayar.

Dibawah ini adalah hotel yang aku menginap bersama keluarga
pada konvokesyen nanti...Last minute punya reservation, dapat bilik Executive Suite....






September Datang Lagi - Mood bersawang

Ya Allah,
bersawang lagi nampaknya blog aku

antara sebab bersawang adalah kerna :

1. Terpaksa menjalani short sem, atau di UniMAP dipanggil semester kuratif

2. Terlampau sibuk mencari kerja

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

4. Dan paling sibuk sekali bila terpaksa menjelaskan semua hutang bil konvokesyen.



1. Short semester/semester kuratif

Yang ni paling menyeksakan. 2 tahun lepas, aku kantoi dlam paper BFT 107 Principle of Finance. Nak tak nak, penghujung bulan Julai, aku kena buat semester kuratif. Aku tak keseorangan buat semester kuratif ni, ada jugak kawan2 yang lain macam marliana, fazlen, ayiem, zack, kamil dan roomate aku sendiri, kecik, tapi diorgang semua nya lain2 subjek yang kene repeat. Alhamdulilah, keputusan pun dah keluar 16hb Ogos lepas, aku berjaya dapat B. Thanks kepada lecturer aku, Pn Dayang Hasliza pasal sudi mengajar aku sepanjang 3 minggu semester kuratif.


2. Terlampau sibuk mencari kerja

Yang ni pulak, memang seksa jugak, naik lebam mata mencari kerja di Jobstreet, Alhamdulilah, banyak jugak offer dapat, setakat ni ada 5 offer terpaksa aku tolak pasal masalah melapor diri. Majoriti nya dia Shah Alam dan Lembah Klang. Ada 1 offer yang aku terpaksa Hold dulu, tawaran dari AEON. Mulanya diorg offer placement di AEON Wangsa Maju, alih2 terlepas pulak ke AEON Seberang Prai City dekat Bandar PERDA , Pulau Pinang. Nak tak nak, terpaksa hold.

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

Interview sana sini, aduh, letih jugak. Khamis lepas baru selesai interview dengan RHB Bank, Alhamdulilah, terus dapat offer tu, Sales Executive di RHB Tanjung Malim. Dalam masa yang sama, ada jugak offer dari Khazanah Nasional Berhad, tapi yang ni kena pergi buat latihan 2 bulan di Cherating Pahang.

4. Bil Konvokesyen ke-7 UniMAP.

Benda inilah yang paling aku gembira sepanjang dalam hidup aku. Alhamdulilah, dari tahun 1995 menjejakkan kaki di Tadika St. John, kemudian sekolah rendah di S.K. St. Michael II, menengah pula di SMK St. Michael dan SMK Anderson Ipoh, dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pengorbanan sejak 17 tahun lalu terbayar dengan segulung ijazah yang akan ku peroleh pada 29hb September nanti.

Next entry akan aku story tentang Konvokesyen UniMAP Ke-7 hujung September ni.