Kalau dalam entri sebelum ni, kisah ‘Bila Promoter Konar
Baring’, aku duk kecoh pasal isu harga Air Purifier/Penapis dan Pembersih udara
Sharp Plasmacluster yg dikatakan harga nya RM329.00 di kedai Elektrik SH...
Minggu lepas, aku sekali lagi ke Kedai SH ni, tapi
cawangannya di Pandan Jaya. Bila aku tanya kpd seorang promoter wanita disitu
benar atau tidak harga nya RM329.00 untuk ahli pemegang kad, promoter itu jawab
‘Ya’...memang RM329.00 dan aku mengadu pada promoter wanita itu perihal aku
kena tambah RM70.00 untuk extend waranti nya..
Kiranya promoter wanita itu memang bersungguh2 yakinkan aku
harganya RM329.00, tak perlu top-up another RM70..
Bila discan harga barang itu, ianya bukan lagi RM329.00,
tapi dah naik kepada RM400.00. Mula pada saat itu la aku memang dah tak percaya
langsung pada kedai SH ni.. Mula saat ini, memang aku boikot terus la kedai SH
ni, tak sensitif langsung mengenai harga barang ini. Malangnya majoriti
pelanggan kedai SH ni yang aku perhatikan adalah berbangsa Melayu....
Baik, lupakan sahaja terus kisah itu, anggap lah ianya
pengajaran pada semua untuk lebih berhati2 dimasa akan datang...
Kisahnya, Khamis lepas aku MC, demam+tonsil dek kerana aku
kongsi minuman dengan kawan aku di MidValley Sabtu lepas. Ditambah pulak dengan
bulan lepas aku cabut gigi, so kawasan gusi yg dicabut giginya tu mmg kena
Infection. Bila kena je tonsil, memang teruk, sampai aku demam. Tambah lagi
dengan keadaan cuaca yang panas, kering dan kemarau, memang senang aku kena
infection sal aku alah pada habuk
Khamis itu Alhamdulilah, dah kebah, Cuma pada malam
sebelumnya itu aku teruk. Khamis tu jugak la lepas aku selesai jumpa Doktor utk
MC dan ambil ubat, aku pergi la ke AEON Maluri, untuk survey mana2 Pembersih
Udara/Air Purifier yang sesuai untuk rumah aku
Kalau di AEON, harga untuk Sharp Plasmacluster model
FU-A28-E adalah RM 448.00 kalau tak silap.
Dalam masa yang sama, ada 2 lagi model Air Purifier dari
Panasonic iaitu model F-PXJ30A dan model F-PMF35A...
Kedua-dua model Panasonic ni aku tak pasti apa beza nya,
tapi kalau ikut fungsi asalnya kedua-dua nya memang berfungsi untuk bersihkan
udara. Model F-PXJ30A ni adalah model terbaru diperkenalkan oleh Panasonic
tahun 2013 lepas, model F-PMF35A ni kalau tak silap aku model lama.
Harga untuk kedua-dua model Panasonicni harganya RM500.00.
Tapi akhirnya aku pilih model
F-PXJ30A pasal ianya ada tangkal, senang nak diangkat untuk diubah
kesana sini.
Bila aku bayar, terkejut aku, pasal untuk AEON membercard,
dapat potongan RM50. Jadi aku bayar RM450.00 je.
Aku memilih model ni daripada model Sharp Plasmacluster
FU-A28-E tu pasal model Sharp hanya boleh cover maksimum keluasan 19m je, dan
tiada panel meter operasi LED pada dia. Lagipun butang panel dia simple sangat
fungsinya, hanya ada butang Plasmacluster tuk bersihkan udara secara maksimum
dan jugak butang kelajuan udara samada Max,Medium,Low dan jugak pastinya butang
On/Off :P
tanda merah, menandakan udara kotor, dan dalam proses penyedutan untuk menapiskan partikel2 udara kepada yang lebih bersih
Kalau tengok secara mata kasar, memang banyak habuk/debu kat situ, kat sini la segala habuk disedut
Blower, yang keluarkan udara bersih
Model Panasonic ni ada banyak fungsi pada panel meter dia, macam Tanda
‘Clean Sign’, kalau udara kotor, ia tunjuk tanda merah, kalau bersih, ia tunjuk
tanda biru. Ada jugak fungsi Turbo, sedut udara secara kuat selama 10 minit,
Butang untuk ‘Sleep Mode’ pun ada, digunakan semasa kita tidur, dimana bunyi
sedutan dia kurang bising/senyap. 1 lagi ada butang tanda ‘Filter’. Butang
‘Filter’ ni akan menyala bila panel penapis udara dia perlu ditukar kalau dah
terlampau banya sangat habuk. Mengikut buku panduan ni, panel penapis perlu
ditukar setiap 2 tahun sekali. Alhamdulilah kat Ipoh ada Service Centre
Panasonic, kalau kat KL ni aku tengah cari gak kat mana Service Centre dia.
