Friday, September 30, 2011

Oh September - Terima Kasih Perpustakaan UniMAP



27 September lepas,
alkisahnya aku dapat sms dari pihak perpustakaan UniMAP,
mengatakan bahawa aku telahpun memenangi hadiah 
daripada pertandingan I-Pool anjuran Perpustakaan UniMAP
semasa Pesta Konvokesyen ke-6 UniMAP
pada 14 -19 September lepas....


dalam pertandingan tu,
ada dekat 20 ekor itik mainan (plastik)
dan peserta akan diberi sebatang pancing/joran buluh,
pastu kena kait itik tu seekor....
dibawah itik mainan tu (lepas dapat kait)
akan ada nombor soalan....
pas tengok dan dapat nombor soalan tu,
kena pergi ke kaunter untuk jawab soalan tu...

percubaan pertama aku nyata menjadi,
bila aku dapat soalan red spot...

soalan - 
'Apakah mercu tanda perpustakaan UniMAP di Pauh Putra?'

alang2 dah pergi meronda kt kampus Pauh Putra 2 minggu lepas,
dengan mudahnya aku jawab -
'Kubah'

hasilnya,
aku menang kotak kayu buatan kraftangan Malaysia

kawan baik aku lak, Zaidi,
dia pun dapat jawab soalan red spot...
menang la pulak Teddy Bear 1...

yg tu hari pertama....

hari kedua,
aku kail lagi,
dan kali ni,
dapat soalan yg susah sikit...
'Apakah nama makmal komputer di Perpustakaan UniMAP?'
mulanya aku nk jawab CAI Room, sal nama tu mmg sinonim sejam dari aku sem 1 lagi
tapi jawapan tu tiada dalam senarai jawapan yg diletakkan di depan meja booth...

pening pikir,
last2 aku jawab 'InfoAccess'
sal ada perkataan info tu...
kemudian,
staff perpustakaan kata,
nanti diorang akan buat panggilan kalau kita menang hadiah..
cara menang hadiah,
agak susah sikit...
sal semua yang jawab soalan tu, akan ditulis jawapan diatas kertas,
kemudiaan,
staff Perpustakaan akan buat cabutan bertuah keatas semua kertas penyertaan tu...
harapan nak menang, bagi aku memang tipis,
pasal dekat 100 penyertaan...


sampai la 27September lepas,
dapat la pulak sms,
mengatakan aku menang hadiah dari pertandingan 
memancing I-Pool tu...
dan kebetulan,
perpustakaan UniMAP buat rumah terbuka
di perpustakaan tingkat 1...
sampai je aku kt situ,
aku bagitau yg staf perpustakaan ada bagi sms dekat aku,
kata aku menang hadiah,
staf kt situ kata pergi makan dulu,
baru ambil hadiah,
ape lagi, memang aku melantak time tu...:)
ni snap2 masa rumah terbuka tu -



Timbalan Naib Canselor, Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal pun ada

Ni lauk aku, feveret aku tu, ketupat

Abis je makan,
time nak balik,
baru dia buat penyampaian hadiah,
sebelum tu,
staf kt situ kata aku menang first prize,
ingatkan gurau2 je,
rupanya betul!


Masa ni aku tak tahu isi kandungan dia,
staf Perpustakaan tu cakap aku menang henset,
dan kebetulan time aku tengah sms2, staf tu kata
takyah ambil hadiah sal henset aku pun dah mahal, 
walhal aku pakai Nokia C-3 je

balik je rumah,
bila aku bukak,
memang betul henset..

Sony Ericsson Elm J10i2




yang bestnya henset ni,
ada - 

5MP kamera, with flash,

WiFi (Ni yg paling penting)

3G  :)

GPS ( Ni pun aku suka, nanti takdelah sesat time nk shoping kt KL nanti)


apa2 pun, terima kasih Perpustakaan UniMAP...:)



No comments:

Post a Comment