Wednesday, November 14, 2012

Nova November - Perangai Jijik Orang Malaysia



Tengahari tadi,
terbaca dekat Metro Online,
ada Lori ikan terbalik di Johor...


Lebih rela kutip ikan bertaburan



MERSING: Kemalangan sebuah lori 10 tan membawa pelbagai ikan di Kilometer 17, Jalan Mersing–Jemaluang berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, Ahad lalu, menunjukkan sikap sebenar pengguna jalan itu apabila mereka lebih sibuk mengambil ikan bertaburan atas jalan daripada menghulurkan bantuan kepada pemandu dan kelindan yang cedera.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, pemandu berkenaan, Mohd Nasir Mansor, 30, dan kelindan, Mohd Faizal Abdullah, 31, dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Kuantan, Pahang sambil membawa 107 tong berisi pelbagai ikan. 
Mohd Nasir ketika ditemui di Hospital Mersing berkata, kenderaannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh di tempat kejadian.

Menurutnya, akibatnya lori dipandu terbabas ke kiri lalu terbalik, namun bersyukur kerana dia dan rakan hanya cedera ringan di kepala dan dada akibat terhantuk.

Katanya, sebaik lori berhenti, mereka berdua keluar menyelamatkan diri melalui cermin depan yang pecah.


Perangai macam ni la yang jijik dan hina di mata aku...
Kalau awal tahun ni, van sekuriti bawak duit syiling eksiden di Rawang,
berterbur duit syiling, berterabur jugak manusia2 tak tau malu pergi kutip duit tu...

Lori bawak beras pun, ada jugak yg gatal pergi kaut beras tu....

Kalau kt Forum Cari.com, ada forumer pernah cerita,
di 1 kampung ni, lori bawak tong cat terbalik...
habis dikutipnyer org2 kampung cat tu...
dan dan jugak, raya tahun tu, majoriti rumah kampung kt situ semua cat baru...

kalau lah ada orang yang aku kenal duk pergi buat kerja mcam ni dan aku terserempak time tu,
member tak member, sedara tak sedare,
on the spot aku tampar laju-laju...awas!!


tapi bila lori terbalik cam kt bawah ni, takde pulak orang nak kutip -


Nova November - Aiskrim oh Aiskrim

Last week,
aku teman la parents aku ke Mydin Meru Raya...
Kononyer, propa-propa mengatakan ni yg Mydin terbesor kt Malaysia...

alang2 dah beli barang runcit tuk rumah,
nak la jugak merasa makan aiskrim


Terbekenan la pulok ngan aiskrim ni, rasenyer keluaran terbaru kot, sal tak pnah nmpak,
Walls selection fruit salad, ada buah skali dlam aiskrim tu...



Dan bila aku dah angkut campak thereban (Bahasa Peghok) dalam troli,
aku nampak dah di seal kan bekas aiskrim ni...



Terus mcam kilat panah halilintor sambor nyambor kt otak aku...
2-3 tahun sudah, ada sekali aku pegi Hypermarket yang ada kaler 
"biru merah biru merah" kt ipoh jugak,
masa tu, kat section freezer aiskrim...
masa tu aku trnampak la ade anak beranak yg tak tau malu takde adab...
apa yg diorg buat?
1 by 1 bekas aiskrim tu, deme duk pegi bukak bekas aiskrim tu, 
duk calit aiskrim, pastu rasa kt mulut berbau deme tu...
dan perangai lahanat tu diteruskan ke bekas2 aiskrim yg seterusnya sampai le deme puas merasa aiskrim free...
maybe diorg nak rasa aiskrim mane yg sedap kot, baru le diorg pick up, terus beli...
last2 aku tengok anak beranak sial tu, takde le pulok beli sebekas dua aiskrim ke, 
berlalu pegi macam tu je..., tak pasal2 kenyang terus perut merasa aiskrim free...
tak ke kotor kalau macam tu?


Dan alang2 dah meniti usia senja ni,
nak le jugak jage kesihatan tulang kan?
ha, ni pun Mydin pegi "seal" kan tudung tin Anlene ni...

Anyway, thumbs up Mydin, upon the step of precaution that were taken..
so next time, jaga2 lah membeli barang2, especially barang2 makanan ni...
dan kpd yg suka duk mencalit2 makanan secara haroomm..
'Jage2...ade yg merhati.."!!!