Butang berbagai Fungsi... Tanda Biru tu menandakan udara telah bersih dari pencemaran
Tarikan utama model Air Purifier Panasonic ni adalah fungsi
Nanoe, dimana Nanoe ini memerangkap habuk2 dan tukarkanya kepada udara/partikel
yang lebih bersih.
Setakat ni memang aku puas hati la pakai air purifier
Panasonic ni, kalau aku tidur, memang aku On kan dalam ‘Sleep Mode’ , bila
bangkit je waktu pagi, aku rasa segar, hidung pun dah tak tersumbat mcam dulu
lagi. Kiranya memang puas hati dan tepat la pilihan aku beli Air Purifier
Panasonic ni.
Kalau sebelum ni, memang aku nak beli model Sharp tu, pasal ianya murah, tapi disebabkan macam2 tarikan utama dan fungsi pada Panansonic Air Purifier F-PXJ30A ni buatkan aku beli sebuah, ye la, tak salah laburkan duit untuk nikmati kesihatan yang lebih baik kan?
Saya belli tahun 2012... Jenama sharp
ReplyDeleteHi..tentang entend warranty kat SH tu, tu sebenarnya pilihan. Org kedai kena tanya kita dulu samada nak extend atau x..kalau org yang xbiasa beli kat situ, mmg dia terus masukkan la sbb nak kaut untung..tp bagi sesiapa yg dah tahu, masa nak bayar tu, terus cakap SAYA XNAK EXTEND WARANTY (dengan serius) Hahahaha.. mmg bdasar pengalaman, kalo kita biar je, ikut suka diorg je extendkan waranty kita..SH best sbb dpt point..bila members day, mcm2 leh redeem..xperlu la kata, ramai pelanggan melayu ke ape..yg penting kita sbg pembeli kita tau hak kita..kalo xnak extend, ckp je xnak..kalo x, jgn bayar..hihihi..(betul ni, dah penah wat).. saya kalo beli barang letrik mcm tv n enset je akan extend waranty..apapun, mmg pilihan tepat amik panasonic air purifier..terbaeekkk..
ReplyDeletesaya dah pusing kat jalan pasar, KL beberapa hari lepas..tgh hujan lebat n ribut tu..spent beberapa jam ..masuk tiap kedai..xde jual model panasonic tu..yg ada model sharp je..RM 400 after discount..siap kena marah lagi dgn tokey kedai sbb saya ckp model panasonic yg saya nak cari tu..jauh lebih baik (ikut panduan yg korang kasi sebelum ni la)
ReplyDeletelepas tu, saya carik dalam goole n jumpa kat lelong.com.my..model panasonic tu rm 450 je kat kedai tan boon ming (TBM) Jalan Klang Lama..so terus pecut gi sana..dpt beli model panasonic mcm gambar kat atas tu.. RM 439 after discount n goreng skit kat salesman tu...filter n spare part pun ada jual kat situ..
sapa nak cari..just opposite maybank dan sebelah je dgn ambank, Jalan Klang Lama..tp kena U turn skit la..nampak signboard TBM yg besar tu...
so, sekarang ni..hari2 pasang air purifier tuh..moga perkongsian ni bermanfaat..n thanks a lot for your sharing before...
hi, okey tak sampai sekarang air purifier panasonic nie..rasa macam best jer..
ReplyDeleteHai kak murniza... takat ni, dah almost 1 tahun setengah pakai, Alhamdulilah, still ok... tapi filter kat dalam tu kena tukar setiap 2 tahun sekali...so next february kena tukar...
Deletesis, panasonic centre kat ipoh kt mana ek?
ReplyDeletekalau di ipoh, boleh refer ke panasonic medan ipoh
Deleteback to top
PM Service Centre
No 20, Jalan Medan Ipoh 3
Bandar Baru Medan Ipoh
Ipoh, Perak
Tel: +605-547 6633
Fax: +605-547 3396
Email : ccc@my.panasonic.com
Operation : Mon – Fri (9am-12.30noon, 1.30pm-5pm)
(Part sales close at 4.30pm)
Salam. TQ review. Baru angkut 2 biji di Aeon Big Shah Alam. RM 226 je satu bro, tak tau apa promosi dia buat. Saya angkut 2 terus. Sebabnya nak tidur dengan lebih tenang dan udara lebih segar (memang ada perbezaan dia). Udara kat rumah saya tak sedap sangat sebab saya duduk dekat kilang. Harapnya berbaloi.
ReplyDeleteTimakasih review bro.
Salam. TQ review. Baru angkut 2 biji di Aeon Big Shah Alam. RM 226 je satu bro, tak tau apa promosi dia buat. Saya angkut 2 terus. Sebabnya nak tidur dengan lebih tenang dan udara lebih segar (memang ada perbezaan dia). Udara kat rumah saya tak sedap sangat sebab saya duduk dekat kilang. Harapnya berbaloi.
ReplyDeleteTimakasih review bro.
TERBAIK POST NI....
ReplyDelete