Friday, November 21, 2014

Tembok Diri - Menunjuk Kekuatan atau Melindung Kelemahan?



Dalam kehidupan seharian,
hendak atau tidak mahu, kita kena hadapa segala tanggapan dan pendapat orang sekitar kita

Tembok diri

kadangkala, kita membina tembok dan penghadang di sekeliling diri kita,
tujuannya, untuk melindungi diri kita dari diambil kesempatan oleh orang lain..
untuk menunjukkan kekuatan diri kita kepada orang lain, bahawa 'Aku kuat'...
supaya jangan ada sesiapa yang pandang rendah pada kita

Tapi......

orang sekeliling kita memandang tembok diri kita sebagai kita seorang yg suka pencilkan diri
seorang yang membina tembok dan penghadang untuk melindungi kelemahan diri kita
seorang yang living in denial atas segala benda...

manusia.. macam-macam ragam dan tanggapan...

hadapi lah ia sebagai satu ujian buat diri kita...

Mini UTC Keramat

Kalau selalu naik LRT melalui Stesen Damai, 
confirm sebelah stesen tu akan kelihatan papan tanda besar UTC Keramat.


Mini UTC ni adalah Mini UTC ke-2 di KL selepas Mini UTC di Sentul, selain
UTC Pudu Sentral.

Mini UTC Keramat ni beroperasi di Keramat Mall,
asalnya Keramat Mall ni berperanan sebagai Pasar Gantian kepada 
peniaga2 Pasar Lama Keramat yang uzur dan kotor tu,
tapi dek kerana lokasi aras Pasar Basah di Keramat Mall ni terletak di Aras 2,
iaitu bukan diaras bawah/Ground Floor, menyebabkan peniaga2 Pasar Lama Keramat tak nak berpindah ke Keramat Mall ni,
Yang ada pun medan selera,kedai2 IKS dan sebuah Dewan Serbaguna di Keramat Mall ni..

Ruang legar ni asalnya adalah tapak untuk peniaga pasar basah Pasar Lama Keramat yang akan dipindahkan ke Keramat Mall ni, akhirnya diubah menjadi Mini UTC...



Lepas peniaga2 Pasar Lama tak nak pindah, macam2 idea dibuat DBKL utk pulihkan tempat ni,
jejantas dari LRT Damai, kemudian tawaran kpd FAMA utk buat lokasi jualan, SME Corp utk lokasi peniaga, tapi semuanya tak menjadi... last2 buat jadi UTC terus..





jadi minggu lepas masa nak hantar seluar buat alter, ternampak la ruang Mini UTC ni, so terjah la sekejap ke dalam dia..

FYI, Mini UTC ni bukan seperti UTC besar macam UTC Pudu Sentral, UTC Ipoh, UTC Kuantan,
jadi kena lah faham2, ianya Mini UTC, hanya ada beberapa Jabatan kerajaan sahaja...


Antara Jabatan/Agensi Kerajaan yang ada :

  • Perpustakaan Komuniti
  • Klinik 1Malaysia
  • Kedai Rakyat 1Malaysia
  • Kopiesatu FAMA (Gerai jualan minuman Produk FAMA)
  • Jabatan Imigresen
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
  • Majlis Agama Islam WPKL
  • Jabatan Agama Islam WPKL
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)




Cuma agak kecewa bila tiada pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dibuka disini,
kalau tak, mesti senang nak berurusan dengan DBKL..

Waktu operasi Minit UTC ni adalah dari 8.00 Pagi hingga 10.00 Malam 
Isnin hingga Ahad, (Tutup pada Cuti Umum)








Setakat (November 2014) Mini UTC belum beroperasi sepenuhnya,
hanya Kedai Rakyat 1Malaysia sahaja yang beroperasi.

Dikatakan pembukaan nya dijangka pada bulan Disember 2014 ni

Semoga Mini UTC ni membawa kemudahan kepada penduduk sekitar Timur Kuala Lumpur seperti Datuk Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Ampang Hilir untuk memudahkan urusan bersama Agensi Kerajaan.




