Thursday, November 4, 2010

Alkisah kursus ijazah lady gaga dengan kepujian (hons)

hahahaha,
mesti pelik kan bile dengar tajuk kursus ijazah ni, IPTA mana lak yg tawarkan kursus ni... baca artikel ni :-

COLUMBIA - Universiti South Carolina di Amerika Syarikat mewujudkan kursus akademik baru bagi mempelajari kehidupan, karier dan pencapaian kemasyhuran bintang pop terkenal negara itu, Lady Gaga. 

Kursus Sosiologi Kemasyhuran dan Lady Gaga bakal diajar oleh Profesor Mathieu Deflem yang juga peminat setia penyanyi itu. 

Garis panduan kursus itu menunjukkan pelajar akan mempelajari cara untuk 'mewujudkan pemikiran akademik yang bernas' dalam isu berkaitan kemasyhuran Lady Gaga. 

Kursus itu akan mula ditawarkan di universiti tersebut, awal tahun depan. 

Deflem adalah pakar sains sosial yang turut mengkaji pelbagai isu lain seperti pembendungan keganasan, dasar antarabangsa, pengawalan jenayah dan teknologi Internet. 

Beliau mengaku sebagai peminat setia Lady Gaga dan sudah menghadiri 30 konsert penyanyi berimej futuristik itu setakat ini.



mula2 baca column ni, mati2 ingatkan IPTA kt Malaysia, nasib baik kt USA sane nun,
aduyai,
mat saleh ni wlaupun ada sesetengah kita pandang diorg ni cm advanced dlam segala benda,
tp ade jugak yg KO sal diorg ni,
ok la,
jom layan lagu bad romance.....:)

No comments:

Post a Comment