Wednesday, October 31, 2012

Oh Oktober - Konvokesyen Ke-7 Universiti Malaysia Perlis



Pekeliling ni keluar pada 5 Mac 2012 lepas...

masa tu, aku duk pulun nyiapkan Projek Tahun Akhir / FYP aku yg setebal 100 muka surat...
begitu gigih buat, tapi apakan daya, hanya mampu mengecapi B+ je...
Alhamdulilah...syukur...tu pun aku dengar ada jugak yang gagal sal sebab yang remeh...
(Tak nak cerita, sal ada kaitan dengan seorang Professor di Pusat Pengajian aku, mau kena tarik balik ijazah aku kalau story kt sini...:p....)

(Ni banner sal Konvo ke-7, nampak ala2 Royal skit, sal ulangtahun UniMAP Ke-10 tahun ni...
kalau konvo Unimap nyer banner sebelum ni, nampak cam tak semangat, tp kali ni nampak grand...)

Ok... saat yang paling aku nantikan akhirnya tiba...
dan yang seronoknya, Graduan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT)
menerima ijazah pada

HARI PERTAMA, SIDANG PERTAMA (29 September 2012)
YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH - 

DYTM RAJA MUDA PERLIS,
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN,
MERANGKAP CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS



Tu dia, kalau setengah U tu, ada yang dpat sidang ke -5 la, ke-6 la, hari ketiga la,
dan usually, sidang pertama ni, student Phd atau Sarjana,
tapi disebabkan UniMAP ni U baru, so dapat la merasa sidang pertama,
tambah manis lagi ada 2 point yang menarik -

1. Graduan Sulung PPIPT
2. Konvokesyen kali ni, jatuh serentak dengan ulangtahun UniMAP Ke-10

memang moment yang aku takkan lupa sampai bila2...
dan konvo kali ni, 1830 orang Graduan, dari 9 buah Pusat Pengajian
(UniMAP ikut stail USM, fakulti dipanggil Pusat Pengajian, maybe sal Dato VC kami ni sebelum ni pengarah kampus kejuruteraan USM)

so aku berangkat awal ke Perlis, 25 hb September aku gerak kesana...
pagi esok nya nya,
aku gerak dengan member aku, Soerjadi, org Alor Staq kita,
pi Seriab, tuk ambil jubah yang dinanti2 kan selama ni....

yg serprise nyer, aku dan soerjadi, antara yg pertama sampai,
dan kami berdua, student PPIPT yg pertama angkut jubah tu
wahahahah...


Masa tengah beratur nak ambil tu, kira mcam clearance stock Kastam, check semua balance hutang... tapi bila check tu, aku main lompat, terus tak gi kaunter bendahari...jusat kaunter daftar jer...(Sungguh tidak beradab sama sekali...)

tapi bila ambil jubah tu, terkejut gak la, Pink Magenta, senang citer, kaler pink trus...
mula nya, Fuschia Crayola...penat duk google, rupenyer kaler ala2 cam delima...
mau tak kena senyum sinis dgan student2 lain...
owh lupe...kaler ni, terletak dekat selempang dengan tassel kt mortar board tu...

ha..ni la UniMAP kampus Seriab, merata2 UniMAP ni...tp best, 3 tahun aku bercampur ngan org Perlis...

Ni Bilik Jubah...Jubah kt belakang tu, Jubah tuk graduan master

ni kt luar bilik jubah

abis amik jubah, terus gerak pulak dengan zack, member kelas aku ngan gegurl Nishrin ngan Shila... balik hotel....

so, next daynnyer, aku stay dengan Emir, Man, ngan Mizi, member kelas aku kt T Hotel Kuala Perlis..



so hari jumaat, 28 hb baru la famili aku sampai,
nginap di Putra Palace Hotel, dah mcam nomad, pindah sane sini...

tp masa konvo tu, aku, ngan parents aku je yg dtg...

parents aku, beria2 aku mintak diorg pakai baju biru, nak matching ngan jubah...:)

ni otw kt dewan, venuenyer Dewan 2020...tempat exam, orientasi, dan segala program UniMAP buat kt sini... sewa jer pun dewan ni, kampus tetap ntah bile nak siap,...sedih...

ni selempang nyer...

ok, stat dr sini, aku dah naik seram...muka pun dah pucat....

yg ni masa daftar nama, seperti biasa, kelam kabut.... 5 kali nama aku kena panggil....


masa berarak masuk

ni Dato VC, kalau aku lepak bngunan KWSP Kangar tu, mmg selalu terserempak ngan dia




view dalam dewan...