Thursday, October 2, 2014

Lama Menyepi


Almost a year that I nearly abandoned my own blogspot..

and I feel really guilty about that...

memohon maaf kalau ada yg follow blog saya ni, tapi update sekerat jalan

2014 ni boleh kira tahun yang agak saya sibuk, dah juga dugaan yang datang dan pergi 

ya, tahun ni juga 2 benda besar terjadi dalam keluarga saya sendiri...

ayah saya selesai menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN bulan June lepas

dan Insyallah, perkahwinan abang sulung saya pada bulan Oktober..

tapi yang palin terkesan dalam hati saya , ialah kehilangan rakan sekerja saya 

dalam misteri kehilangan pesawat MH370, Anne Catherine Daisy

Anne ni, duduk sebelah meja saya je masa di HR Department,

usually, both of us come early to the office, dan selalu lah jugak kami sembang itu ini 

pasal hal kerja dan keluarga...

tapi 8 Mac 2013 memang tarikh yang tak dapat saya lupa, 

Anne 'ghaib' bersama ratusan lagi penumpang MH370 yg dalam

perjalanan dari KL ke Beijing...

saya ada cuba call Anne melalui telefon bimbit dia, tapi gagal

status whatsapp dia pun last active pada pukul 12.30 malam, 8 Mac 2014, beberapa minit sebelum

pesawat berlepas...

banyak lagi nak bercerita pasal Anne, tapi akan datang saya akan update disini..

Insyallah

Gambar dibawah, ialah ketika Anne (sebelah kiri) menghadiri kursus Manager's Skill di Nilai Springs Resort, Julai 2013 yang lalu


Sunday, February 16, 2014

Panasonic Air Purifier

Kalau dalam entri sebelum ni, kisah ‘Bila Promoter Konar Baring’, aku duk kecoh pasal isu harga Air Purifier/Penapis dan Pembersih udara Sharp Plasmacluster yg dikatakan harga nya RM329.00 di kedai Elektrik SH...

Minggu lepas, aku sekali lagi ke Kedai SH ni, tapi cawangannya di Pandan Jaya. Bila aku tanya kpd seorang promoter wanita disitu benar atau tidak harga nya RM329.00 untuk ahli pemegang kad, promoter itu jawab ‘Ya’...memang RM329.00 dan aku mengadu pada promoter wanita itu perihal aku kena tambah RM70.00 untuk extend waranti nya..

Kiranya promoter wanita itu memang bersungguh2 yakinkan aku harganya RM329.00, tak perlu top-up another RM70..

Bila discan harga barang itu, ianya bukan lagi RM329.00, tapi dah naik kepada RM400.00. Mula pada saat itu la aku memang dah tak percaya langsung pada kedai SH ni.. Mula saat ini, memang aku boikot terus la kedai SH ni, tak sensitif langsung mengenai harga barang ini. Malangnya majoriti pelanggan kedai SH ni yang aku perhatikan adalah berbangsa Melayu....

Baik, lupakan sahaja terus kisah itu, anggap lah ianya pengajaran pada semua untuk lebih berhati2 dimasa akan datang...



Kisahnya, Khamis lepas aku MC, demam+tonsil dek kerana aku kongsi minuman dengan kawan aku di MidValley Sabtu lepas. Ditambah pulak dengan bulan lepas aku cabut gigi, so kawasan gusi yg dicabut giginya tu mmg kena Infection. Bila kena je tonsil, memang teruk, sampai aku demam. Tambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas, kering dan kemarau, memang senang aku kena infection sal aku alah pada habuk

Khamis itu Alhamdulilah, dah kebah, Cuma pada malam sebelumnya itu aku teruk. Khamis tu jugak la lepas aku selesai jumpa Doktor utk MC dan ambil ubat, aku pergi la ke AEON Maluri, untuk survey mana2 Pembersih Udara/Air Purifier yang sesuai untuk rumah aku

Kalau di AEON, harga untuk Sharp Plasmacluster model FU-A28-E adalah RM 448.00 kalau tak silap.

Dalam masa yang sama, ada 2 lagi model Air Purifier dari Panasonic iaitu model F-PXJ30A dan model F-PMF35A...



