Thursday, January 31, 2013

Kisah Januari - Kemalangan!!!


Kelmarin, lepas hantar adik aku pergi sekolah,
lalu la kat simpang 4 ni....
simpang ni boleh kata agak berbahaya,
sal tiada lampu isyarat....
simpang ni terletak di Taman Merdeka, di Jalan Labrooy, Ipoh...
dan kebetulan masa tu, ada kemalangan
melibatkan sebuah motor


sibuk benor Tiong Nam Logistic


motor dah tergolek tgah jalan...
tak pasti la plak keadaan penunggang tu,
tapi ade kesan tompok darah kat situ...
nampak mcam teruk


mangsa dah naik ambulans...
tapi tengok gaya, ada kereta Myvi putih sebijik cam dah kemek skit...
rasenyer Myvi tu berlanggar dengan motor tu...

simpang ni sangatlah bahaya,
kalau dari arah Taman Merdeka ni, nak masuk ke Jalan Labrooy (hala ke pusat bandar)
memang amik masa nak masuk, sal perlu tunggu keadaan trafik yang betul2 takde kenderaan,
baru leh masuk simpang...
aku pun tak berapa pasti, sama ada simpang ni dibawah seliaan JKR Negeri atau Majlis Bandaraya Ipoh...
harap pihak yang berkaitan dapat la memasang Lampu Isyarat disini tuk elak benda sama berulang...





Saturday, January 26, 2013

Kisah Januari - Warna Tetap Penting


Kadang2, seronok jugak perhati gelagat 
orang keliling


Semangat adik ni,
helmet kaler hijau, air pun kaler hijau


Ni plak, pelekat P pun kaler merah,
rambut ngan seluar pun kaler merah...


Thursday, January 24, 2013

Kisah Januari - Have You Seen This Boy?


Jom Bantu keluarga adik William Yow ni,
kalau2 pernah nampak, cepat2 telefon nombor yang tertera dibawah...



UPDATE 25/01/2013

Adik William disahkan mati, ekoran penemuan seorang mayat kanak-kanak di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor, dimana mayat kanak-kanak tersebut, adalah Adik William, setelah pengecaman mayat mangsa dia Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah oleh keluarga mangsa.

Takziah, dan semoga keluarga mendiang adik William tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini.


Wednesday, January 23, 2013

Kisah Januari - Ulat Gonggok Puduraya




Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.

Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.




Ok, meh sini aku nak komen lak,

aku suspek, mungkin mamat yg kene balun ni, kuang hajar kot ngan ulat2 gonggok tiket tu,
common sense, klau kita kuang hajar ngan org, of course la org tu akan kuang hajar ngan kita balik,
ye dak?
lain la klau kita bersopan santun cam melayu terakhir,
alih2 kena ,maki balik, tu org gila namanya, so jangan layan...

sebagai pengguna tegar Puduraya, so aku mmg selalu turun naik bas kat sini...

perkara yang paling aku sakit hati, cam kes ulat gonggok tiket ni la, 
kes ni dah sampai tahap ulat sampah,
cukup menganggu...

gambar2 ni, gambar lama yg sempat aku snap  tak lama dulu..


mamat baju hitam adalah ulatnya ye, duk ikut org je tanya pegi mana...
klau aku jawab nak gi jamban, ada jual tiket?


tak puas hati lagi, cari lagi kastemer...

lokasi yg biasa aku kena dihurung ulat2 gonggok ni,
tang pintu masuk dari stesen LRT Plaza Rakyat tu,
pnuh ulat2 gonggok kat situ,
kadang2 tu, aku nak cepat beli tiket kat kaunter je,
sal aku percayakan hanya Plusliner dan Transnasional
selain tu, KBES dan Sri Maju
sal 4 bas ni, lebih dipercayai...

yang ulat2 ni tak berani aku nak beli,
ntah2 aku balik Ipoh nanti, naik bas Len Seng, tak kena naya?

