Wednesday, March 27, 2013

Marching March - Hak Warga Emas!

kisah ni dah lama jadi...
awal bulan ni...

time tu aku naik monorail dari Hang Tuah ke Bukit Bintang..
monorail, maklumla, sentiasa pack, sal 2 gerabak je..
dengar cerita diorg nak upgrade ke 4 gerabak, tp takde perkembangan pun..

kisahnya, time aku baru je sampai stesen Imbi,
datang la sorg perempuan warga emas..
nampak cungap2, tp tak nampak letih, ala2 muka happening...
maklumla, time tu panas..

aku berdiri kat tepi pintu masa tu..
so aku berdiri mengadap sorg perempuan muda yg gaya ala2 urban..
tngah dengar MP3..

masuk je makcik warga emas tu td, dia cungap2, peluh2, 
pastu dia tengok2 la tempat duduk, tempat duduk penuh masa tu...
so dia pun ngan selambanya cakap kat perempuan muda yg tengah dengar MP3 tu -

'Dik, bangun dik, kamu tu muda lagi, makcik ni penat, nak duduk'

dengan muka tensyen nya, perempuan tu bangun, dan berdiri sambil geleng kepala...

anyway, kalau nampak mana2 warga emas yg tua dan kertu, better la kita bagi tempat duduk kt diorg,
tak pengsan pun kita kalau berdiri kejap,
tapi bagi warga emas, kalau berdiri lama2, mungkin boleh menyebabkan diorg tak larat, dan pengsan..

ni la rupa makcik tu,
tahniah makcik, sal makcik perjuangkan hak makcik,
walaupun cara makcik tu, agak brutal..hehehe
* perempuan berskirt kt belakang tu, adalah 'mangsa' kpd makcik ni..:P


Sunday, March 24, 2013

Marching March - Seniwati Mariani, A Living Legend

Baru2 ni aku tertengok la cerita 'Hantu Raya'
arahan Rashid Sibir kalau tak silap..

antara pelakon dlam cerita tu, Seniwati Mariani,
membawa watak sebagai seorang nenek yg uzur dan tua dan memelihara hantu raya...

Akhir2 ni, aku selalu tengok Mariani ni bawak watak Hantu2
dlam mana2 drama bergenre seram/puaka...

Mariani ni, adik perempuan Allahyarham Saloma,
dan jugak merupakan adik ipar Kpd Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..



Pada hemat aku la kan,
di kala usia tua ni,
tak elok jugak la mana2 production asyik2 bagi watak hantu je kat Mariani,
ye la, mentang2 la Mariani dah tua, so agaknya setengah production senang skit kot kerja diorg 
nak bagi watak hantu utk Mariani, senang sikit, sal tak payah nak mekap banyak2..
seolah2 Mariani di exploit plak...



Pernah sekali, Mariani diberi watak orang gaji siap pakai uniform, tak ingat aku drama mana,
tapi dlam drama slot Samarinda kat TV3, sungguh melampau Mariani diberi watak sebegitu..

bagi aku, tak wajar Mariani dibuat macam tu,
She's A Living Legend!
and I admired her a lot!

Sementara dia masih ada bersama dengan kita semua,
baik la kita hargai bakat yang dia ada,
gaya lakonan Mariani pun, mmg natural, tak dibuat2 macam setengah pelakon kayu zaman sekarang ni...

memana production di luar sana, better la korg hentikan je bagi watak2 hantu pada Mariani,
ce bagi watak yang elok atau bagus sikit cam Datin ke, watak Ibu ke,
kan ke bagus kalau macam tu...

Moga Seniwati Mariani dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT..:)




Thursday, March 21, 2013

Marching March - GCAP @ Masterskill College Ipoh. (Part I)

Graduate Career Accelerated Programme
(GCAP)
Program yg bertujuan meningkatkan 'soft skills' dan tahap komunikasi Graduan..
kiranya cam nak value added tuk para graduan...



Rasanya ramai yg dah pernah dengar pasal GCAP ni...
first time aku dengar, kira2 2 minggu sebelum konvo bulan September 2012 lalu,
time tu aku berkejar dr Ipoh ke Perlis tuk dengar taklimat di UniMAP...

waktu aku tu diorg explain la itu ini sal GCAP ni, nak membantu para graduan tuk lebih yakin dialam kerjaya
dan jugak akan menganjurkan Career Fair khas untuk peserta2 GCAP ni..

tapi masa tu, aku tak dapat join GCAP di UniMAP selama lebih sebulan,
just kawan aku soerjadi dan kawan2 yg lain pergi, sal aku demam teruk masa tu..