Kedua-dua model Panasonic ni aku tak pasti apa beza nya, tapi kalau ikut fungsi asalnya kedua-dua nya memang berfungsi untuk bersihkan udara. Model F-PXJ30A ni adalah model terbaru diperkenalkan oleh Panasonic tahun 2013 lepas, model F-PMF35A ni kalau tak silap aku model lama.

Harga untuk kedua-dua model Panasonicni harganya RM500.00. Tapi akhirnya aku pilih model          F-PXJ30A pasal ianya ada tangkal, senang nak diangkat untuk diubah kesana sini.

Bila aku bayar, terkejut aku, pasal untuk AEON membercard, dapat potongan RM50. Jadi aku bayar RM450.00 je.



Aku memilih model ni daripada model Sharp Plasmacluster FU-A28-E tu pasal model Sharp hanya boleh cover maksimum keluasan 19m je, dan tiada panel meter operasi LED pada dia. Lagipun butang panel dia simple sangat fungsinya, hanya ada butang Plasmacluster tuk bersihkan udara secara maksimum dan jugak butang kelajuan udara samada Max,Medium,Low dan jugak pastinya butang On/Off :P


tanda merah, menandakan udara kotor, dan dalam proses penyedutan untuk menapiskan partikel2 udara kepada yang lebih bersih



Kalau tengok secara mata kasar, memang banyak habuk/debu kat situ, kat sini la segala habuk disedut


Blower, yang keluarkan udara bersih


Model Panasonic ni ada banyak  fungsi pada panel meter dia, macam Tanda ‘Clean Sign’, kalau udara kotor, ia tunjuk tanda merah, kalau bersih, ia tunjuk tanda biru. Ada jugak fungsi Turbo, sedut udara secara kuat selama 10 minit, Butang untuk ‘Sleep Mode’ pun ada, digunakan semasa kita tidur, dimana bunyi sedutan dia kurang bising/senyap. 1 lagi ada butang tanda ‘Filter’. Butang ‘Filter’ ni akan menyala bila panel penapis udara dia perlu ditukar kalau dah terlampau banya sangat habuk. Mengikut buku panduan ni, panel penapis perlu ditukar setiap 2 tahun sekali. Alhamdulilah kat Ipoh ada Service Centre Panasonic, kalau kat KL ni aku tengah cari gak kat mana Service Centre dia.


Butang berbagai Fungsi... Tanda Biru tu menandakan udara telah bersih dari pencemaran


Tarikan utama model Air Purifier Panasonic ni adalah fungsi Nanoe, dimana Nanoe ini memerangkap habuk2 dan tukarkanya kepada udara/partikel yang lebih bersih.




Fungsi Nanoe pada Air Purifier Panasonic


Setakat ni memang aku puas hati la pakai air purifier Panasonic ni, kalau aku tidur, memang aku On kan dalam ‘Sleep Mode’ , bila bangkit je waktu pagi, aku rasa segar, hidung pun dah tak tersumbat mcam dulu lagi. Kiranya memang puas hati dan tepat la pilihan aku beli Air Purifier Panasonic ni.

Kalau sebelum ni, memang aku nak beli model Sharp tu, pasal ianya murah, tapi disebabkan macam2 tarikan utama dan fungsi pada Panansonic Air Purifier F-PXJ30A ni buatkan aku beli sebuah, ye la, tak salah laburkan duit untuk nikmati kesihatan yang lebih baik kan?




Saturday, February 8, 2014

Fabulous February - Bila Promoter 'Konar Baring'


Kisah ni baru terjadi 3 hari lepas

sebagai permulaan, aku pada mulanya bercadang nak beli sebuah
penapis udara/ Air Purifier
dah lama aku buat review dan pandangan orang ramai kat google pasal kebaikan penapis udara ni
antara nya dapat hilangkan bau, sedut partikel2 habuk, dan ada jugak yg boleh tapis bakteria2 kotor/jahat...

sebelum tu ada jugak la aku survey2 harga air purifier ni
yang dalam target aku adalah 

1. Sharp Plasmacluster
2. Panasonic Nanoe

yang kat gambar bawah ni aku survey di Aeon Big Ampang..



okay, Sharp harganya RM 449.00
Panasonic harganya RM 499.00

jadi ada beza RM 50...

masing2 ada kelebihan dan kekurangan
Sharp tu ringan, kompak, harga pun murah dan banyak review bagus pasal dia
kurangya ialah dia takda skrin atau panel yg tunjukkan kualiti udara semasa tu adalah sihat atau tidak sihat
cuma ada tunjuk skrin kekuatan udara yg disedut samada low,medium, high....

