Thursday, December 6, 2012

Bulan Disember - Zaiton Ceritaku

Confirm Ramai pnah dengar lagu 
Menaruh Harapan, Zaiton Sameon (Kak Eton)
Lagu ni merupakan pemenang Juara Lagu (Time tu Juara Lagu, belum lagi Anugerah Juara Lagu (AJL)) Tahun 1987

So time kecik2 dulu, aku dibesarkan oleh Opah aku kt kampung...
so kalau siang2 hari tu, Opah aku ni suka bukak Radio 1, skrg dikenali dngan nama Klasik Nasional FM...
So dari situ la aku kenal penyanyi2 evergreen atau malar segar macam Kak Eton ni, Gaya Zakri, Kak Pah, Latiff Ibrahim....
Masa Dengar lagu Menaruh Harapan kecik2 dulu, aku pun tanya la sape yg nyanyi jerit2 kt opah aku...
Opah aku cakap, 


'Kak Eton yg nyanyi, dulu dia popular, skrg ni dia tak berapa'betul' sikit'


so aku tertarik la, ape bende yg tak 'betul' tu...
rupenyer kak eton ni dulu eksiden pas abis buat show kt Batang Kali, Selangor...
yg sadisnyer, Anak Kak Eton meninggal time tu, Azirwan Abu Bakar...

Tapi dalam banyak2 lagu, lagu Kabut Serangkai Mawar yg paling aku suka..
zaman skrg ni, mmg payah nak jumpa tone suara Kak Eton time dia popular dulu tahun 80-an...


So baru2 ni, kat Astro First, ada la promo sal  filem Kak Eton ni,
Zaiton Ceritaku...


Esma Daniel jadi pengarah... So dari segi shot filem ni, aku puas hati la,
cuma ada sedikit kekurangan tu, biasa la...
kisah filem ni, sal kisah hidup Kak Eton lepas dia eksiden tu...
dari seorang yg sangat la Famous time 80-an dulu,
sampai la segala2 nya musnah, dek kerana eksiden yg Kak Eton kena...

Bnyak babak yg yg menyentuh hati, especially bila adik beradik Kak Eton tak ambil peduli sngat dngan Kak Eton dan jugak bagaimana Rahim, cuba membawa balik Kak Eton masuk bidang nyanyian balik...

Walaupun banyak babak yg sedih, tapi babak gambar bawah ni yg paling menyentuh hati aku...
Zaman Kak Eton glamour, Kak Eton macam lupa diri kejap dengan kemewahan dan populariti yang dia dapat
Norlia Ghani yang bawak watak Mak Kak Eton... babak ni, actually, aku ingatkan Kak Eton baling duit ni kt mak dia, rupenyer adik beradik Kak Eton nak pakai duit, mintak bantuan Kak Eton, so time Kak Eton tengah nak cari duit yg dia simpan, Kak Eton tak sengaja terjatuhkan duit ni kt sebelah mak dia...
On the Spot mak dia kutip balik duit dia.... walaupun seteruk itu Kak Eton perlakukan pada keluarga dia, mak dia tetap jaga Kak Eton time Kak Eton sakit...

Dalam filem ni jugak, ditunjukkan watak Kak Eton selepas dia dijaga oleh Rahim, Kak Eton ade sekali tu, main serbu je majlis orang kahwin sal nak menyanyi... paling best, Kak Kiah Propa pun ada berlakon skali...

Kak Eton pernah cakap, supaya apa yang jadi pada dia, diharap dapat jadi iktibar pada kita...
tak selamanya kita senang, ada masa nanti, kita akn susah...

Tahniah jugak pada Nadia Aqilah, berjaya jugak membawa watak Kak Eton...
Filem ni apa2 pun, kira macam gagal sikit menarik perhatian penonton sal kurang publisiti sal filem ni...
aku dapat tau tayangan filem ni pun, kat Astro First...

Anyway, apa2 pun, semoga Kak Eton tabah hadapi semua ujian dari Yang Maha Esa...
You are the greastest singer Kak Eton!!!...:)




Wednesday, November 28, 2012

Nova November - Quote Of The Day




Pada Zahir, Raja Yang Memerintah






Pada Batin, Rakyat Yang Memerintah



*Petikan dari perbilangan Perpatih

Nova November - Quote Of The Day


Ikan Kembung nak tegur Si Jerung?




Si Kembung sendiri lah yang kena 'tanggung'




Saturday, November 24, 2012

Nova November - Quote Of The Day

You're A Crayon, 



I'm A Highlighter. 




You May Colour The World, 




But I Make It BRIGHTER!


Tuesday, November 20, 2012

Nova November - Tampal Gigi


Masuk hari ni,
dah seminggu aku tanggung benda alah ni...
actually gigi aku tak sakit pun..
tapi bila kunyah time makan,
bukan sakit, tp ngilu...
ala2 electric shock bila kena...
Dan affected area tu, wisdom teeth yg ujung sekali, upper jaw / geraham bongsu, rahang atas, ujung sekali
Bila rasa dengan lidah, mmg dpat rasa mcam lekuk/lubang skit...
Gigi aku tak berapa betul skit aturan tumbuhnya...
2002, 10 tahun sudah, aku jatuh masa kt sekolah..
atas basketball court...
effect dr benda tu, 5 btg gigi aku hilang, dagu aku berjahit 6 klau tak silap..
gigi  aku yg survive, ada yg retak, dan bersepih...
start dr itu la, gigi aku tumbuh tak teratur
huru hara la kirenyer aturan gigi aku ni...

so siang td, aku gi klinik gigi ni - 

kisah aku jatuh kt basketball court tu, mmg sakit...
masa tu aku form 1... impak jatuh tu mmg kuat...
on the spot tercabut 3 gigi aku....
time tu, pengetua sekolah aku antar aku terus kt hospital ipoh... kt situ jugak la aku kene jahit dagu aku...
dpat MC seminggu...
effect dr kejadian, ada gigi aku yg longgar, dan aku pergi Klinik Pergigian Sivi kt Silibin, Ipoh ni tu cabut lagi 2 btg gigi aku...., sal 2 btg gigi tu, mmg tak leh survive lg...
dan kali ni, pertama kali dlam tempoh 10 tahun, aku pergi lg klinik gigi...


