Wednesday, June 27, 2012

Bulan Jun - Tamat Sudah Perjuangan 3 Tahun

18 Jun 2012,
merupakan hari terakhir aku berjuang
dalam peperiksaan akhir di UniMAP
Last Payper -
BFT 325 Pengurusan Logistik
dan 
EUW 417 Bahasa Jepun 4

ni antara snap yg sempat aku amik
time last day of exam....

except for logistik,
coz logistik paper stat pukul 9 pagi di
dewan badminton kubang gajah (DBKG)

abis logistik,
stat kete ngan soerjadi,
meluru terus ke Dewan 2020, Kangar,
nak hadapi paper terakhir,
EUW 417 Bahasa Jepun 4...
Dewan 2020, dewan keramat, sal kt sini dulu la sesi orientasi aku masa tahun 2009 dulu
dan disini jugak la paper exam trakhir aku...

suasana lengang, klau tak silap, student 1st year PPIPT, bru abis jawab paper BFT 110 Organizational Behavior

Pintu masuk, cuak wei time ni

layout tempat duduk

time ni, baru pukul 12 lebih, alang2, lepak surau kejap dngan soerjadi ngan wahab..
dua2 ni mmg member baik aku selama kt unimap

yang kat tangga ni, si baju hijau, member baik aku, zikri, ngan bob sarawak ngan thangaraja

pintu masuk dewan time pukul 1.30 ptg
pukul 2 ptg

alang2 seluk pekasam, moh tngok nombor giliran dulu
Muhammad Husni Asyraf - no 700, mmg ni no giliran trcantik spanjang aku study :)


yang 4 calon ni, calon tuk bahasa arab 4 , EUW 413, mmg bruntung skali, sal 4 calon je...hehehe

ni lak, kertas exam aku, alhamdulilah, leh la gak jawab...

suasana time exam, yang meja kosong ni, asalnya khas tuk student EUW 414 Bahasa Mandarin 4, member2 baik aku majoritinya amik mandarin, tapi lecturer mandarin ni awalkan exam seminggu....so tak dapat la nak merasa exam sekali...


sebelah sane lak, barisan calon yang amik bahasa arab 2, EUW 213...adik angkat aku, asmida asmawi, duduk depan skali...




bersambung part seterusnya, jalan2 ke kuala perlis, dan imbasan kembali, kediaman pertama di kampung wai



Saturday, May 19, 2012

Oh Mei Mei - Mydin Meru Raya

bersawang lagi blog aku ni
memandangkan sem ni, sem terakhir,
a little bit time constraints for me
to updating my blog...

baru2 ni, 18 Mei 2012,
Mydin membuka cawangan Pasaraya Hiper
yg terbaru dan terbesar di Malaysia...
dengan 56 kedai dan sebuah hypermarket Mydin,
Mydin Meru Raya memberi satu lagi pilihan kepada
org2 Ipoh utk membeli belah...
Mydin ni terletak betul2 sebelah Lebuhraya Utara Selatan, 
kalau2 dari Utara menghala ke arah selatan, 
pandang kiri, nampak la sikit bangunan Mydin ni

Mydin ni terletak di Bandar Meru Raya,
orang Perak panggil, Putrajaya Perak, pasal banyak agensi2 kerajaan 
dah mula berpindah ke sini,
melainkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri,
yang kekal di tengah2 bandaraya Ipoh.

snapshot time aku pergi shopping awal pagi Sabtu, 19 Mei 2012

jalan masuk

Alamat Mydin

Sisi Tepi

Bahagian Depan

Bahagian Dalam


Medan Selera, Rasa Village

Ruang Concourse


Dan Core Development kpd pembangunan Bandar Meru Raya 
Terminal Bas Ekspress Ipoh



Insyallah, bulan Jun atau Julai ni akan mula beroperasi,
dianggap antara Terminal pengangkutan bas termoden di Utara Malaysia...


cuma sedih sikit, sal dah hampir 2 bulan bukak, tempat ni
still tak panggil2 aku lagi, heheheheh -


AEON Station 18, Ipoh. 



Sunday, January 1, 2012

Ini Bulan Januari - Apa Yang Kau Mahu?


