Kalau selalu naik LRT melalui Stesen Damai,
confirm sebelah stesen tu akan kelihatan papan tanda besar UTC Keramat.
Mini UTC ni adalah Mini UTC ke-2 di KL selepas Mini UTC di Sentul, selain
UTC Pudu Sentral.
Mini UTC Keramat ni beroperasi di Keramat Mall,
asalnya Keramat Mall ni berperanan sebagai Pasar Gantian kepada
peniaga2 Pasar Lama Keramat yang uzur dan kotor tu,
tapi dek kerana lokasi aras Pasar Basah di Keramat Mall ni terletak di Aras 2,
iaitu bukan diaras bawah/Ground Floor, menyebabkan peniaga2 Pasar Lama Keramat tak nak berpindah ke Keramat Mall ni,
Yang ada pun medan selera,kedai2 IKS dan sebuah Dewan Serbaguna di Keramat Mall ni..
Ruang legar ni asalnya adalah tapak untuk peniaga pasar basah Pasar Lama Keramat yang akan dipindahkan ke Keramat Mall ni, akhirnya diubah menjadi Mini UTC...
Lepas peniaga2 Pasar Lama tak nak pindah, macam2 idea dibuat DBKL utk pulihkan tempat ni,
jejantas dari LRT Damai, kemudian tawaran kpd FAMA utk buat lokasi jualan, SME Corp utk lokasi peniaga, tapi semuanya tak menjadi... last2 buat jadi UTC terus..
jadi minggu lepas masa nak hantar seluar buat alter, ternampak la ruang Mini UTC ni, so terjah la sekejap ke dalam dia..
FYI, Mini UTC ni bukan seperti UTC besar macam UTC Pudu Sentral, UTC Ipoh, UTC Kuantan,
jadi kena lah faham2, ianya Mini UTC, hanya ada beberapa Jabatan kerajaan sahaja...
Antara Jabatan/Agensi Kerajaan yang ada :
- Perpustakaan Komuniti
- Klinik 1Malaysia
- Kedai Rakyat 1Malaysia
- Kopiesatu FAMA (Gerai jualan minuman Produk FAMA)
- Jabatan Imigresen
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
- Majlis Agama Islam WPKL
- Jabatan Agama Islam WPKL
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Cuma agak kecewa bila tiada pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dibuka disini,
kalau tak, mesti senang nak berurusan dengan DBKL..
Waktu operasi Minit UTC ni adalah dari 8.00 Pagi hingga 10.00 Malam
Isnin hingga Ahad, (Tutup pada Cuti Umum)
Setakat (November 2014) Mini UTC belum beroperasi sepenuhnya,
hanya Kedai Rakyat 1Malaysia sahaja yang beroperasi.
Dikatakan pembukaan nya dijangka pada bulan Disember 2014 ni
Semoga Mini UTC ni membawa kemudahan kepada penduduk sekitar Timur Kuala Lumpur seperti Datuk Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Ampang Hilir untuk memudahkan urusan bersama Agensi Kerajaan.