Kalau ikut gambar atas, problem aku, yg Nombor 1 tu...Decay Of Enamel...
Masa kene check dgn doktor, Rupenyer bukan 1 je gigi aku problem,
tapi ada lagi dalam 4/5 gigi aku yg dah ada lubang kecik2 ni...
tp yg serius, 2 ...'jiran bawah' gigi geraham aku yg problem tu pun sama...

Aku ingatkan kena cabut, rupenyer tampal je...
Dan jugak, aku ingat bila tampal ni, kena bius, tp tak bius rupenyer, sal aku takut jarum...hahahah
so doktor tu pun korek2 punye dalam,
pancut dgan air ape ntah (Doktor gigi tahu la kot alatan tu)
So bila dah abis korek tu, aku rasa dengan lidah aku, punya la dalam lubang gigi aku tu...
So then, Doktor tu biarkan aku dulu, sal ada patient lain time tu...

Patient ni kalau tak silap, buat Root Canal...
Root Canal ni, semua saraf dan urat gigi yg rosak tu,
dimatikan dan dicabut keluar, kemudian diletakkan 1 bahan khas, kire cam nak tutup balik liang kosong lepas urat dan saraf gigi yg rosak, dibuang..so gigi tu survive lagi, cuma tak berurat saraf je...



Time ni, sempat jugak tngok tools yg doktor gigi pakai, gerun sei...

tak tau kenape ngan model gigi ni, aku sempat main2 lagi ngan bende alah ni...:P

teringat citer Mr. Bean... :P


So end of the treatment, RM 180.00 kena... not bad la,
tambah lagi Parents aku baik dgan Doktor ni, so service pun mmg cepat...
Aku bernasib baik la kirenyer kata doktor tu,
sal aku dpat kesan awal2, kirenyer sebelum sakit tu melarat la..
and dia pesan, jangan sampai dah teruk baru dtg jumpa doktor...

Then aku tanya soalan budak2 kt doktor tu - 


"So, Doctor, is there any possibilities yg I akan tumbuh gigi baru?"

Doktor - "No la, at your age, 23 already, no teeth will be tumbuh...impossible la adik..."


*Sedih...menung tepi tingkap kejap....besar gedabak cam aku ni, pun dipanggil nya aku adik...:)

Nova November - Konvokesyen Ke-7 Universiti Malaysia Perlis (Part 2)


Sebelum ni,  Part 1  aku story dr mula sampai ke tengah2 konvo..
So Part 2 ni aku sambungkan story nyer...



mulut pun ternganga...VIP tak masuk lagi

Tuanku Canselor sampai...



Lama jugak woo...ni Alif Imran/Botak..member sekelas...sbelahnyer, muhaimin...

Ni lak kamil n nasrullah...aku duk sebelah kana kamil...ujung tu, salahuddin...
masa Exam, mcam ni la aturan duduk kami...biasanya aku depan atau belakang kamil time exam...

Nampak tak gerbang kaler coklat tu? atas gerbang tu, ditulis - 
TAHNIAH, ISTIADAT KONVOKESYEN KE-7 UNIMAP.
Tu kiranya gerbang masuk tuk setiap graduan...kira 'gerbang keramat' la kirenyer...
Gambar atas ni, graduan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses punyer turn..

Kemudian, selesai amik folder, keluar ikut gerbang ni.. disebalik gerbang tu, tertera ayat-
TAHNIAH kemudian disebalik gerbang tu, tertera lal ayat - ALUMNI.
Kirenyer kami semua telah rasmi bergelar Alumni UniMAP.




3 pic atas ni, gambar time raptai, tuk bagi clear view pentas konvo...
Member aku dr UM dan UKM, ada cakap, pentas konvo UniMAP nampak 'Gah', sal pentas nya jenis 'terkeluar' sikit...ada setengah Universiti, pentas jenis 'kedalam'
nak buat camner dik oi, unimap sewa je dewan ni, hahahaha...

lama la jugak programnyer, dari pukul 7 pg, smpai ke tghari...ni time berbaris nak ke toilet...
motif kene beratur? semua tu dari Pusat Pengajian aku...

ni view keseluruhan dewan

Okay, dah masuk turn Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan...284
Klau Pusat Pengajian lain, total graduan tak sampai 150 orang , Tp Pusat Pengajian aku ni total 284 orang, paling ramai compare ngan Pusat Pengajian lain...

Ni kad matrix aku, dlam kad tu ada info dan gambar aku tuk tayang kt skrin time ambil folder...
sayangnyer, parents aku tersilap snap lak kamer diorg, ayah aku tertekan mod video, trus rakam.. tp rakaman tu, ayah aku rakam turn sebelum aku, time turn aku ambil folder, barulah tergedek2 ayah aku tukar mod, trus caca marba kamera time tu, hahahah...sedih jugak la, tp takpe la..janji dpat naik pentas..

sambung ke Part 3 after this...






Sunday, November 18, 2012

Nova November - Siapa Kate tak pernah tutup?



7-Eleven biasa nya 24 jam kan?


Siapa cakap 24 jam?
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lokasi - 7-Eleven Kg. Manjoi, Ipoh....