So bila aku nak jejak kaki masuk Puduraya tu je, dah menganggu,
orang dah la nak cepat, tapi duk tanya2 nak pegi mana..
tak ke bangang namanya tu?

company bas lak, dah tau company ko tu tak laku, 
gi la buat promosi,
ini idak, ko antar staf2 ko bergonggok2 kat pntu puduraya sampai kat mcdonald
depan mydin tu pun ade, tanya2 org pegi mane, pegi mane...
tak ke bongok namenyer tu?

aku berharap sngat la,
Puduraya dpat ikut contoh TBS-BTS yg jual tiket pakai mesin automatik..
baru la kurang gejala ulat gonggok ni

Security UDA Management lak,
mana lak korang menyorok?
baik takyah jadi security klau ulat gonggok depan mata pun buat bodo je...

Datuk Seri Najib dah bagi peruntukan,
renovate Puduraya ni bagi cantik,
kaunter2 pun dah sistematik,
tapi ada jugak ulat2 gonggok ni...

kalau dah macam tu,
baik roboh je kaunter2 tiket kat aras 2 tu,
then staf2 kaunter sumer leh duduk bersila ramai2 bentang tikar
kat pintu masuk Puduraya
sambil jerit 'TIKET TIKET'...
puas hati?

Friday, January 18, 2013

Kisah Januari - Interesting Confusions



Interesting confusions.


1.Can you Cry under water?



2.Do Fish ever get Thirsty?




3.Why don't Birds fall out of Trees when they sleep?




4.What do you call a male lady bird?



5.Why is it called building when its already built?




6.If money doesn't grow on trees then why banks have branches?




7.Why does a round pizza come in a square box?




8.Why does not Glue stick to its bottle?




Keep thinking....;-)

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Januari - Arau Dikala Malam

Entry kali ni just nak share gambar..
Arau dikala malam...
gambar2 ni sumer aku snap2 time aku kuar makan ngan member aku, Emir n Soer bulan Jun 2012 sudah...


























Kisah Januari - 10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu Zaman Sekarang

Dah lama aku tak post sal ilmu agama dlam label Ad-Din..
so ni petikan yang aku kongsikan dari laman Ilustrasiku.com
mengenai perihal 10 amalan masyarakat Melayu kita yang terbalik/menyimpang sikit


Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
Amalan kenduri Arwah ni bagi aku mmg pelik, iyalah, dah kita kehilangan orang tersayang, kita pulak yang terpaksa buat kenduri arwah.

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Yang ni, mmg dari kecik lagi aku dididik supaya hulurkan bantuan, tak kira dlam bentuk wang ringgit, ataupun membantu persiapan mengurus jenazah. Bab bagi hadiah time kenduri kahwin, rasanya aku tak pernah bagi hadiah lagi, cukup la sekadar menghadiri jamuan kahwin dan ucap tahniah, moga berkekalan smpai bila2, tupun rasanya dah kira cukup

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Pakai minyak wangi Mekah dan baju ,kain pelikat, make sure bersih....:)
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Amik sikit je lauk, makan sebelum kenyang..:)
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Insyallah.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Cukup risau kalau pergi Bazar Ramadan. Kalau dengan famili, mana2 lauk yg tak habis time berbuka, akan dihabiskan time bersahur
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Last Year, mak aku pergi buat Haji, syukur Alhamdulilah, dia balik dengan selamat... tak buat kenduri
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Insyallah, kalau aku ada anak, ilmu fardhu ain dan kifayah, akan dibalancekan... Ramai mak bapak skrg ni antar anak gi tuisyen gempak2, sesapa yg dpat result bagus, ok la... klau tak dpat result bagus, camner?
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Insyallah.. skrg pun aku dah start pergi masjid/surau bukan time Solat Jumaat je, tapi solat fardhu pun apa salahnya kita pergi....
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

No komen, sal aku tak kahwin lagi
Ada jugak amalan lain yang boleh dikatakan syirik, antaranya, mandi safar.. mandi safar ni dibuat dlam bulan Safar dan klau di Malaysia, tahun 70-an dan 80-an, pernah dibuat di Pantai Klebang, Melaka. Mandi kononyer untuk buang Sial/tolak bala. tapi difatwakan haram, dan tak dibuat pun dah zaman skrg... not sure la kot2 ada lagi memana yg gatal sangat nak buat... takde istilah sial mial ni dalam Islam ye.. semua nya bergantung kepada sejauh mana ketaatan dan keimanan kita pada Allah SWT.