Panasonic lak mengikut laman web dia, dia ada fungsi Nanoe, yg sedut partikel2 bahaya..
kekurangan ialah ianya model baru (Model yg berada ditengah2 gambar tu, kalau Panasonic yg belah kanan sekali tu, model lama) so tak banyak review dari pengguna, dan jugak harganya sikit mahal la...

okay, takpa, aku buat lagi google review, sampai la aku hanyut ke sebuah kedai jualan barang perkakas elektrik yang kedainya gunakan warna tema Hijau Merah ni...aku namakan kedai ni SH je..

di kedai SH ni, ada promosi Sharp Air Purifier :



so, kat web SH ni, dia tunjuk kan harga semasa model air purifier Sharp tu,
RM 329.00. Harga asalnya adalah RM499.00

Perbezaan RM170.00

Yang ni adalah harga promosi untuk ahli kedai (member card)
mak aku ada membercard kedai ni, dan aku gunakan je kad mak tu tuk beli benda alah ni

sampai je kat kedai, datang la seorang promote melayu lelaki yg ala2 rempit approach aku

aku tanya betul kah harganya RM329.00?
dia cakap harga untuk ahli membercard
Memang entitled akan dapat harga itu jugak
diulangi, HARGA ITU JUGAK, iaitu RM329.00
so aku no hal, tambah lagi aku memang ada cash RM 350.00 time tu..

SH ni kedainya 2 tingkat, masa tu aku tanya dia kat kaunter tingkat bawah
aku lepas tu nak naik la ke tingkat 2, sal benda tu di tingkat 2..

promoter tu cakap, takpa, dia bawakkan benda tu turun..

kemudian, benda yang tak aku ingin nak dengar jadi -



Promoter : 'Abang nak tambah RM70.00 tak? Kalau tambah RM70.00, layak dapat waranti 4 tahun'

Aku : 'Eh, takpe la, saya memang cukup2 bajet je RM330.00"

Promoter : 'Ala bang, RM70.00 je, dapat waranti 4 tahun, bukan banyak pun'

Aku : 'Takpe la, saya tak mahu tambah RM70.00'



masa ni, aku dah tak sedap hati

kemudian, proceed ke kaunter bayaran



oh ya, di kedai SH ni, kalau kita ada kenalan atau sedara mara yg ada membercard, tapi kita takde, kita boleh gunakan membercard org lain, so aku gunakan membercard mak aku

time di kaunter, promoter tu dah key-in maklumat semua pasal resit bayaran tuk air purifier Sharp tu, dan aku akan bayar jugak RM329.00 tuk air purifier tu mengikut kata2 promoter itu :




Promoter : 'Alamak bang, membercard ni dah expired la, kena top-up RM12.00 tuk setahun lagi'

Aku : 'La, bila expired? "

Promoter : '30 Januari 2014 lepas"

Aku : 'Berapa nak kena bayar membership?'

Promoter : 'RM 12.00 setahun'

aku pun bayar la , ye la, untuk mak aku jugak kan?



kemudian, 1 lagi benda terjadi :



Promoter : 'Alamak bang, harga promosi RM 329.00 ni dah abis, sekarang harga dia RM 400.00'

Aku : ' La, dah tamat ke?'

Promoter : "Ye la bang, dah RM400 dah, tapi membership ni saya dah bayar dah RM12.00 tu"

Aku : 'Hurm, takpe la, saya cancel je la", 



kemudian aku mintak la resit bayaran tuk membership card tu, 

dan promoter tu bagi resit pun  dengan muka yg agak ketat



Persoalannya di sini, aku tak marahkan kedai SH ni, takpe, pasal itu memang strategi kedai SH ni,
tapi aku KESAL DAN KECEWA dengan sikap promoter tu



Point 1 - Kenapa tak terus terang je ngan aku dari awal2 pasal harga Sharp Air Purifier tu?