Tuesday, November 13, 2012

Nova November - Mari Tutup Akaun SSPN



Kalau dah namanya pinjam PTPTN,
dah sah2 la kan kena bukak SSPN (Jgn bukak kain lak)
atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional...

Awal 2009 sudah, 
disebabkan nak sambung study,
nak tak nak, kena la bukak SSPN ni...

starting, RM 20.00 kena ada, kiranya cam deposit la...
So bila dah abis belajar bergolok gadai segala bagai,
haruslah ditutup akaun tu...

semuanyer start, bila roomate aku dulu, 
faiz@kechik, mesej aku,
cmner nak kuarkan SSPN..
bnyak gak saving SSPN dia,
dlam RM 300 lebih....

So pagi2 lagi, dah gerak ke PTPTN Centre, Cawangan Ipoh,
kt Greentown Business Centre


so apa yg perlu, diorg akan bagi borang merah, dan borang declaration...
dah isi semua borang, sertakan sekali salinan IC dan jugak, kad SSPN...
means kad SSPN tu kena bagi balik kt PTPTN...
so lepas dah setel, method nak antar balik duit simpanan SSPN..
aku pilih, bank in kan terus dalam akaun maybank aku...
sal kalau nak antar check, risau lak nanti...
pilihan ke-3 lak, collect sendiri secara cash kt HQ PTPTN kt Kolumpor sner tu, lagilah payah...

alang2 dah singgah PTPTN ni,
ada jugak aku tanya sal PTPTN aku..

aku pinjam tak banyak,
3 tahun belajar/ 6 Semester pengajian,
aku pinjam RM 9500.00.
Sikitkan?
tapi bagi aku, lagi sikit, lagi bagus, senang nak bayar balik...

bila aku tanya kerani kaunter tu, dia kira2 balik,
aku kena bayar RM 9400.00
Katenyer ada diskaun...
kalau nak bayar Full terus,
PTPTN bagi diskaun 20%
Tapi diskaun 20% ni, sampai Oktober tahun depan (2013)
Tapi maybe aku nak keluarkan dulu kot saving Tabung Haji, tuk cover loan PTPTN aku ni...
sal long term, sebelum aku nak sambung belajar, mmg aku nak bebaskan terus dr PTPTN ni..

So, thank you staff PTPTN Ipoh...
service mmg tip top


Gigih kan? sanggup bangkit awal nak semata2 nak tutup akaun ni..
cam roomate aku, kechik tu, duit balance SSPN dia ada RM 300 lebih...
tapi aku....,


RM 23.00 je...


*pengsan....



UPDATE - Genap 18 hari kemudian, baru lah duit tu di bank in dlam akaun bank aku, so approximately dlam 3 minggu lebih nak dpatkan balik duit SSPN ni.


Thursday, November 1, 2012

Nova November - Yang Pergi, Tetap Dikenang


Semalam, 31 Oktober 2012,
tarikh lahir seorang yang sangat dekat dgn aku,
Muhammad Zakwan Mohamed nama dia...

kami sefamili, panggil dia - 'Wan'

lahir pada 31hb 1994...
masa dia lahir, hidup aku kira bercahaya kiranya,
sal masa tu, aku takde adik, kiranya aku anak bongsu la....


Ni masa dia umur 9/10 bulan kalau tak silap...




sampai la 25 Mei 1997, masa tu aku kt sekolah rendah,
time tgah duduk dlam kelas, aku rasa lain macam...
duduk sorang2 kt belakang kelas...
sampai la paksu aku dtg sekolah, cakap - 

'Oni, adik dah takde..'

terus pak su bawak aku gi hospital...
rupanya arwah meninggal sal jangkitan kuman kt hati...
sebab kematian - 'liver failure' / kegagalan hati...

menangis aku masa tu...
sampai sekarang, aku rasa bersalah...
sal seminggu sebelum arwah masuk hospital pasal sakit..,
aku marah dia, sal usik barang2 aku dalam bilik...
sampai menangis arwah aku marahkan dia...
lepas tu, aku tak bercakap dengan arwah, ye la, kecik2 dulu, 
merajuk ni benda biasa....

andai kata arwah still ada, aku selalu terbayang, entah2, arwah skrg sambung belajar kt matrik ke, kt politekni ker, sal masa kecik2, arwah kirenyer pandai jugak la, especially ABC ngan nombor2/angka...

tak sangka pulak, semingggu camtu sbelum dia meninggal, arwah 
masuk hospital sal sakit...mula ingat demam biasa je....


Masa sambut birthday ke-2 kalau tak silap... 6-7 bulan lepas tu, arwah meninggal....


sampai sekarang aku macam tak dapat maafkan diri aku, sal marahkan arwah hanya pasal benda yg remeh...

'Wan, maafkan abang tau, abang tak sengaja marah Wan masa tu....'

Al-Fatihah....




Wednesday, October 31, 2012

Oh Oktober - Konvokesyen Ke-7 Universiti Malaysia Perlis



Pekeliling ni keluar pada 5 Mac 2012 lepas...

masa tu, aku duk pulun nyiapkan Projek Tahun Akhir / FYP aku yg setebal 100 muka surat...
begitu gigih buat, tapi apakan daya, hanya mampu mengecapi B+ je...
Alhamdulilah...syukur...tu pun aku dengar ada jugak yang gagal sal sebab yang remeh...
(Tak nak cerita, sal ada kaitan dengan seorang Professor di Pusat Pengajian aku, mau kena tarik balik ijazah aku kalau story kt sini...:p....)

(Ni banner sal Konvo ke-7, nampak ala2 Royal skit, sal ulangtahun UniMAP Ke-10 tahun ni...
kalau konvo Unimap nyer banner sebelum ni, nampak cam tak semangat, tp kali ni nampak grand...)

Ok... saat yang paling aku nantikan akhirnya tiba...
dan yang seronoknya, Graduan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT)
menerima ijazah pada

HARI PERTAMA, SIDANG PERTAMA (29 September 2012)
YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH - 

DYTM RAJA MUDA PERLIS,
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN,
MERANGKAP CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS



Tu dia, kalau setengah U tu, ada yang dpat sidang ke -5 la, ke-6 la, hari ketiga la,
dan usually, sidang pertama ni, student Phd atau Sarjana,
tapi disebabkan UniMAP ni U baru, so dapat la merasa sidang pertama,
tambah manis lagi ada 2 point yang menarik -

1. Graduan Sulung PPIPT
2. Konvokesyen kali ni, jatuh serentak dengan ulangtahun UniMAP Ke-10

memang moment yang aku takkan lupa sampai bila2...
dan konvo kali ni, 1830 orang Graduan, dari 9 buah Pusat Pengajian
(UniMAP ikut stail USM, fakulti dipanggil Pusat Pengajian, maybe sal Dato VC kami ni sebelum ni pengarah kampus kejuruteraan USM)

so aku berangkat awal ke Perlis, 25 hb September aku gerak kesana...
pagi esok nya nya,
aku gerak dengan member aku, Soerjadi, org Alor Staq kita,
pi Seriab, tuk ambil jubah yang dinanti2 kan selama ni....

yg serprise nyer, aku dan soerjadi, antara yg pertama sampai,
dan kami berdua, student PPIPT yg pertama angkut jubah tu
wahahahah...


Masa tengah beratur nak ambil tu, kira mcam clearance stock Kastam, check semua balance hutang... tapi bila check tu, aku main lompat, terus tak gi kaunter bendahari...jusat kaunter daftar jer...(Sungguh tidak beradab sama sekali...)

tapi bila ambil jubah tu, terkejut gak la, Pink Magenta, senang citer, kaler pink trus...
mula nya, Fuschia Crayola...penat duk google, rupenyer kaler ala2 cam delima...
mau tak kena senyum sinis dgan student2 lain...
owh lupe...kaler ni, terletak dekat selempang dengan tassel kt mortar board tu...

ha..ni la UniMAP kampus Seriab, merata2 UniMAP ni...tp best, 3 tahun aku bercampur ngan org Perlis...

Ni Bilik Jubah...Jubah kt belakang tu, Jubah tuk graduan master

ni kt luar bilik jubah

abis amik jubah, terus gerak pulak dengan zack, member kelas aku ngan gegurl Nishrin ngan Shila... balik hotel....

so, next daynnyer, aku stay dengan Emir, Man, ngan Mizi, member kelas aku kt T Hotel Kuala Perlis..



so hari jumaat, 28 hb baru la famili aku sampai,
nginap di Putra Palace Hotel, dah mcam nomad, pindah sane sini...

tp masa konvo tu, aku, ngan parents aku je yg dtg...

parents aku, beria2 aku mintak diorg pakai baju biru, nak matching ngan jubah...:)

ni otw kt dewan, venuenyer Dewan 2020...tempat exam, orientasi, dan segala program UniMAP buat kt sini... sewa jer pun dewan ni, kampus tetap ntah bile nak siap,...sedih...

ni selempang nyer...

ok, stat dr sini, aku dah naik seram...muka pun dah pucat....

yg ni masa daftar nama, seperti biasa, kelam kabut.... 5 kali nama aku kena panggil....


masa berarak masuk

ni Dato VC, kalau aku lepak bngunan KWSP Kangar tu, mmg selalu terserempak ngan dia




view dalam dewan...

Tuanku Canselor nak masuk dah...

Ni pentas nyer...




Disebabkan Line internet streamyx aku cam siput, akan diupdate ke next entry...






Tuesday, October 30, 2012

Oh Oktober - Kesian aku dekat....


pagi2 ceria ni,
sambil2 belek suratkhabar online (tak beli suratkhabar kt kedai dah, zaman celik IT skang ni)
terbaca sal kisah ni :



KUCHING - Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.


Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama.


Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit pada dada.


"Dia yang sepatutnya dimasukkan ke wad selepas menerima rawatan awal, tiba-tiba memberi alasan untuk ke tandas.


"Namun dia tidak kembali semula ke wad selepas hampir setengah jam sehingga keadaan menjadi kelam-kabut selepas ibunya mendapat tahu mangsa terjun tetapi tersangkut di atas bumbung tingkat empat hospital berkenaan," katanya di sini semalam.


Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang ingin dikenali sebagai Azizie berkata, dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali ketika dia sedang bertugas.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh diri.


"Siasatan awal percaya mangsa memang berniat untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah peribadi, namun motif sebenar kejadian masih disiasat.


"Mangsa kini dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya.


Aku kesian sangat...


kesian kt bumbung zink yg kemek tu....

tak pasal2 kena ganti...

moral of the story - segala masalah yang dihadapi, selesaikan dengan rasional...\
jumping out from the window will not solve your problem....

Sunday, October 28, 2012

Oh Oktober - Sebulan Yang Menyeksakan

28 Oktober 2012
Alhamdulilah
bila masuk tarikh ni,
baru lah aku rasa betul2 sihat....

kisah nya bermula lepas aku hantar jubah konvo awal bulan ni ke Perlis.
Balik je dari Perlis,
terus aku tak sihat.
Demam.
Kebiasaanya kalau aku demam,
memang tekak/tonsil aku membengkak.
Cikgu biologi aku time form 5 dlu,
pnah citer time kt lab,
kalau tekak bengkak,
maknanya tekak tu 'filter' atau tapis segala kuman yang serang badan.
tapi demam kali ni, ok pulak tekak aku.

malam yang aku kena attack demam tu,
terus la menyerbu hospital Ar-Ridzuan,
kat Greentown, Ipoh.
Habis amik ubat, terus chow, balik rumah.
mulanya ok la skit,
2 hari kemudian,
demam balik....

terus gi hospital yang sama.
Kali ni, amik darah, pastu kena cucuk sekali kt bontot (Sakit sial!!!)
nasib baik la doktor pompuan tu tua (kertu) nurse lak,
taraf makcik2 je, so hilang skit malu disitu...

selang esoknya,
satu badan aku tumbuh ruam2 merah...
ayah aku bilang, maybe demam campak,
sal kecik2 dlu, ayah aku cakap,
demam campak aku tak berapa 'menjadi" time tu....

pagi tu jugak, ke klinik, pastu, kene follow up ke Hospital Fatimah,
amik darah lagi sekali...
aduh, bab amik darah ni, mmg aku seriau, sal aku mabuk darah,
tngok lembu kene sembelih korban pun aku takut...
camne la aku nak sambut bini aku beranak nanti....mau aku leh pengsan...

so next day nyer, alhamdulilah, aku ok, mulanya doktor suspect denggi..

tp result darah menunjukkan aku kene 'mild leucoponia"
darah putih aku kurang sikit...
biasanya kalau kena benda ni,
maknanya ada kuman dalam badan...

yang kes ruam merah satu badan lak,
allergic kt ubat yg kene cucuk kt bontot tu...
Voltron ke ntah ape namenyer...

demam yang attack aku tu lak,
jenis on/off...

baik je demam,
sakit2 badan tu mmg tetiap hari kena 
pakej ngan sakit kepala...

28 Oktober 2012, barulah aku rasa betul2 pulih...

baru lah ada tenaga nak update sal konvo aku 29 September lepas...