Sunday, October 2, 2011

Oh Yeah Oktober! - Erti 100 Tahun Dalam Hidup Aku


Februari 2009 yang lalu,
aku menyambut perayaan 100 Tahun sekolah aku,
yakni SMK Anderson Ipoh.


tamat SPM tahun 2006, kelas 5SC1
disusuli dengan STPM 2008 , kelas 6AK2
di sekolah ni....

semasa di sekolah ni,
panggilan tuk budak2 sekolah ni adalah -

'Andersonians'

Berikut adalah petikan fakta mengenai SMK Anderson

'SMK Anderson yang ditubuhkan pada 8 Februari 1909 berjaya melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang profesional seperti pendidikan, sukan, politik, korporat dan keselamatan di negara ini.
Antara tokoh tersohor negara yang pernah menimba ilmu di sekolah berkenaan ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji; bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; kartunis terkenal, Datuk Mohamad Nor Khalid (Datuk Lat); bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan pelakon Datuk Rahim Razali.
Selain itu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali; aktivis politik, Allahyarham Ahmad Boestamam; bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah; pakar sejarah dunia, Prof. Emeritus Dr. Wang Gungwu dan Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohammed Hashim Ahmad Makaruddin juga adalah bekas pelajar sekolah tersebut.
SMK Anderson juga melahirkan ahli sukan bertaraf dunia dalam permainan hoki seperti Hamzah Shamsuddin, Amirullah Karim, Datuk Kamalul Ariffin Abd. Rahim dan Choy Kok Wah (badminton).
Nama sekolah itu dipilih sempena nama Sir John Anderson iaitu Pesuruhjaya Inggeris ketika itu. Pengetua pertama sekolah itu ialah Kolonel J. H. Tyte.'

dan SMK Anderson ada menganjurkan 
sambutan detik 100 Tahun di Padang Sekolah
dan ni sedikit gambar2 sambutan ambang 100 tahun...

sebelum detik 100 tahun,
ada konsert Fiesta 100 Tahun

poster mengenai konsert Fiesta 100 Tahun Anderson


pentas Konsert



percikan bunga api selepas detik tengah malam 100 tahun...lama woo pertunjukan ni, lebih 30 minit kalau tak silap....


dan yang istimewanya, tahun depan, yakni 2012
SMK St. Michael lak sambut 100 tahun,



Di sekolah ni, budak2 nya dikenali dengan -

'Michaelians'

aku disekolah ni sejak tahun 1996, yakni darjah 1,
yang aku ingat, aku ni kelas mat biru, sal kt sekolah rendah dia,
semua 3 kelas dia start dengan nama warna,
ada kelas
Hijau (Kelas first)
Biru (second)
Merah (third)

logo sekolah rendah, SK St. Michael 2

darjah 1, kelas 1 Biru
pastu 2 Biru,  Biru, 4 Biru
entah macam mana aku cemerlang sangat masa darjah 4, 
aku naik ke kelas 5 Hijau,
tp masa kelas 5 Hijau tu,
memang classmate aku sumer terror2, cemerlang beb,
tinggal aku sorg je yg corot sikit...
last2 sal xdpat compete,
aku turun ke kelas 6 Biru on the next year tu...

front facade bangunan utama SMK St. Michael

pastu,
naik lak sekolah menengah,
kali ni tak tukar2 kelas,
sal ade 10 kelas semuanya.
aku dapat kelas nombor 8,
so tingkatan 1, aku kelas 1A8,
dan kelas ni aku kekal smpai la PMR....
pastu aku tukar ke SMK Anderson...


dan 2012 ni nanti,
merupakan ulangtahun penubuhan SMK St. Michael yang ke-100.
bermakna sekolah ni ditubuhkan pada 1912,
oleh sekumpulan Brother2/Paderi gereja...
Sekolah ni jugak merupakan salah satu dari komponen sekolah2 La Salle,
iaitu rangkaian2 sekolah ni terdapat di merata Asia,
contohnya St. Xavier di Pulau Pinang dan St. John di Kuala Lumpur.
even di Singapura, Hong Kong, dan Filipina pun ada rangkaian2 sekolah La Salle ni...
La Salle diambil nama sempena nama seorang Brother Gereja iaitu Brother La Salle
dari Perancis, seorang penyebar agama Kristian yg menyebarkan agama ni di Asia...

sempena 2012 ni nanti,
banyak acara dah diatur untuk sambutan ni nanti,
setakat ni, dan ni adalah slogan tuk sambutan 100 tahun SMI nanti -


'Cherishing the Past, Embracing The Future'
                    








'Proud to be an Andersonians, Embrace to be a Michaelian'


No comments:

Post a Comment