Point 2 - Mulanya dia cakap top-up lagi RM70.00 dapat extend 4 tahun waranti, aduhai, air purifier ni kalau jaga elok2, Insyallah takde apa2, cuma filter dia kena tukar setiap 2 tahun di servis center, jangan terkejut kalau ada kedai elektrik yang tak tahu dimana filter ni dijual, benda tu kalau apa2 jadi pun kena refer ke service centre Sharp masing2'

Point 3 - Masa aku awal2 confirm nak beli air-purifier tu, promoter kemain excited lagi layan aku, sanggup berlari ke tingkat 2 ambil benda kotak air-purifier tu, bila aku cakap taknak top-up RM70, muka dia dah start lain, bertukar kepada "cetakan ketat"

Point 4 - Aku kecewa layanan promoter tu, agaknya dapat komisen kot kalau dpat buat sales...


sesetengah promoter cam promoter yg aku kena dalam kes ni, mungkin ingat RM70 tu sedikit, tapi besar maknanya di tengah2 kota KL ni....

yang aku kesalkan, ialah tutur kata promoter tu yg boleh aku anggap 'MENIPU' pelanggan,

awalnya cakap memang harga nya RM 329.00 untuk ahli, tapi last2 berdolak dalik cakap top-up lagi RM70 dapat extra waranti 4 tahun, kemudian cakap harga promosi dah tamat, kena bayar RM 400 pulak

seolah2 promoter tu nak jugak aku tambah RM70.00 untuk cukupkan RM 400.00....

Akhirya aku batalkan je niat aku beli air purifer Sharp tu...

aku kumpulkan je lah duit aku ni beli yg Panasonic ni pulak kot nanti dia Aeon Big, harganya RM500.00
itu pun selepas aku banyak buat kajian sal kelebihan Panasonic Nanoe di laman2 web di luar negara,....



dan apa2 pun, satu lagi pesanan aku buat promoter berbangsa Melayu diluar sana 
(Aku cakap Melayu pasal dah bnyak kali 'kena' dengan promoter Melayu ni)

kalau customer tanya itu ini pasal barang/produk yang dijual di kedai anda, layanlah mereka dengan baik,
ini tidak, bila customer tu tak jadi beli selepas dilayan, boleh pulak promoter ni tarik muka ketat

kenapa mereka tak jadi beli? sesetengah promoter ni tak pandai jual atau terangkan pasal barang/produk tu , last2, customer tu tak jadila beli...simple as a b c...

another one, jangan ingat yg datang pakai biasa2 selekeh tu, org tak berduit, ada yg kaya sebenarnya, siap bawak cash lagi....tp most of the Malay ni, dari luar je pakai smart2, gempak2, padahal poket kosong je...

pernah jadi kat aku bila aku datang kedai elektrik di Ampang Point tuk survey harga barang masa mula2 pindah KL, aku tanya itu ini, last2 aku tak beli pun barang tu, trus promoter melayu muda belia ni tarik muka...

apa2 pun, layanlah pelanggan dengan amanah, jujur, dan ikhlas..

bukan cuma tahu duduk kat kaunter sambil belek2 handphone sembang2 ngan kawan2...nampak je promoter perangai camni, memang sah2 la kedai tu payah nak laku jualan barang nya...

ok, bye!








Friday, January 3, 2014

Kisah Januari - Permulaan Yang Tak Sehebat mana - Isu Bas RapidKL

Assalamuailaikum
Pe khabar? Hari ni hari ketiga, 3 Januari 2014
Kita semua sambut tahun baru...

Kisahnya pada semalam, 2 Januari 2014,
Ingatkan tahun baru ni kot2 la ada penambahbaikan perkhidmatan bas Rapid KL,
nadi pengangkutan awam di Malaysia ni..


