Showing posts with label Kisah lama. Show all posts
Showing posts with label Kisah lama. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Nova November - Yang Pergi, Tetap Dikenang


Semalam, 31 Oktober 2012,
tarikh lahir seorang yang sangat dekat dgn aku,
Muhammad Zakwan Mohamed nama dia...

kami sefamili, panggil dia - 'Wan'

lahir pada 31hb 1994...
masa dia lahir, hidup aku kira bercahaya kiranya,
sal masa tu, aku takde adik, kiranya aku anak bongsu la....


Ni masa dia umur 9/10 bulan kalau tak silap...




sampai la 25 Mei 1997, masa tu aku kt sekolah rendah,
time tgah duduk dlam kelas, aku rasa lain macam...
duduk sorang2 kt belakang kelas...
sampai la paksu aku dtg sekolah, cakap - 

'Oni, adik dah takde..'

terus pak su bawak aku gi hospital...
rupanya arwah meninggal sal jangkitan kuman kt hati...
sebab kematian - 'liver failure' / kegagalan hati...

menangis aku masa tu...
sampai sekarang, aku rasa bersalah...
sal seminggu sebelum arwah masuk hospital pasal sakit..,
aku marah dia, sal usik barang2 aku dalam bilik...
sampai menangis arwah aku marahkan dia...
lepas tu, aku tak bercakap dengan arwah, ye la, kecik2 dulu, 
merajuk ni benda biasa....

andai kata arwah still ada, aku selalu terbayang, entah2, arwah skrg sambung belajar kt matrik ke, kt politekni ker, sal masa kecik2, arwah kirenyer pandai jugak la, especially ABC ngan nombor2/angka...

tak sangka pulak, semingggu camtu sbelum dia meninggal, arwah 
masuk hospital sal sakit...mula ingat demam biasa je....


Masa sambut birthday ke-2 kalau tak silap... 6-7 bulan lepas tu, arwah meninggal....


sampai sekarang aku macam tak dapat maafkan diri aku, sal marahkan arwah hanya pasal benda yg remeh...

'Wan, maafkan abang tau, abang tak sengaja marah Wan masa tu....'

Al-Fatihah....




Sunday, October 2, 2011

Oh Yeah Oktober! - Erti 100 Tahun Dalam Hidup Aku


Februari 2009 yang lalu,
aku menyambut perayaan 100 Tahun sekolah aku,
yakni SMK Anderson Ipoh.


tamat SPM tahun 2006, kelas 5SC1
disusuli dengan STPM 2008 , kelas 6AK2
di sekolah ni....

semasa di sekolah ni,
panggilan tuk budak2 sekolah ni adalah -

'Andersonians'

Berikut adalah petikan fakta mengenai SMK Anderson

'SMK Anderson yang ditubuhkan pada 8 Februari 1909 berjaya melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang profesional seperti pendidikan, sukan, politik, korporat dan keselamatan di negara ini.
Antara tokoh tersohor negara yang pernah menimba ilmu di sekolah berkenaan ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji; bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; kartunis terkenal, Datuk Mohamad Nor Khalid (Datuk Lat); bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan pelakon Datuk Rahim Razali.
Selain itu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali; aktivis politik, Allahyarham Ahmad Boestamam; bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah; pakar sejarah dunia, Prof. Emeritus Dr. Wang Gungwu dan Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohammed Hashim Ahmad Makaruddin juga adalah bekas pelajar sekolah tersebut.
SMK Anderson juga melahirkan ahli sukan bertaraf dunia dalam permainan hoki seperti Hamzah Shamsuddin, Amirullah Karim, Datuk Kamalul Ariffin Abd. Rahim dan Choy Kok Wah (badminton).
Nama sekolah itu dipilih sempena nama Sir John Anderson iaitu Pesuruhjaya Inggeris ketika itu. Pengetua pertama sekolah itu ialah Kolonel J. H. Tyte.'

dan SMK Anderson ada menganjurkan 
sambutan detik 100 Tahun di Padang Sekolah
dan ni sedikit gambar2 sambutan ambang 100 tahun...

