Monday, February 18, 2013

Kisah Februari - Jalan2 Tesco Extra

aiyo...bersawang jugak blog aku ni..
maklumla, busy sikit...sal rumah aku ni tgha dlam proses pengemasan dan pembaikan..
siang tadi aku duk tebang dahan pokok umah aku, risau lak kot2 dah tumbuh tinggi2 nanti, tumbang ke rumah org, naya...

kelmarin, pegi makan di Tesco Extra,
abus je makan, ingat nak beli la buah2an sikit..
dalam meniti usia emas 916 ni, perlu la amik makanan berkhasiat ye dak?

tapi yg sedihnyer, agaknyer effect sal Chinese New Year kot,
rak2 buah kebanyakkannya kosong...
nevermind la.. next time I buy..
chow!!





next entry - 
kisah dapat sms org gila....

Saturday, February 2, 2013

Faboulous February - Kisah Murid Yang Disula di Johor

Kisah ni berlaku kat johor,
bila seorang pelajar SK Bandar Tenggara II,
Mohd. Shah Abdul Razak disula dengan batang kayu
oleh 'seekor binatang buas', Roslan Imun...

Kesan dari kejadian tu,
Mohd. Shah menderita sakit akibat kerosakan dan kecacatan kekal
pada dubur dan pundi kencing nya.

Aku tiba2 teringat akan kisah ni lepas macam2 kes membabitkan kejadian
rogol, liwat dan bunuh keatas sesetengah kanak2 kat Malaysia ni...

Yang buat aku tersentuh, Mohd. Shah ni sebaya dengan aku...
dan sekarang diaperlukan bantuan untuk meneruskan hidup 
kesan akibat perbuatan 'Binatang' Roslan Imun celaka tu...

'Binatang Roslan Imun' tu pun
dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 20 kali sebatan oleh mahkamah...
well, bagi aku hanya hukuman gantung sampai mati je yg sesuai untuk 'Imun' ni..
pasal sepanjang hayat Mohd. Shah terpaksa menanggung sakit...
Ni artikel dan nombor yang boleh dihubungi untuk membantu Mohd. Shah..
Kepada Mak Ayah diluar sana,
jaga dan awasi lah anak2 anda, 
pasal ramai 'Binatang Buas' macam Roslan Imun ni ada diluar sana...

Kepada Mohd. Shah dan keluarga,
diharap banyak2 bersabar akan dugaan ini.
Moga Mohd. Shah dapat sembuh dan pulih seperti sediakala.



KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.

Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.

Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar. Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.

Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.

“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.

Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.

Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.

Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200



Bekas Banduan Sula Murid Dipenjara 20 Tahun

Muka "Binatang Buas"

JOHOR BAHRU 13 Julai - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.

Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.

Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu. 

Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian. 

Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Oleh: MIR AZRI SAHARUDDIN