Hujung tahun 2011 ditutup dengan kisah
segelintir mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan AUKU...

kisahnya bermula dengan isu turun bendera


dimana mahasiswa UPSI, Adam Adli, org yg bertanggungjawab...
Adam Adli,
penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Lahir pd tahun 1989 di Pulau Pinang...


tambah parah,
bila malam tahun baru,
dihadapan UPSI, kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Pekan Tanjung Malim,
terjadinya satu perhimpunan yg dianjurkan
oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia


dikhabarkan di Facebook tadi, seorang cedera,
Adam Adli disumbat kedalam lokap...

isunya bukan mengenai perhimpunan ini,
tapi UPSI..
Universiti Pendidikan Sultan Idris...


ditubuhkan pada tahun 1922,
dengan  nama Sultan Idris Training College (SITC)
Bertujuan melatih anak2 muda Melayu,
yang pada waktu tu, anak2 Melayu hidup tanpa pembelajaran yg sempurna
teringat aku kt Tok Ngah aku, penuntut SITC jugak dalam tahun 60-an.
Punya payah dia hendak masuk ke SITC masa tu,
dan akhirnya Alhamdulilah, menjadi seorang guru...

SITC mengambil nama sempena Sultan Perak ke-28,
Sultan Idris Murshidul Adzam Shah.
kalau Johor ada Sultan Abu Bakar sebagai Bapa Pembangunan negeri Johor
Sultan Idris pula adalah Bapa Pembangunan bagi negeri Perak.
aku sebagai anak jati Perak,
UPSI memang cukup dekat dihati kami sebagai rakyat Bumi Bertuah ni.
UPSI adalah kebanggaan bagi setiap orang Perak.
UPSI jugak melahirkan Pendeta Zaaba, Aminuddin Baki, dan ramai lagi tokoh2 terkenal

Sultan Idris

dalam hal ni,
dimana semangat 'Ibu Kandung Suluh Budiman'?
takkan la kita nak pelajar2 yg gemar merusuh dan menuntut hak atas nama kebebasan?
dah banyak kerajaan bagi kemudahan untuk kita belajar,
tapi masih ada lagi yg berjuang menuntut 'kebebasan' berpolitik..
pada hemat aku, biar habis belajar dahulu,
kumpul segala ilmu, cari pengalaman,
lepas tu keluar lah berpolitik...
masakan belajar pun belum habis, sudah mula menuntut yang bukan2...

Andai Kata Almarhum Sultan Idris masih hidup, mesti Almarhum 'malu' atas apa yg terjadi di UPSI sekarang ni...





Ini Bulan Januari - Selamat Tahun baru 2012 Masihi dan Ulangtahun Kelahiran Bonda Tercinta


2012
dah masuk tahun ke-23 aku lahir
dan bakal melangkah ke semseter akhir hujung bulan
Februari nanti....


but most interesting is,
1st January is also my mum's birthday...

my mum, tudung putih, lepas balik dari haji bulan lepas

selalu mak aku sebut..
'the whole world are celebrating my birthday on 1st January'

Happy birthday mum, and welcome 2012



Sunday, December 25, 2011

Kisah Disember - Lambaian Kaabah Pn. Hajjah Mimi Zuraidah Abdul Rahim

27 Oktober 2011 lepas,
hari yg agak sedih bagi aku.
Inilah pertama kali ahli keluarga aku menunaikan fardhu haji, salah satu
dari 5 Rukun Islam yg wajib bagi setiap penganut.

Mulanya, mak aku nyaris2 tak dapat pergi,
macam2 dugaan dtg menimpa,
mula sekali, bila nama mak aku tiada dalam senarai
bakal haji bagi Negeri Perak.
Sedangkan rakan2 staf sepejabat mak aku,
semua dapat.
lupa pulak nk bagitahu,
pengurusan pejabat mak aku, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak,
setiap tahun, akan hantar staf2 yg terpilih tuk menunaikan fardhu haji.
setelah rayuan dibuat, Alhamdulilah, permintaan mak aku termakbul.
kemudian,
halangan kedua,
mak aku dimasukkan ke hospital,
ekoran penyakit ulser perut.
ulser ni memang sakit,
sampai menangis mak aku bila kena.

alhamdulilah, setelah dapat rawatan, dan duduk di hospital,
mak aku sembuh.
27 Oktober 2011,
tarikh ni mmg tak dpat dilupakan,
mak aku berangkat menunaikan fardhu haji

dan ni gambar2 sebelum berangkat menunaikan haji.
dalam Islam, perjalanan seorang umat tu menunaikan Haji,
bermula sewaktu mula2 melangkahkan kaki meninggalkan ahli keluarga dan rumah.
Doa akan dibacakan (Tak ingat Doa apa yg dibaca) dan azan akan dilaungkan di pintu rumah.
org yg bertanggungjawab, ahli kariah surau taman aku.

 my mum, tudung putih, belakang cousin aku yg naughty2, aten kiko...

 org surau rumah aku

time ni, paling sedih, yg mak aku tengah peluk tu, mak teh aku, antara mak sedara yg aku paling rapat 

masa ni, Azan dilaungkan, menandakan bermulanya perjalanan seorang insan menuju ke Tanah Suci

sebelum tu, ni ayah aku, ngan adik bongsu aku, 3 beg skali angkut



alamat kt beg tu yg penting, sal mostly jemaah beg seakan2 sama warna dan saiz


suar kuning tu, abg long aku, xdpat follow gi Kelana Jaya, sal ada hal ujung minggu...



bermula lah saat perpisahan mak aku and the rest of family, for the next 2 months

thats my hero, yg akan drive for the next 1 1/2 hour to Kelana Jaya

dan ni suasana di Kompleks Haji Kelana Jaya, pukul 7 pagi time ni kalau tak silap

Flight my mum, KT 81, MH 8088, Pukul 8.25 pagi


my mum, tengah beratur nak ambil barang2 haji

this is my mum, and my father...


ni lak, time nak berlepas, jemaah semua akan naik bas Plusliner, terus gi KLIA



time ni, mmg keluar la air mata jantan aku, mahal woo air mata aku,sape la yg tak sedih....so, for the next 2 month, mmg my mum akan menjalani salah satu dari 5 Rukun Islam, menunaikan Haji...


tu cerita 2 bulan sudah, awal Disember lepas, Pn Hajjah Mimi selamat tiba di KLIA

Pn Hajjah, ngan Mak Ndak and Mak Anjang aku, both are my aunty...


sedara mara yg lain pun ada jemput...

so, 8hb Disember lepas, habis je kelas petang Khamis, mg direct aku balik terus, 2 bulan tak jumpa, ada yg kata aku ni anak mak, yes, mmg betul pun aku anak mak kpd mak aku, takkan la anak org lain lak kan....

welcome back Pn Hajjah Mimi...:)


Saturday, November 26, 2011

Nova November - Al Fatihah, seorang lagi Sahabat aku menghadap Ilahi


Petang 29 Zulhijjah 1432 Hijrah,
time ni baru je abis baca doa Akhir Tahun pas Solat Asar tadi...
sedang2 syok melayan ragam dan kerenah org kt Facebook,
tetibe keluar wall post dr junior aku masa Form 6, Nash Azuan,


rupenyer si Hilmi,
Tak sangka betul, sal Arwah dulu baik betul orgnyer,
slalu ceria je, takde pressure2 cm senior2 dia...
smpai keluar jugak la kt Portal Berita Perak News,
khabarnya accident di Highway Ipoh-Lumut, 
Arwah amik course HR di UiTM Seri Iskandar...


Arwah ni junior aku sejak zaman SPM, smpai la ke STPM aku,
last skali Arwah kelas 6 Atas Kemanusiaan 1 tahun 2010 seingat aku,
paling aku ingat sekali, sikap Arwah,
yg mmg sentiasa respect dan hormat org lain especially kami yg senior2 ni,
muka Arwah klau tak senyum, mmg tak sah....





Arwah, dalam red circle, gambar ni diambil masa perjumpaan ex2 ahli GPMS dan Form 6 
sesi 2007/2008. Gambar diambil bulan Jun 2010, means taun lepas.
Time ni, aku pun ada, tp balik terpaksa balik awal, coz tengah menjalani
latihan industri di Carsem masa tu...

Al Fatihah untuk Arwah Mohamad Helmy Mohd. Yusof
1990 - 2011



Nova November - Salam Maal Hijrah 1433 - 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'


Dikesempatan ni,
aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433
dan tema tahun ni - 
'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'
tema yang amat sesuai bagi menggambarkan situasi sebenar
umat Islam di Malaysia pada masa sekarang...