Tuanku Canselor nak masuk dah...

Ni pentas nyer...




Disebabkan Line internet streamyx aku cam siput, akan diupdate ke next entry...






Tuesday, October 30, 2012

Oh Oktober - Kesian aku dekat....


pagi2 ceria ni,
sambil2 belek suratkhabar online (tak beli suratkhabar kt kedai dah, zaman celik IT skang ni)
terbaca sal kisah ni :



KUCHING - Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.


Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama.


Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit pada dada.


"Dia yang sepatutnya dimasukkan ke wad selepas menerima rawatan awal, tiba-tiba memberi alasan untuk ke tandas.


"Namun dia tidak kembali semula ke wad selepas hampir setengah jam sehingga keadaan menjadi kelam-kabut selepas ibunya mendapat tahu mangsa terjun tetapi tersangkut di atas bumbung tingkat empat hospital berkenaan," katanya di sini semalam.


Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang ingin dikenali sebagai Azizie berkata, dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali ketika dia sedang bertugas.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh diri.


"Siasatan awal percaya mangsa memang berniat untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah peribadi, namun motif sebenar kejadian masih disiasat.


"Mangsa kini dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya.


Aku kesian sangat...


kesian kt bumbung zink yg kemek tu....

tak pasal2 kena ganti...

moral of the story - segala masalah yang dihadapi, selesaikan dengan rasional...\
jumping out from the window will not solve your problem....

Sunday, October 28, 2012

Oh Oktober - Sebulan Yang Menyeksakan

28 Oktober 2012
Alhamdulilah
bila masuk tarikh ni,
baru lah aku rasa betul2 sihat....

kisah nya bermula lepas aku hantar jubah konvo awal bulan ni ke Perlis.
Balik je dari Perlis,
terus aku tak sihat.
Demam.
Kebiasaanya kalau aku demam,
memang tekak/tonsil aku membengkak.
Cikgu biologi aku time form 5 dlu,
pnah citer time kt lab,
kalau tekak bengkak,
maknanya tekak tu 'filter' atau tapis segala kuman yang serang badan.
tapi demam kali ni, ok pulak tekak aku.

malam yang aku kena attack demam tu,
terus la menyerbu hospital Ar-Ridzuan,
kat Greentown, Ipoh.
Habis amik ubat, terus chow, balik rumah.
mulanya ok la skit,
2 hari kemudian,
demam balik....

terus gi hospital yang sama.
Kali ni, amik darah, pastu kena cucuk sekali kt bontot (Sakit sial!!!)
nasib baik la doktor pompuan tu tua (kertu) nurse lak,
taraf makcik2 je, so hilang skit malu disitu...

selang esoknya,
satu badan aku tumbuh ruam2 merah...
ayah aku bilang, maybe demam campak,
sal kecik2 dlu, ayah aku cakap,
demam campak aku tak berapa 'menjadi" time tu....

pagi tu jugak, ke klinik, pastu, kene follow up ke Hospital Fatimah,
amik darah lagi sekali...
aduh, bab amik darah ni, mmg aku seriau, sal aku mabuk darah,
tngok lembu kene sembelih korban pun aku takut...
camne la aku nak sambut bini aku beranak nanti....mau aku leh pengsan...

so next day nyer, alhamdulilah, aku ok, mulanya doktor suspect denggi..

tp result darah menunjukkan aku kene 'mild leucoponia"
darah putih aku kurang sikit...
biasanya kalau kena benda ni,
maknanya ada kuman dalam badan...

yang kes ruam merah satu badan lak,
allergic kt ubat yg kene cucuk kt bontot tu...
Voltron ke ntah ape namenyer...

demam yang attack aku tu lak,
jenis on/off...

baik je demam,
sakit2 badan tu mmg tetiap hari kena 
pakej ngan sakit kepala...

28 Oktober 2012, barulah aku rasa betul2 pulih...

baru lah ada tenaga nak update sal konvo aku 29 September lepas...