Saturday, November 6, 2010

Alkisah, hebatnya cinta februari

Entry ni mungkin sedikit ngeri brdasarkan paparan gambar,
namun, ini lah realiti yg kita hadapi setiap hari,
puncanya?

NAFSU......
.
.
.
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb 


Bu, adik Cuma ingin bertanya?

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... 

Ibu ingat 14 feb tak

Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu 



Benarkah bu? 




Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?
 


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
 


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
 


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
 
    

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta ?

Mengapa ibu?
 


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
 


adik cuma nak tanya je bu..... 

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada 
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
 "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat 
pasanganku
-Selalu.... 
Makingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon 
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon 
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk 
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk 
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup 
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup 
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. 
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... 
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
 membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup 
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

.
.
.
.
.



Kisah buang anak skrg bukan makin menjadi2, tp mmg dh jadi pun, sane sini buang bayi, even bayi tu pun boleh dianggap mcam sampah zaman skrg ni,

yg aku kesal dan marah, mak dan ayah yg brtanggungjawab kt baby2 ni, snang citer bagi aku,
buat anak larat, jaga anak tak larat pulak,
mmg kesian sngat aku tngok baby2 yg dibuang mcam tu je,
di dunia boleh lepas, di akhirat nanti????

2 comments: