Tuesday, September 25, 2012

September Datang Lagi - Terminal AmanJaya


Petang tadi,
aku berkesempatan
ushar2 terminal bas baru Ipoh,
Yang akan ganti Medan Gopeng...

25 September 2012,
Terminal ni dah start beroperasi.
Takat ni, just Transnasional dan Plusliner je yang bukak kaunter...

snapshot yg sempat aku ambil - 

Lobi utama, ketibaan bas, tingkat 2, klau nak berlepas pulak, ground floor, style ala2 airport...


kaunter tiket, ala2 macam partition dlam pejabat...

Akhirnya, riwayat Medan Gopeng bakal berakhir....
terima kasih akan jasamu sejak dibuka tahun 2004...

Thursday, September 20, 2012

September Datang Lagi - Yuran Muran Konvokesyen


Minggu lepas,
barulah setel semua jumlah bayaran untuk konvo nanti.

RM163.00


Meliputi bayaran Sewa Jubah, Folder, Alumni, dan gambar.

Cuma agak terkilan mengenai satu benda,

Jubah.

Pertama sekali,
Jubah UniMAP ni tak boleh dibawa balik ke kampung halaman,
so memang tak boleh nak bergambar beramai2 berjemaah bersama keluarga besar aku
di Ipoh.

Ni contoh jubah yang bakal aku kenakan time konvo nanti - 


setiap Pusat Pengajian, adalah berbeza warna , means pada tassel, atau kalung dibahagian bahu.

Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatroni, adalah Biru.
PPK Mikroelektronik - Oren
PPK Bahan - Coklat.

Antara sebab kenapa jubah Pusat Pengajian aku tiada contoh gambar diatas,
pasal Pusat Pengajian aku adalah yang pertama bakal bergraduat tahun ini,
means aku adalah perintis dan batch pertama sebagai graduan Pusat Pengajian aku
yang bakal menyarungkan jubah serba baru, siap ada bau kedai...:)

dan warna bagi Pusat Pengajian aku - Fuschia Crayola...
payah nak menyebutnya,
tp dalam erti kata lain- lebih kurang warna delima.

ada yang cakap, warna merah jambu (pink)
disebabkan warna tu adalah warna bagi Pusat Pengajian aku waktu kejohanan olahraga tertutup UniMAP.
Nasib baik bukan warna tu...hahaha..


kedua sekali, yang paling aku sedih,
aku tak dapat bergambar bersama Arwah Opah aku,
arwah opah aku meninggal 4 September lepas...

sedih sangat, pasal dari awal lagi mmg dah plan nak bergambar dengan Arwah Opah,
tapi apakan daya , Allah SWT lebih menyayangi nya....


Al Fatihah Opah Habsah, 
May Allah bless Your soul...




Sunday, September 16, 2012

September Datang Lagi - Konvokesyen UniMAP Ke-7, 2012


Insyallah, 29 September 2012 ini,
aku bakal bergraduat 
dengan memegang
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa)
dari Universiti Malaysia Perlis,
dibawah Pusat Pengajian (Fakulti)
Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan.
(PPIPT)

Menariknya,
aku merupakan salah seorang dari 300 pelajar perintis atau first batch PPIPT
yang bakal bergraduat.
Tambah menarik lagi,
konvokesyen kali ini dilangsungkan bila UniMAP menyambut ulangtahun ke-10 penubuhannya.

Banyak liku2 yang aku hadapi bila tiba saat nak bergraduat.

antaranya adalah status pelajar aku.
Di UniMAP,
kalau seorang pelajar itu masih bergelar pelajar,
maka status nya adalah - 
'Active'

kalau sudah betul2 tamat pengajian,
maka status nya adalah -
'Graduated'

timbul masalah disini bila aku buat short sem pada bulan Julai lepas.
Waktu tu, semua rakan2 aku yang lain telah berjaya mendapat status Graduated
dalam sistem portal pelajar masing2.
Aku pulak, masih memegang status 'Active'

sampai lah pada 10 September 2012,
status aku telah berubah kepada Graduated.
Syukur Alhmamdulilah.
Seakan tidak percaya bahawa aku telah benar2 melepasi kesemua ujian ini.

Next entry adalah kisah mengenai yuran yang perlu dibayar.

Dibawah ini adalah hotel yang aku menginap bersama keluarga
pada konvokesyen nanti...Last minute punya reservation, dapat bilik Executive Suite....






September Datang Lagi - Mood bersawang

Ya Allah,
bersawang lagi nampaknya blog aku

antara sebab bersawang adalah kerna :

1. Terpaksa menjalani short sem, atau di UniMAP dipanggil semester kuratif

2. Terlampau sibuk mencari kerja

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

4. Dan paling sibuk sekali bila terpaksa menjelaskan semua hutang bil konvokesyen.



1. Short semester/semester kuratif

Yang ni paling menyeksakan. 2 tahun lepas, aku kantoi dlam paper BFT 107 Principle of Finance. Nak tak nak, penghujung bulan Julai, aku kena buat semester kuratif. Aku tak keseorangan buat semester kuratif ni, ada jugak kawan2 yang lain macam marliana, fazlen, ayiem, zack, kamil dan roomate aku sendiri, kecik, tapi diorgang semua nya lain2 subjek yang kene repeat. Alhamdulilah, keputusan pun dah keluar 16hb Ogos lepas, aku berjaya dapat B. Thanks kepada lecturer aku, Pn Dayang Hasliza pasal sudi mengajar aku sepanjang 3 minggu semester kuratif.