sebelum detik 100 tahun,
ada konsert Fiesta 100 Tahun

poster mengenai konsert Fiesta 100 Tahun Anderson


pentas Konsert



percikan bunga api selepas detik tengah malam 100 tahun...lama woo pertunjukan ni, lebih 30 minit kalau tak silap....


dan yang istimewanya, tahun depan, yakni 2012
SMK St. Michael lak sambut 100 tahun,



Di sekolah ni, budak2 nya dikenali dengan -

'Michaelians'

aku disekolah ni sejak tahun 1996, yakni darjah 1,
yang aku ingat, aku ni kelas mat biru, sal kt sekolah rendah dia,
semua 3 kelas dia start dengan nama warna,
ada kelas
Hijau (Kelas first)
Biru (second)
Merah (third)

logo sekolah rendah, SK St. Michael 2

darjah 1, kelas 1 Biru
pastu 2 Biru,  Biru, 4 Biru
entah macam mana aku cemerlang sangat masa darjah 4, 
aku naik ke kelas 5 Hijau,
tp masa kelas 5 Hijau tu,
memang classmate aku sumer terror2, cemerlang beb,
tinggal aku sorg je yg corot sikit...
last2 sal xdpat compete,
aku turun ke kelas 6 Biru on the next year tu...

front facade bangunan utama SMK St. Michael

pastu,
naik lak sekolah menengah,
kali ni tak tukar2 kelas,
sal ade 10 kelas semuanya.
aku dapat kelas nombor 8,
so tingkatan 1, aku kelas 1A8,
dan kelas ni aku kekal smpai la PMR....
pastu aku tukar ke SMK Anderson...


dan 2012 ni nanti,
merupakan ulangtahun penubuhan SMK St. Michael yang ke-100.
bermakna sekolah ni ditubuhkan pada 1912,
oleh sekumpulan Brother2/Paderi gereja...
Sekolah ni jugak merupakan salah satu dari komponen sekolah2 La Salle,
iaitu rangkaian2 sekolah ni terdapat di merata Asia,
contohnya St. Xavier di Pulau Pinang dan St. John di Kuala Lumpur.
even di Singapura, Hong Kong, dan Filipina pun ada rangkaian2 sekolah La Salle ni...
La Salle diambil nama sempena nama seorang Brother Gereja iaitu Brother La Salle
dari Perancis, seorang penyebar agama Kristian yg menyebarkan agama ni di Asia...

sempena 2012 ni nanti,
banyak acara dah diatur untuk sambutan ni nanti,
setakat ni, dan ni adalah slogan tuk sambutan 100 tahun SMI nanti -


'Cherishing the Past, Embracing The Future'
                    








'Proud to be an Andersonians, Embrace to be a Michaelian'


Friday, March 18, 2011

story - Super Kinta


zaman aku kecik2 dulu,
di Ipoh,
tak banyak shopping kompleks yg hebat2,
seingat aku, yg membesar time awal 90-an dulu,
ada 2 tempat yg jadi tumpuan,
pasaraya Ocean,
dan Super Kinta....




Super Kinta ni,
terletak didalam bangunan Pasar Besar Ipoh.
Mula menerima pengunjung pada tahun 1983....

dekat sini la dulu,
tempat nk shopping baju raya,
barang2 rumah,
dan segala kelengkapan lagi....
selalu nya,
mak aku yg bawak gi super kinta ni...
zaman kecik2 dulu,
mmg seronok kalau parents kita bawak jenjalan,
especially kt shoping kompleks...

antara tardemark kt sini yg aku ingat,
karipap sardin, asam laksa, ngan kaya balls,
among the finest in Ipoh in that time....



zaman trus berlalu,
sampai la tahun 2004,
pasaraya ni ditutup,
ekoran saingan sengit dari shopping kompleks yang lain,
yakni Parkson Ipoh, Jaya Jusco, Tesco, dan Greentown Mall.....
last visit, tak silap aku masa form 3, yakni tahun pasaraya ni ditutup...
mmg syahdu dan sedih
sal disini la aku mula kenal ngan baju kiki lala,
walkman, dan memacam lagi la...