Masterskill Ipoh.

Kisahnya awal tahun ni, GCAP call lagi sekali tuk offer aku join,
tapi aku tak dapat nak join GCAP di Menara TA, KL, sal masalah kewangan sikit, ye la, tak keje lagi, so duit pun takda..

tapi aku cakap, kalau buat di Ipoh, yes, aku leh pegi, tapi diorg dah buat di Ipoh, di Masterskill bulan Disember 2012..

tup2, awal mac ni, GCAP call, kata nya diorg buat GCAP di Ipoh kali ni,
so aku pun dtg la briefing 18 Mac Lepas..

dan kami diberitahu, kami merupakan
batch GCAP terakhir, 
lepas ni mmg takda dah GCAP ni...

so better la aku gi, disebabkan aku pun takde kerja lagi...

dan ni pic2 aku sempat snap time kelas..


ni hari kedua, time ni aku masuk lambat, so budak2 laki present sal kapal terbang...


ni hari ketiga, yes, aku take part gak, present sal Event Management utk Maybank...


hasil kerja kami semua...


so yang jadi masalah nya, tempat program ni dibuat,
kat Kolej Masterskill,
kolej ni ok, tapi disebabkan kedudukan kolej ni dikawasan Industri Klebang+sebelah landasan keretapi,
mmg mencabar kalau pagi2 nak pergi kolej ni, 
atau waktu petang nak balik dari kolej,
sal lori keluar masuk, jalan plak teruk, lubang sana sini..
so cam tak sesuai plak lokasi kolej ni...
tambah plak dngan cuaca yg mmg panas, tetiap hari berpeluh..

dari rumah aku nak kesini, dalam 25 minit,
sal perlu lalu ikut highway PLUS, dan menempuh 5 lampus isyarat...

ada jalan kampung/short cut dari meru utk ke kelebang,
tapi jalan tu, amik masa lebih 30 minit jugak la,
sal bengkang bengkok dan lubang sana sini...

kalau nak selamat, ikut jalan kampung
kalau nak cepat, ikut highway..

tapi aku sentiasa berdoa, agar perjalanan aku dilindungi dan selamat dari apa2 bahaya...

tapi syukurla, kelas nya sangat selesa, aircond pun sejuk, teringat plak zaman study dlu..
thanks Masterskill, sal sudi sedia tempat utk GCAP..:)

by the way,
ni instructor tuk kelas kami,

Mr. Muru..:)

he's a very nice guy, baik dan sangat mesra...:)


so hari ni, dah hari ke-4, kawan2 pun dalam proses nak berkenalan..
GCAP ni banyak buat group work cam presentation mengenai diri sendiri dan cara2 nak improve morale diri..

so program ni bertujuan nak meningkatkan nilai2 moral pada graduan...
dan sekarang ni jugak, aku rasa best jugak GCAP ni,
dan bertuah jugak,
sal kami ni semua, merupakan Batch Terakhir GCAP kali ni...
so no more GCAP after this...



Monday, March 18, 2013

Marching March - Bila Berhadapan Dengan Orang Yang Suka Menyibuk

Kisah Bermula bila ada seorang makcik ni,
mengambil tahu hal aku,
it's okay la kan, as a good neighbour, mesra dengan jiran lain...

Honestly makcik ni baik dan mesra,
Syukur Alhamdulilah, dapat berkenalan dngan makcik yg baik...

The point that I want to highlight here, is regarding about my status right now..
yes, currently, I'm unemployed, tak kerja...

bukan nya disebabkan aku malas dan tak mahu cari kerja,
kalau sesiapa yang pernah baca kisah aku tahun lepas,
lepas konvo, aku kena demam virus dekat sebulan,

time tu, kali terakhir aku demam, untuk rekod,
kali terakhir adalah pada awal tahun 2011,
sebelum itu, tahun 2009, dalam bulan september,
so hampir dua tahun lepas kejadian tu,
aku demam lagi sekali,
sal aku jenis jarang demam,
selang setahun dua aku demam,
kirenya kalau aku sekali kena demam, mmg teruk,
sal ada org kata, kalau sesiapa yg jarang demam ni, sekali kena demam,
memang teruk demamnya..


dan dalam tempoh itu, 7 offer kerja aku terpaksa tolak
because they want an immediate starter for the job that they offered to me,
so aku terpaksa tolak,
Maybank Shah Alam for marketing, MT for AEON Jusco in seberang prai,
RHB for graduatee training, GEMS training in Cherating, Pahang,
1 company telemarketing di KL Sentral, dan 2 lagi company di Shah Alam...