Kebiasaanya, aku dalam pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah...

memandangkan aku tinggal di Bukit Indah ni,
ada 2 bas RapidKL yang menggunakan Laluan Bukit Indah - Lebuh Ampang ni,

U26 - Bukit Indah - KLCC - Lebuh Ampang
T320 - Bukit Indah - LRT Ampang - Ampang Point

kalau aku keluar awal, aku ambil bas U26 ni, turun di stesen monorel Bukit Nanas untuk ke pejabat aku di Jalan Raja Chulan

kalau aku keluar dalam pukul 6.45 pagi, aku ambil bas T320, untuk ke LRT Ampang, tukar ke monorel di stesen monorel Hang Tuah

Oh Ya, Jadual perjalanan bagi bas2 ni pada waktu pagi adalah =

U26 = 6.00 Pagi, 6.15 Pagi, 6.30 Pagi, 6.45 Pagi, 7.00 Pagi, 7.15 Pagi, 7.30 Pagi
(Setiap 15 Minit)

T320 = 6.00 Pagi, 6.30 Pagi, 7.00 Pagi, 7.30 Pagi
(Setiap 30 Minit)

pagi tadi, aku plan nak ambil bas T320, Pukul 7.00 pagi,
gasak jugaklah siap2, pukul 6.55 dah terpacak kat bus stop Bukit Indah.
tapi, haram, T320 tak bergerak langsung...yang ada, bas U26.
Aku elakkan naik bas U26 pada pukul 7 pagi sal nak elak tempuh jammed dekat Jalan Ampang,
especially depan bangunan Great Eastern, dekat simpang traffic light Jalan Jelatek
Pernah dekat sejam terperangkap kat situ...

last2, pukul 7.30 pagi, barulah bergerak bas T320 ni, menuju ke LRT Ampang..
cuba tengok disini, 35 minit masa aku menunggu dari pukul 6.55 pagi, umpama dibuang kedalam longkang..

sampai je di LRT Ampang, time nak masuk je gerabak tren, time2 tu jugak pintu tu ditutup, nyaris tak kena kepit kat pintu..

Pulang kerja pulak,cara aku, ialah dengan naik apa2 sahaja bas yang berhenti di depan ofis aku di Jalan Raja Chulan tu, pasal semua bas disitu menuju ke arah Muzium Telekom, dekat2 dengan LRT Masjid Jamek.
Dari LRT Masjid Jamek inilah aku ambil tren LRT Aliran Ampang balik ke stesen LRT Ampang

jadi, aku naik la apa2 bas nak ke Muzium Telekom ni, dan  aku naik bas percuma warna ungu, 
GO KL Bus tu, sampai je kat simpang jalan depan Muzium Telekom, aku ternampak la bas U26 nak balik ke Bukit Indah.

Jadi, aku tunggu la bas tu di Lebuh Ampang,
Ingatkan bas U26 ni berhenti di Lebuh Ampang, tapi U26 ni pergi belok ke arah Jalan Tun Tan Siew Sin, 
menuju arah Menara Maybank tu,Punya la frust
last2 aku naik je LRT di Masjid Jamek, pulang ke Ampang. Ok, 15 minit menunggu, telah dibuang disini akibat bas U26 tu belok ke arah jalan lain, dan tidak melalui Lebuh Ampang,
Walhal nya, U26 sepatutnya pit stop terakhir dia di Lebuh Ampang...

Sampai je aku kat LRT Ampang pukul 6.15 ptg, aku ternampak la bas T320,
Berlari jugak la aku kejar bas tu, jalan pun tengah jammed, tepi bus stop pulak tu
tapi driver nya buat dek, je, terus tutup pintu, dan blah cepat2...

tak pikir panjang dah,
last2 aku tahan je bas U29 pulak, U29 ni menuju ke kg ampang campuran, tak lalu langsung Bukit Indah,
aku terpaksa turun di Bandar Baru Ampang, kemudian jalan kaki sejauh hampir 1.5km utk balik ke Bukit Indah...

campur tolak bahagi darab, hampir sejam lebih masa aku terbuang hanya kerna nak tunggu dan kejar bas RapidKL yg sememangnya makin teruk tahap khidmatnya...

Ingatlah, rakyat bayar untuk guna perkhidmatan anda,..
Ni dengar ceritanya tambang pengangkutan Awan Rapid KL ni mungkin naik..

tapi wajarkah ianya naik, sedangkan khidmat dan mutunya dipersoalkan sejak zaman Intrakota lagi....