baru2 ni,
ade permohonan dari Dewan Perniagaan Melayu Perak,
agar tempat ni dipulihkan balik
agar dapat menjadi sperti pasar chowrasta, sungai wang, dan pasar payang,
yg mengumpulkan semua produk IKS keluaran negeri Perak
dan dipasarkan dibawah 1 bumbung,
ade gak yg bagi cadangan agar dpat dijadikan
pasar alat2 elektronik atau ICT centre,
ekoran kedudukan strategiknya ditengah2 bandaraya Ipoh...
pengubahsuaiyannya dijangka menelan belanja RM 5 juta....
sama2 tunggu dan lihat...



 suasana dalam Pasaraya Super Kinta baru2 ini.....



Sunday, January 23, 2011

cerita zaman sekolah



kisah lama kali ni,
sal kisah zaman sekolah,
mmg BEST sngat masa tu,
smpai cikgu aku kate
'tu la, zaman sekolah dlu taknak enjoy puas2'
hahaha,
masa takleh putar balik wahai teacher roshaida,
aka cikgu BI aku dlu,


ditubuhkan pd bulan Februari 1909,
3 taun lpas,
kami sambut u/tahun ke-100
aku kirenyer generasi ke-4 sekolah kt sini,
dr zaman Arwah atuk ku, Arwah Abd. Rahim Dahalan,
pak2 sedara ku yg tak terkira jumalah nyer, heheheh
aku sendiri,
dan ade sorg anak sedara aku,
azrul azri (skang ngah form 3)
time aku form 5,
co-incident,
sepupu mak aku,
Haji Jasmi Alias,
jd PK Pentadbiran kt sini,
mmg school of my family la kirenyer sekolah ni,
huhuhu


sekolah ni 
diberi nama sempena org gambar atas ni,
John Anderson,
Gabenor negeri2 Selat,
org yg bertanggungjawab
bawak balik negeri2
Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu
masuk balik Malaysia dr jajahan Siam,
tetapi dia lepaskan wilayah 
Pattani, Yala, Narathiwat, dan Satun
kpd Siam

Kantin sekolah, tempat lepak dan 'lari dn ponteng dr kelas'

Lt. Col. J. H, Tyte.
adalah pengetua pertama,
yg diimport dr SMK Victoria KL,


Prominent figure,
ade ramai,
antaranya,
Raja DiHilir Perak,
Raja Jaafar,




ex MB Perak,
Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali




last not least,
Kartunis Datuk Lat,


anak nyer,
Haris Md. Nor,
1 batch ngan aku
time form 5 dulu (2006)
aku di kelas SC1, anaknyer di SC2,
sebelah menyebelah je kelas kami...

ada masa,
aku wat entry sal
member2 aku kt sekolah ni



Thursday, November 4, 2010

Alkisah..., Suatu Ketika....

wah, tajuk entry pun ala2 mengenang kembali kisah2 di waktu lalu, sambil2 dengar lagu chori2 chupke2 kt radio ni, tringat lak kisah lampau...., hahahah


pergh,
gambar 2 taun sudah, 
tak silap aku masa perayaan 100 tahun jubli emas sekolah aku,
dr kiri, kechik, skang ni staf kt UiTM Perak,
2nd lak, hu3, tu la aku,
tengah2 yg muka macho tu, afnan, kt UiTM Puncak Alam,
3rd lak, ha, ni la best friend aku smpai skrg, suhail, skang ni kt IKM Lumut,
last skali tu, Daniel Khan, (takde kena mngena ngan Salman Khan maupun Shah Rukh Khan,) study kt UMT


bila aku tngok/ belek2 gambar lama, rasa seronok sngat kenangkan zaman sekolah,
bayangkan, cikgu disiplin bawak rotan lagi 3KM dr kelas pun, dah boleh nampak, hahahah