2. Terlampau sibuk mencari kerja

Yang ni pulak, memang seksa jugak, naik lebam mata mencari kerja di Jobstreet, Alhamdulilah, banyak jugak offer dapat, setakat ni ada 5 offer terpaksa aku tolak pasal masalah melapor diri. Majoriti nya dia Shah Alam dan Lembah Klang. Ada 1 offer yang aku terpaksa Hold dulu, tawaran dari AEON. Mulanya diorg offer placement di AEON Wangsa Maju, alih2 terlepas pulak ke AEON Seberang Prai City dekat Bandar PERDA , Pulau Pinang. Nak tak nak, terpaksa hold.

3. Terlalu sibuk dengan upcoming interview

Interview sana sini, aduh, letih jugak. Khamis lepas baru selesai interview dengan RHB Bank, Alhamdulilah, terus dapat offer tu, Sales Executive di RHB Tanjung Malim. Dalam masa yang sama, ada jugak offer dari Khazanah Nasional Berhad, tapi yang ni kena pergi buat latihan 2 bulan di Cherating Pahang.

4. Bil Konvokesyen ke-7 UniMAP.

Benda inilah yang paling aku gembira sepanjang dalam hidup aku. Alhamdulilah, dari tahun 1995 menjejakkan kaki di Tadika St. John, kemudian sekolah rendah di S.K. St. Michael II, menengah pula di SMK St. Michael dan SMK Anderson Ipoh, dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pengorbanan sejak 17 tahun lalu terbayar dengan segulung ijazah yang akan ku peroleh pada 29hb September nanti.

Next entry akan aku story tentang Konvokesyen UniMAP Ke-7 hujung September ni.


Thursday, June 28, 2012

Bulan Jun - Muzium Kota Kayang

Sambungan dari post sebelumnya,
abis paper Bahasa Jepun 4,
terus aku ngan soerjadi ronda2 smpai ke Kuala Perlis

among the last picture of the exam day,
Angeline, Sui Ying, and Shi Ying, tak nak keluar,
menikmati saat2 akhir exam...:)



dewan dah mula lengang, ramai dah abis awal

abis exam, lepas Asar, terus aku ngan Soerjadi keluar jalan2 ke Kuala Perlis
ni pemandangan melalui jalan Wang Ulu ke Kuala Perlis


masa duduk di Wang Ulu dulu, time sem 1 dan 2, jalan ni lah yang aku lalu, kalau ada kelas/aktiviti kat Kampus Kg Wai, Kuala Perlis

alang2 dah lalu, kami singgah jap kt Muzium Kota Kayang


belakang Muzium ni, adalah Kota Indera Kayangan,
asalnya, tempat ni lah dulu, ibu negeri Kedah

kawasan ni, dikelilingi bukit2, bertindak sebagai kota pertahanan nak hadapi serangan pihak Siam


Pintu masuk ke kota

jalan masuk


ada photoshoot org kahwin


pemandangan kawasan sekitar

peta lokasi Muzium Kota Kayang

Lupa nak bagitahu, dalam kawasan Kota ni, ada Makam Almarhum Kayang Pertama@Sultan Kedah ke-15, Almarhum Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah.


Informasi mengenai Almarhum

Makam Almarhum



Apa yang pasti, pemandangan dekat kawasan ni, memamg cantik

Perigi Raja, tapi dah kering. Perlis rasanya masa ni, dah dekat sebulan tak hujan.



kawasan belakang Muzium Kota Kayang


ada kolam dibelakang.



Ni pintu masuk Muzium, tapi masa lawatan dah tutup...:(




pemandangan depan Muzium Kota Kayang..

sambungan seterusnya, imbasan kembali Kg. Wai.


Wednesday, June 27, 2012

Bulan Jun - Tamat Sudah Perjuangan 3 Tahun

18 Jun 2012,
merupakan hari terakhir aku berjuang
dalam peperiksaan akhir di UniMAP
Last Payper -
BFT 325 Pengurusan Logistik
dan 
EUW 417 Bahasa Jepun 4

ni antara snap yg sempat aku amik
time last day of exam....

except for logistik,
coz logistik paper stat pukul 9 pagi di
dewan badminton kubang gajah (DBKG)

abis logistik,
stat kete ngan soerjadi,
meluru terus ke Dewan 2020, Kangar,
nak hadapi paper terakhir,
EUW 417 Bahasa Jepun 4...
Dewan 2020, dewan keramat, sal kt sini dulu la sesi orientasi aku masa tahun 2009 dulu
dan disini jugak la paper exam trakhir aku...

suasana lengang, klau tak silap, student 1st year PPIPT, bru abis jawab paper BFT 110 Organizational Behavior

Pintu masuk, cuak wei time ni

layout tempat duduk

time ni, baru pukul 12 lebih, alang2, lepak surau kejap dngan soerjadi ngan wahab..
dua2 ni mmg member baik aku selama kt unimap

yang kat tangga ni, si baju hijau, member baik aku, zikri, ngan bob sarawak ngan thangaraja

pintu masuk dewan time pukul 1.30 ptg
pukul 2 ptg

alang2 seluk pekasam, moh tngok nombor giliran dulu
Muhammad Husni Asyraf - no 700, mmg ni no giliran trcantik spanjang aku study :)


yang 4 calon ni, calon tuk bahasa arab 4 , EUW 413, mmg bruntung skali, sal 4 calon je...hehehe

ni lak, kertas exam aku, alhamdulilah, leh la gak jawab...

suasana time exam, yang meja kosong ni, asalnya khas tuk student EUW 414 Bahasa Mandarin 4, member2 baik aku majoritinya amik mandarin, tapi lecturer mandarin ni awalkan exam seminggu....so tak dapat la nak merasa exam sekali...


sebelah sane lak, barisan calon yang amik bahasa arab 2, EUW 213...adik angkat aku, asmida asmawi, duduk depan skali...




bersambung part seterusnya, jalan2 ke kuala perlis, dan imbasan kembali, kediaman pertama di kampung wai