Assalamuailaikum
Pe khabar? Hari ni hari ketiga, 3 Januari 2014
Kita semua sambut tahun baru...
Kisahnya pada semalam, 2 Januari 2014,
Ingatkan tahun baru ni kot2 la ada penambahbaikan perkhidmatan bas Rapid KL,
nadi pengangkutan awam di Malaysia ni..
Kebiasaanya, aku dalam pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah...
memandangkan aku tinggal di Bukit Indah ni,
ada 2 bas RapidKL yang menggunakan Laluan Bukit Indah - Lebuh Ampang ni,
U26 - Bukit Indah - KLCC - Lebuh Ampang
T320 - Bukit Indah - LRT Ampang - Ampang Point
kalau aku keluar awal, aku ambil bas U26 ni, turun di stesen monorel Bukit Nanas untuk ke pejabat aku di Jalan Raja Chulan
kalau aku keluar dalam pukul 6.45 pagi, aku ambil bas T320, untuk ke LRT Ampang, tukar ke monorel di stesen monorel Hang Tuah
Oh Ya, Jadual perjalanan bagi bas2 ni pada waktu pagi adalah =
U26 = 6.00 Pagi, 6.15 Pagi, 6.30 Pagi, 6.45 Pagi, 7.00 Pagi, 7.15 Pagi, 7.30 Pagi
(Setiap 15 Minit)
T320 = 6.00 Pagi, 6.30 Pagi, 7.00 Pagi, 7.30 Pagi
(Setiap 30 Minit)
pagi tadi, aku plan nak ambil bas T320, Pukul 7.00 pagi,
gasak jugaklah siap2, pukul 6.55 dah terpacak kat bus stop Bukit Indah.
tapi, haram, T320 tak bergerak langsung...yang ada, bas U26.
Aku elakkan naik bas U26 pada pukul 7 pagi sal nak elak tempuh jammed dekat Jalan Ampang,
especially depan bangunan Great Eastern, dekat simpang traffic light Jalan Jelatek
Pernah dekat sejam terperangkap kat situ...
last2, pukul 7.30 pagi, barulah bergerak bas T320 ni, menuju ke LRT Ampang..
cuba tengok disini, 35 minit masa aku menunggu dari pukul 6.55 pagi, umpama dibuang kedalam longkang..
sampai je di LRT Ampang, time nak masuk je gerabak tren, time2 tu jugak pintu tu ditutup, nyaris tak kena kepit kat pintu..
Pulang kerja pulak,cara aku, ialah dengan naik apa2 sahaja bas yang berhenti di depan ofis aku di Jalan Raja Chulan tu, pasal semua bas disitu menuju ke arah Muzium Telekom, dekat2 dengan LRT Masjid Jamek.
Dari LRT Masjid Jamek inilah aku ambil tren LRT Aliran Ampang balik ke stesen LRT Ampang
jadi, aku naik la apa2 bas nak ke Muzium Telekom ni, dan aku naik bas percuma warna ungu,
GO KL Bus tu, sampai je kat simpang jalan depan Muzium Telekom, aku ternampak la bas U26 nak balik ke Bukit Indah.
Jadi, aku tunggu la bas tu di Lebuh Ampang,
Ingatkan bas U26 ni berhenti di Lebuh Ampang, tapi U26 ni pergi belok ke arah Jalan Tun Tan Siew Sin,
menuju arah Menara Maybank tu,Punya la frust
last2 aku naik je LRT di Masjid Jamek, pulang ke Ampang. Ok, 15 minit menunggu, telah dibuang disini akibat bas U26 tu belok ke arah jalan lain, dan tidak melalui Lebuh Ampang,
Walhal nya, U26 sepatutnya pit stop terakhir dia di Lebuh Ampang...
Sampai je aku kat LRT Ampang pukul 6.15 ptg, aku ternampak la bas T320,
Berlari jugak la aku kejar bas tu, jalan pun tengah jammed, tepi bus stop pulak tu
tapi driver nya buat dek, je, terus tutup pintu, dan blah cepat2...
tak pikir panjang dah,
last2 aku tahan je bas U29 pulak, U29 ni menuju ke kg ampang campuran, tak lalu langsung Bukit Indah,
aku terpaksa turun di Bandar Baru Ampang, kemudian jalan kaki sejauh hampir 1.5km utk balik ke Bukit Indah...
campur tolak bahagi darab, hampir sejam lebih masa aku terbuang hanya kerna nak tunggu dan kejar bas RapidKL yg sememangnya makin teruk tahap khidmatnya...
Ingatlah, rakyat bayar untuk guna perkhidmatan anda,..
Ni dengar ceritanya tambang pengangkutan Awan Rapid KL ni mungkin naik..
tapi wajarkah ianya naik, sedangkan khidmat dan mutunya dipersoalkan sejak zaman Intrakota lagi....