Dengan keadaan aku yg betul2 sakit waktu tu, sampai nak bercakap pun tak larat,
aku terpaksa tolak,
sedih sangat waktu tu,
pasal time tu semangat nak tolong keluarga dengan bagi duit gaji sendiri utk tolong buat belanja dapur dan rumah for my parents, tak dapat aku buat...
hanya pada bulan Januari 2013 aku betul2 sihat...
so disini tak timbul perihal aku pilih kerja atau malas nak cari kerja..
my communication skills and English language are good, got nothing to be worried about that,
kalau tak bagus, macam mana la aku boleh dpat 7 offer job dan jugak training tu kan?
I already proved that during my interview...

Kisahnya makcik ni asyik perli je,
ade sekali tu, dia cakap anak sedara dia dah 5 tahun menganggur, buat kerja biasa2 tak setimpal ngan kelayakan degree dia...
then ada sekali tu dia cakap, dah lama tak nampak aku kt luar rumah,
sal dia ingat aku dah dapat kerja..

I was just like...@^%$%#$%^#&#*&*!!!!!

nak aku tekan kan kat sini, aku dah attend 2 interview lepas bulan Januari lepas,
Courts Mammoth for MT position and SL1M for CIMB,
and now I'm waiting for their feedback...

Syukur Alhamdulilah,
my parents faham akan keadaan aku dan jugak some of my friend, Soerjadi and also my adik angkat, Asmida Asmawi...

so skrg ni, aku tolong2 kerja ayah aku,
sal ayah aku ni, ada company dia sendiri,
subkontraktor, so aku kerja sendiri la kirenyer...
tolong buat kerja di rumah...

Bukan aku malas dan tak perform time interview, Yes, aku boleh buat...
tp perihal kena perli2 ni, I got no comment on that...
ye la, kita dah kenal makcik tu, mesra dan baik,
takkan la aku sound balik atau perli balik..
nanti merosakkan pulak hubungan ye tak?
sal aku seorang yg fikir panjang,
kalau aku gaduh ngan makcik tu, tak pasal2 nanti masam2 muka plak...

disini yg aku dapat simpulkan, orang yg macam makcik itu,
bukan apa, mungkin education standard dia rendah, 
pnah sorg bgtau kat aku,
klau ikut qualification seseorang itu,
kalau org tu ada SPM, dia buat pintu rumah,
senget2 sikit,

kalau STPM, cantik dan kemas,

kalau Diploma/Degree, pintu tu cantik dan tahan..

kalau PHD, lagila cantik...

so dari sini, kita dapat tengok, lain tahap pemikiran, lain gaya dan cara / approach diorg terhadap sesuatu hal...

dalam hal ni, aku sentiasa berdoa agar aku dapat kerja yg baik..
mungkin offer yg aku pernah dapat tu, tak sesuai bagi aku, Allah Taala nak bagi peluang yg lagi baik dari itu,
who knows kan?

bohongla kalau aku cakap aku tak bosan duduk rumah,
bosan sangat, sal tak dpat kerja, effect sejak kejadian aku demam hampir sebulan tu..

dalam hal ni, nak tak nak, aku diamkan je dan hadapi je segala apa yg makcik tu cakap...
bior je la...

by the way, 
petang ni, aku ada interview ngan Scicom GCAP di Masterskill Ipoh,
hopefully, through this programme, I will be able to improve my communication skills and learn new things...
Amin...

Marching March - Kisah Anak Jagaan Jiran Sebelah

Wah,
rasanya dekat sebulan tak update blog...
sori la kepada sesapa yg baca blog aku,
busy sedikit sal ubahsuai rumah dan perihal lesen kereta aku baru2 ni...

Kisahnya,
jiran sebelah rumah aku ni ada jaga anak2 orang,
kirenyer babysitter la..

rasanya dekat 8 orang dia jaga, 
anak2 yg berlainan la kirenya...

satu hari tu,
time aku tengah rajin , menyapu la porch

time tu,
ada 2 org anak jagaan jiran aku ni tgh nak ready gi sekolah, time tu tgahari...

tetibe bapak diorg sampai naik kete nak amik diorg...

apalagi, bebudak tu seronok la, sal bapak diorg dtg,
ni dialog diorg- 

Abu - Yeay, ayah dan sampai

Minah - INALILAH...YEAY....




*Pitam seketika.....